This week should be more manageble (ada ke perkataan ni) than other previous week. It is because next week dah raya. Lagi pun mood raya sudah ada.
minggu ini, baju-baju mereka perlu dibasuh setiap hari. Ni gara2 tanak nanti bila nak packing balik raya, sudah kurang baju. Biasalah, diri sendiri perlu jadi ibu, maid, tukang kebun, cleaner dan pelbagai multi-tasking yg lain. perancangan sangat penting, supaya diri sendiri tidak merana.
Baju2 raya anak2, serah pada encik abah. Baju melayu mereka dah siap, baju aku pun dah ada sepasang, sebelum puasa dah siap. Kuih raya, 2 ke 3 jenis je. Malas nak membazir sbb tak ramai dtg umah. Tuan rumah rajin jalan raya. Hikhik.
Si ibu teringin pula nak mencari blaus labuh. Nak beli online lewat dah. Dah tutup tarikh pengeposan. Nak survey sendiri, perlukan masa.. Dan yang pasti masa itu perlu dicuri dari masa rehat ofis. biasanya masa itu dihabiskan utk menanda tugasan student dan prepare lecture.
panjang sungguh cerita tentang persiapan raya, padahal ramadan sedang berada pada masa PRIME TIME. Masa ini lah 'bonus' di beri kepada mereka yang terpilih. Walaupun rasanya tidak layak, aku benar2 berharap aku salah seorang daripadanya. Tak mampu solat berbelas rakaat pun, paling kurang aku mampu menikmati beberapa saat beribadah walau cuma zikir di malam lailatul qadar. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment