Wednesday, February 8, 2012

menghasilkan beg pertama.

 blog ini sepi seketika. ini kerana terjumpa hasil beg cantik oleh Ida yang sangat mengujakan. Akhirnya, hasil siasatan saya menjumpai link group ini..

https://www.facebook.com/groups/1hari1produk/

secara ringkasnya ia adalah link untuk sama-sama belajar membuat kraf dan beg. "Sew Along" namanya. Apabila telah menjebak kan diri, saya pun tekad untuk mencuba membuat beg. Menjahit bersama rakan satu group dan diberi due date. Sungguh mengujakan. Apabila ada yang sudah siap, mereka akan upload gambar beg mereka di group. Pembakar semangat, perkongsian idea.

Hebat!

dan hasil tidur lewat sehingga 3 pagi (wajib tunggu 3A tidur dulu) selama 2 hari membuahkan hasil. Tara... SQUARE BAG.




as a beginner, menghasilkan beg ini tidak semudah yang disangka. Lining sudah siap dijahit, lepas tu terbalik. Kena Tetas balik pada jam 2 PAGI. Padan Muka. Sebab nak cepat siap punya pasal.

Tutorial yang dirujuk adalah:

http://madquilter.blogspot.com/2009/11/charm-square-jewel-shaped-bag-free.html

Tutorial step by step! Mudah. semua orang boleh cuba buat.
Saya sudah addicted ni, Camne Ida and Mcna? hehe

4 comments:

zuriani said...

akak..pasni mana tau ada online shop jual handmate plaks..!
:)

allyna said...

cunla beg tu ida, jual la.... akak tempah 1

nad said...

Tahniah kak ida!!

Ida_Iara said...

dah nakk siap dah saya punya.. tggu nak touch-up2 je sket lg with more embelishment..(erkk btul ke ayat sy tu?)