Sunday, December 16, 2012

Buku 'Think Big'


Benarlah orang kata.
Kita adalah apa yang kita baca.

Dulu.
Saya sangat takut nak telefon orang, nak telefon service centre bank pun takut.
Berpeluh-peluh la. kena practice dua tiga kali bila nak bercakap. 
Apa tah lagi nak berjumpa orang, stranger for the first time. 
Ntah apa penyakit ntah.

Lepas baca buku ni.. saya dah jadi berbeza. 
Sampai saya sendiri gelakkan diri sendiri, kenapa dulu saya begitu. 
Bila present depan orang, dah kurang nervesnya. 
Rupanya semua fear tu ada kat dalam minda je. 
Kita sendiri yang kena set.

Banyyyaaak lagi kelebihan buku ni. Ada 13 subtopic;

1. Believe you can succeed and you will
2. Cure yourself of excuisitis, the failure disease
3. Build confidence and destroy fear
4. How to think Big
5. How to think and dream creatively
6. You are what you think you are
7. Manage your environment: Go first class
8. Make your attitudes your allies
9. Think Right toward people
10. Get the action habit
11. How to turn defeat into victory
12. Use goals to help you grow
13. How to think like a leader.

semua topic best-best.. dan saya membacanya berulang-ulang kali. 

Apa yang saya belajar dari buku ini, salah satunya adalah ACTION.

Bertindak serta merta dengan plan yang kita ada. Bila kita tangguh untuk bertindak tu yang FEAR kita lagi besar. Contoh: nak jumpa Ketua Jabatan tapi takut. Bila kita nak jumpa, terus buat, jangan tangguh. Bila terasa nak buat, terus buat. kalau kita tangguh, kebarangkaliannya kita TAK KAN buat langsung. :)

jom beli buku ni!
you will feel the difference.. (dengan syarat, lepas beli kena baca..hehe)

Friday, December 14, 2012

Kematian itu memang sangat dekat.

Laaaamaaanya tak memblog.
Haha.
Bz menda ntah.
Bizi dengan bisnes shaklee.

How is my business. Alhamdulillah. semakin menggembirakan. Semakin ramai kawan, semakin banyak income. Ahak.

Entri hari ni adalah tentang kematian. Ya. ia sangat terkesan dengan saya, sejak suatu peristiwa dengan arwah customer saya. Ya, customer shaklee. Beliau adalah kak shida, biras kepada kakak saya. Abang ipar dan suami arwah adalah adik beradik.

Bulan 12 adalah bulan promosi collagen, saya sangat gembira apabila beliau adalah customer pertama saya, dan yang lebih menggembirakan, kak shida nak beli 2 kotak collagen.

Ini adalah PM terakhir beliau bersama saya. Lihat tarikh pada PM itu. Ya. 2 Dec. 2 Disember adalah birthday saya. Itulah berita paling menggembirakan saya pada hari itu.

Pada 4 disember pula, beliau ada membalas komen saya pada post tentang collagen.

dan keesokan harinya, saya mendapat call dari kakak yang kak shida telah tumpah darah, dan keadaannya kritikal. beliau sedang pregnant 8 bulan, dan tak sabar untuk makan collagen selepas bersalin nanti. Dan pada hari yang sama, keseluruhan hari yg sama bertukar duka apabila kak shida di sahkan meninggal dunia akibat pendarahan. anak dalam kandungannya telah selamat dikebumikan dahulu di indonesia. jenazah kak shida diterbangkan dari indonesia ke malaysia pada hari yg sama. (kak shida menetap di sana, kerana suaminya bekerja dengan petronas di sana).

Ya Allah. terjelepuk sekejap saya. sangat tidak sangka, ia sangat tiba-tiba. Jika saya yg jarang bermesra dengannya sudah rasa begini, apatah lagi suami dan anak-anaknya. Beliau meninggalkan anak-anak 5 orang yang masih kecil. Paling kecil adalah 2 tahun. 

Saya balik ke KL minggu lepas, kakak bercerita hal-hal mengenai arwah. 

1. Arwah tiada tanda-tanda untuk 'pergi'. dan permintaan terakhirnya adalah Membeli Collagen (menitis air mata saya mendengarnya, kerana dia hendak membelinya dari saya). 

2. Abang ipar kata kes tumpah darah kak shida itu adalah sangat jarang berlaku. 1 in a million. sangat-sangat jarang. padahal beliau tidak ada masalah sepanjang mengandung. pastinya, ajalnya tidak diawalkan, dan tak dilewatkan sesaat pun, dan kes tumpah darah adalah hanya penyebabnya.

3. apabila di tanya kepada anak-anaknya, tiada kata-kata akhir dan pesanan yang sempat ditinggalkan oleh beliau. Ia berlaku sangat mengejut.

Yang pasti, ia sangat memberi kesan kepada saya. Saya sedar Allah sedang memberi peringatan untuk saya, supaya saya sentiasa sedar kematian adalah dekat. Sehingga hari ini, hati masih pilu dan saya berdoa, pengakhiran hidup saya juga akan berakhir dengan baik. 

Ameen.

Kak shida, moga rohmu dicucuri rahmat. Ameen

~boleh lihat gambar-gambar terakhir arwah di FB https://www.facebook.com/hasnidar.rusli
moga kita sentiasa mengingati mati..kerana kematian itu dekat.

Friday, November 16, 2012

Pengedar Shaklee di Kuantan (Shaklee Independent Distributor)

Pengguna Shaklee di Kuantan tidak perlu risau untuk mendapatkan produk Shaklee. Walaupun di kuantan tiada branch Shaklee, Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari Pengedar Berdaftar seluruh di Kuantan serta perkhidmatan penghantaran ke rumah disediakan dikawasan yang dinyatakan.

Jimat bukan? Tak perlu tambah kos pos, produk boleh sampai ke rumah anda dengan selamat serta khidmat nasihat PERCUMA terus ke rumah anda.

Jangan tunggu lagi. Hubungi Kami.


Ida Fadliza (ID: 886581)
No Telefon: 019-3816167 (SMS dan Whatsapp)
Email : ifaz_0212@yahoo.com
COD Area : Beserah, Pantai Batu Itam, Bukit Pelindung, Jalan Beserah, Balok, Sg Karang, Taman Satelit dan Bandar Kuantan






Zuhaimi  dan Azita
No Telefon : 012-3946454
Email: zul_yie@yahoo.com
COD Area: Indera Mahkota, Jaya Gading, Taman Tas,  Gambang, Kuantan

Friday, August 31, 2012

afiq dah 6 tahun

Pejam celik pejam celik,anak sulong saya dah menjengah umur 6 tahun semalam. Rasa macam baru aje saya melahirkannya di hospital besar kuantan. Alhamdulillah. Afiq pun dah jadi abang long kpd dua adiknya. Arif dan abid. Terima kasih ya Allah.

Sementara post ni dibuat, kami sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu.. Menghadiri wedding rakan di sana. Tak sempat lagi saya nak celebrate bezday afiq. Tapi dah janji nak belikan kek angry bird utk dia. Hehe

Semoga afiq membesar menjadi mukmin yang soleh, menjadi anak soleh dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.


Wednesday, August 29, 2012

Jom belajar crop dan edit gambar..


Alhamdulillah, impian utk mencuci gambar dan letakkan pada album telah tercapai. Saya telah mengedit gambar-gambar raya untuk dicuci.

dari gambar ini..


saya edit dan crop menjadi.. TARA

saya nampak lebih cerah. wow. (padahal edit gambar)


dan paling best, saya tambah '@raya2012' kat bawah gambar untuk mengingatkan saya bila gambar ni di ambil bila dah tua nanti (eceh!)

TIPS CROP GAMBAR.

Disebabkan saya nak cuci gambar ni pada saiz 4R, saya tidak boleh crop sesuka hati. Nanti bila dicuci.. gambar ni akan penyek atau lonjong. muka yang cantik pun dah tak nampak real.

cara untuk crop adalah dengan menggunakan Nisbah gambar. Setelah dikaji, saiz 4R mempunyai nisbah 4:6 atau 6:4 mengikut gambar menegak atau melintang. Jadi, bila nak crop, kena pilih pilihan seperti di bawah.




Saya menggunakan perisian photoscape yang amat mudah. Boleh download secara FREE di http://www.photoscape.org

Beberapa gambar yang saya edit juga adalah seperti:

dari gambar ini..

tak menepati rule of third (kedudukan gambar)

kepada gambar ni.. jeng-jeng.

setelah di crop, dicerahkan sedikit dan diletak tarikh,tempat di sudutnya

Menarik kan? Jom cuba!

kata-kata dari orang hebat.

tips 1

Tip untuk perempuan yang bekerja dalam kumpulan lelaki....
1. Jangan sekali-kali bercakap soal perasaan.
2. Apabila memberikan pendapat, sertakan informasi, data dan fakta bagi menyokong pendapat.
3. Fokuskan percakapan kepada gol.
4. Semasa bercakap, jangan tersenyum-senyum....

tips 2

Tip bisnes....
Mitos: Apabila bakal pembeli mengatakan sesuatu yang tidak betul tentang produk kita, maka kita mesti terangkan kepadanya bahawa apa yang dikatakannya itu tidak betul, dan seterusnya beritahu apa yang betul.
Realiti: Berbalah dan berbeza pendapat dengan bakal pembeli tidak membantu proses penjualan.

dan banyak lagi tips dari insan hebat ini. Puan Ainon Mohd, Pengerusi Syarikat Kumpulan PTS. 

jom subscribe profile beliau di FB --> ainon mohd

Tuesday, August 28, 2012

menjejak tanah tinggi

memory di cameron highland

Ini adalah kali kedua saya ke tanah tinggi cameron. Kali pertama dulu tahun 2007, semasa menghadiri kursus. Waktu tu, tak sempat untuk bercuti-cuti.

Kali ni, saya bersama keluarga sebelah suami, pergi bercuti-cuti di tanah tinggi ni. Balik hari. pergi pagi, balik malam. 

Seronok!

Walau terasa sangat penat bercuti bersama 3 hero, saya tetap gembira. Pelbagai ragam itu dan ini harus dilayan, yang penting mereka juga gembira. 

i am a superwoman.

luv this pic! Umph!!

memetik sendiri strawberi

Tak banyak tempat yang kami pergi. Ladang teh, Taman rama-rama, ladang strawberi ngan pasar malam.

Macam tak puas sehari kat sana. lain kali boleh cuba bermalam pulak kat sana. Ada cadangan tempat menarik lagi tak? 

*menjelang malam, suhunya macam kat kundasang. Sejukkkk!

Terima kasih Ya Allah..

gambar parents in law dan ipar-ipar saya

my family

syukur Ya Allah dengan setiap nikmat yang Kau beri.

Atas adalah gambar mak dan abah (ayah dan mak mertua) bersama adik beradik suami. Saya sangat bertuah berada dalam keluarga ini. Gembira dan bahagia. Mereka sangat baik dan memahami.

Raya kali ini, walaupun tak dapat beraya bersama di hari raya pertama, kami sempat bergambar bersama di studio. Sangat seronok walaupun baju caca-merba.. tak sedondon mana. takpelah, asalkan Full House, semua ahli keluarga ada.

Kali ini juga, saya berkesempatan mengambil gambar keluarga kecil saya. Suami dan anak-anak hero saya. Kecil tapi bahagia.

Syuukuuuurrrr.

Monday, August 27, 2012

kesian, mereka tak pernah tengok ayam..


tidak terlintas di fikiran saya, generasi anak-anak saya sangat teruja melihat sejenis binatang ini. Ya. namanya AYAM.

sungguh menggelikan hati melihat gelagat mereka sesampai sahaja di kampung rembau, kampung sebelah ayah. rumah kampung masih kayu dan persekitaran yang ada suasana seperti kampung-kampung biasa. Sesampai sahaja di sana, mereka semua berkumpul melihat ayam 'berehat' di ruang bawah rumah. 

Seakan-akan satu rombongan sambil belajar, mereka mengelilingi rumah mencari ayam untuk diperhati. Serious betul muka masing-masing memerhati binatang ternakan ni. Itu belum lagi ditambah jeritan .. "ibu.. ibu.. ada ayam. tuuu ayamm!" dengan nada excited!

Lucu.

inilah rombongan mengelilingi rumah

di kejar ayam sampai ke semak.. ayam pun lari ketakutan

setia menunggu di tepi semak, kalau-kalau ayam kembali.

*meriah melihat anak-anak beraya.. terutama bersama sepupu-sepupu mereka.

Sunday, August 26, 2012

luv these raya pics!


tahun ini, giliran rumah saya pula. berkumpul semua adik beradik. 2 tahun sekali je berkumpul begini. meriah sangat tau. 

walaupun tak dapat ambil gambar di studio, satu-satunya gambar penuh semua orang ini, sangat BEST.


tahun ni, kami ber'uniform' hijau. first time, baju melayu mereka tidak ditempah, malahan dibeli siap. Dari baju melayu mereka hingga ke baju saya, sama jenama tau. jenama Sophy. sangat berpuashati dengan jahitannya. 

** kakak dan kakak ipar telah disahkan mengandung. InsyaAllah bertambah ahli keluarga lagi tahun depan. Alhamdulillah.

Monday, August 13, 2012

Bonus pertama as shaklee member..


sudah jarang saya menjengah blog kesayangan ini. jarang juga berblogwalking. Fenomena telah berubah menjadi FB-walking dan GroupFB-walking. 

Yeehoo.. saya telah berjaya menjalani bulan 7 sebagai ahli shaklee dengan berjinak-jinak menjalankan jualan shaklee secara kecil-kecilan. Sejak bulan 6 lagi saya menjadi pengguna shaklee, kesan dari pemakanan vitamin-vitamin ini tidak dinafikan meningkatkan kecekapan saya bekerja sebagai pensyarah dan ibu sepenuh masa. (seriously! bukan sengaja berkata begitu untuk menambah jualan..)


Dan dengan tidak berfikir panjang, apa salahnya saya menjadi ahli. Anak-anak terjaga kesihatan, Alhamdulillah, sejak makan mealshake, Afiq semakin berselera makan.. Arif dan abid belum dijangkiti demam, selsema dan batuk yang membimbangkan walaupun dihantar ke taska sejak 2 bulan pengambilan mealshake. Ibu mana yang tak gembira dengan perkembangan itu.

Kegembiraan saya, saya kongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga sehingga membuat free testing kepada rakan-rakan di ofis. Ramai juga yang mengambilnya, dan mengakui kelebihannya. 

Alhamdulillah, dengan perkongsian itu, saya mendapat bonus pertama as shaklee member hasil perkongsian tersebut. Hanya RM2++ tetapi saya sangat bersyukur. Ini bermakna, saya seolah-olah mendapat diskaun yang teramat banyak bagi pembelian vitamin untuk diri sendiri. Syukur..

Tidak mensasarkan lebih kepada bisnes sampingan ini, memandangkan saya masih belum kuat untuk memberi komitmen lebih kepada benda lain selain dari core-business saya sebagai pensyarah. Dengan peningkatan gaji dan pangkat (Alhamdulillah..) baru-baru ini menuntut saya memberi tumpuan lebih kepada bidang utama saya.

Sasaran saya biarlah seramai mana orang yang boleh mendapat MANFAAT dari pengambilan shaklee ini. Dan cadangan saya, sekurang-kurangnya setiap keluarga mempunyai satu Vita-C Sustained Release dari Shaklee dan chewable Vita-C untuk anak-anak. (hokey, ini baru promosi!)

sms/ whatsup 019-3816167 (ida) untuk details.

Monday, July 9, 2012

Saya cergas dengan Shaklee

Alhamdulillah, saya telah menemui alternatif kekal cergas terbaik (mungkin ada yang lebih baik) setakat hari ini yang sesuai dengan fizikal saya.. Banyak produk yang baik saya ada cuba, dan ada yang kurang sesuai dengan diri sendiri. Vitamin Shaklee yang terkenal ini membantu mengekalkan kecergasan saya.

Saya sangat gembira dengan produk-produk Shaklee terutama dengan beberapa produk yang saya ada ambil. Tidak berani untuk mencadangkan produk yang lain (kerana masih belum cuba), namun dengan yakinnya saya suka Enegizing Soy Protein dan Set Kesihatan Optimum yang saya sedang ambil.

Apa tu?

Energizing Soy Protein - Membekalkan tenaga, Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
Set Kesihatan Optimum - Vitamin C, Vita -Lea, dan B-Complex.

Tak perlu rasanya nak bercerita lanjut, kerana saya dengan gembiranya akan mengumpulkan TESTIMONI hasil pemakanan produk ini di blog baru saya..

Tara..

http://sihatcerdascantik.blogspot.com

Jom singgah.

Kesan paling menggembirakan :- Berjaya mengurangkan pengambilan kafein dari 3 - 5 cawan sehari kepada 1- 2 cawan sehari. Masih cergas seperti biasa. Alhamdulillah. 

Saturday, July 7, 2012

interview HLP

jumpa my bestfren lia, masa interview hari tu.

Dah hampir seminggu saya pergi ke interview itu. Baru hari ni saya ada mood untuk share pengalaman itu. Biasalah, sibuk menguruskan final exam student dan macam-macam hal lain.

HLP stand for Hadiah Latihan Persekutuan a.k.a biasiswa sambung belajar sepenuh masa. Saya rasa baru sahaja apply 2 Jun yang lepas.. terkejut pula bila dipanggil pada 3 minggu selepas itu. Kalau mengikut panggilan sebelum ni, hampir 3 bulan, baru dipanggil intervw. Segalanya adalah adhoc, nasib baik, kak Rafidah (kakak yang dikenali satu Poli satu tika dulu, berpindah ke Kolej Komuniti di perak) ada bagitau melalui FB. Emel pemberitahuan lambat, apatah lagi surat panggilan. 

Dipendekkan cerita, saya balik ke rumah ibu saya di Selangor ditemani suami, anak-anak dan mak mertua. Mengambil peluang sehari ini membawa mak mertua berjalan kerumah besannya sekali-sekala. Saya pergi ke Poli Shah Alam (tempat interview) menaiki kereta.. hampir 45 minit dari rumah. Trafik jam agak teruk, memandangkan ia adalah pagi waktu bekerja. 

Sebelum interview.

Interview diadakan di perpustakaan. Untuk calon yang mengambil kejuruteraan elektrik, dua bilik disediakan L1 dan L2. calon agak ramai, 13 orang untuk satu bilik. Saya adalah calon ke-5. Alhamdulillah, Allah memberikan satu nikmat tak terhingga kepada saya sebelum interview lagi. Penemuduga saya salah seorangnya adalah saya kenal, kakak pensyarah kanan yang bertugas di jabatan yang sama di POLISAS. Oleh itu, saya tidak berapa gugup walaupun seorang lagi penemuduga masih belum dikenali. 

Setiap orang yang keluar dari pintu bilik selepas ditemuduga, saya akan panggil untuk tanya apa soalan-soalan yang ditanya. Kesamaan ketara antara mereka adalah tentang proposal. Mereka akan bertanya lebih tentang proposal yang dicadangkan untuk biasiswa. Lega. 

Lega kerana saya sudah agak faham dengan content proposal. Mari saya singkap cerita lama, cuba cerita semangat sambung belajar saya pada 4 Mei yang lepas --> cerita mobile. Sudah hampir setahun sejak saya buat proposal ini, disebabkan niat untuk sambung part time. Tapi tak kesampaian sebab masa. Maka, saya harus memanjangkannya untuk full time study. 

Dalam interview.

Kakak yang saya kenali itu, penemuduga pertama meminta saya menceritakan tentang proposal.. Dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Alhamdulillah, saya sudah pun berlatih di rumah, bercakap seorang diri, macam org tak betul pun ada. hehe. Setelah habis saya menceritakan tentang proposal, saya ditanya tentang impact research saya kepada organisasi.

Penemuduga pertama komen research saya mempunyai skop agak luas, perlu diperincikan lagi tajuk proposal saya. Saya setuju dengan komen, nama pun proposal.. pasti ada penambahbaikan dalam projek ini. Bahagian mencabar saya adalah pada penemuduga kedua. Beliau bertanya tentang hal transformasi politeknik yang agak mencabar pengetahuan am saya tentang isu semasa. Fuh! berpeluh untuk saya menjawab walaupun dalam bahasa Melayu. Antara soalannya:

"Apa peranan anda dalam mentransform pelajar politeknik .."
"Apa yang telah anda lakukan dalam kelas bagi mencapai tujuan transformasi.. '

Saya benar-benar merasa soalan-soalan ini adalah satu cabaran, tambahan pula penemuduga pertama adalah seorang yang benar-benar mengenali saya dan tahu latar belakang saya. Ia benar-benar menguji kejujuran saya menjawab soalan. 

Hampir 40 minit juga, saya dalam bilik penemuduga. Secara keseluruhannya, saya agak berpuashati, dan mencuba yang terbaik. Hanya doa dan tawakal yang saya mampu lakukan. (mak aih, skemanya ayat.)

Bertemu dengan Lia (my best friend) yang sudah berpindah ke Kuala Terengganu sangatlah best. Dia rakan baik ketika kami sama-sama mendaftar sebagai pensyarah poli. Sama-sama menempuh susah sebagai GSTT. Lia yang meneman saya di rumah ketika suami tiada, dan saya sarat mengandung anak pertama. Rumah lia di kuarters dan rumah kakak nya di balok juga saya jejaki, bila suami tiada di rumah (ketika tu kami masih duduk berjauhan). Rindu pada lia. Sayaaaang sangat kat awak!

oklah. sampai sini cerita tak seberapa. Moga keputusannya menggembirakan. Ameen.

Saturday, June 23, 2012

Alhamdulillah..


Alhamdulillah.
Wish me luck!

Thursday, June 21, 2012

Saya suka main badminton.

Lihatlah semangat berkursus yang terpancar dari mata masing-masing.

Rakan beregu saya

Akhir-akhir ni, banyak pula sertai kursus yang santai a.k.a non-academic course. Minggu lepas, saya sertai kursus badminton for beginner.

Beginner? hehe. Memang reti main, tapi main gitu-gitu je. Asal bola tu masuk tempat lawan, jadiklah. Tengok badminton match kat TV, siap kutuk-kutuk kalau pihak yang disokong kalah.. Bila dah jejak gelanggang, haa hamek.. sendiri mau hingat, terkedek-kedek mengejar shuttle.

Banyak rules di atas gelanggang yang dipelajari.. terutama giliran serve kalau main beregu. 

Baru perasan, kat rumah tadek raket.. Raket yang ada adalah kepunyaan mak ayah yang belikan masa kecik-kecik dulu. Harus beli satu ni!

Setelah sekian lama tak bersenam, saya sangat puas dengan peluang mengeluarkan keringat ini. Sangat mengujakan!!

p/s; Aim nak wakil jabatan acara single boleh? (pergh!)

New Project VB 2012


sudah sekian lama saya meninggalkan skill memprogram, kini saya kembali mengembalikan nostalgia tidak tidur malam kerana membangunkan program.

Sekarang, tidak lagi tidak boleh tidur malam.. komitmen tinggi dengan keluarga. Tetapi setiap masa terluang saya harus gunakan untuk projek baru saya ni. Saya harus menyiapkannya tidak lebih dari sebulan dari sekarang. 

Projek baru saya adalah membuat sistem pendaftaran kursus yang baru. Sistem sedia ada sudah agak 'berat'. Dan dengan menurut perintah bos baru, saya berusaha untuk cuba siapkan. Saya dah tak berani untuk volunteer membuat apa-apa sistem, sudah mengambil pengajaran atas Sistem E-Amaran yang telah dibuat suka-suka dahulu. Kalau takde arahan, saya hanya menyendiri dan tidak mahu mengganggu mana-mana territory..

Kepala sentiasa berlegar bagaimana untuk menyiapkan sistem ini. Mesin jahit dan bisnes harus diketepikan dulu. Sangat gembira dapat refresh ilmu memprogram.

Saya sendiri terfikir, sempat ke saya siapkan? Saya memegang kata-kata "Allah uji seseorang kerana orang itu mampu melakukannya". 

Saya ada cabaran!

Thursday, June 14, 2012

Resepi Royal Cheese cake

Saya menjumpai resepi Cheese Cake yang sangat menyerupai Secret Recipe punya. Lembut dan mengancam. lembab-lembab gitu.

Yang bestnya resepinya amat mudah. Mudah yang amat. 6 Bahan je..
Tak caya? cuba jenguk sini --> Royal Cheese Cake recipe

Jom layan gambar..

Sebelum bakar

Dah siap bakar.. Yummy

sanggup stop anak makan, semata-mata nak amik gambar

Meh close-up sikit.. Sedap sungguh!

Sila lah cuba. Lepas ni nak cuba letak perisa strawberi atau coklat chip. Best!!

Wednesday, June 13, 2012

Tidur 'ahli Ibadah'.. hehe

Ahli ibadah yang dimaksudkan adalah Abid (maksud nama dia la tu). Semasa kat A famosa, ada 3 tempat utama yang termasuk dalam package.

Waterworld, Cowboy Town dan Safari.

Saya sangat perasan, masuk je tempat 3 ni, dia akan tidur. 

Tido di waterworld (2 jam lebih dia tidur)

di cowboy town (belum start dah tido)

di Safari (tak naik bas lagi, dah tidur)
Exercise lengan lah kami berdua, bergilir mendukung abid sebab tak bawak carrier.

Monday, June 11, 2012

villa kami di a famosa resort

Banyak cerita nak cerita pasal percutian di a famosa. saya ambil part by part. sebab tak pasti bila bleh buat cerita bersiri percutian ni. Almaklumlah, sekarang semakin ada semangat untuk bekerja, dengan potfolio baru.

Cerita awal. tempat tido kami 3 hari 2 malam di a famosa resort. Jom layan gambar.

Ruang depan. Masuk pintu je nampak dapur

Ruang tengok tv yang simple. Ada astro lagi.

Villa ni ada 4 bilik tidur. semua ada aircond. 2 katil besar queen size. 

Ruang depan ada swimming pool yang sederhana besar. Banyak pokok keliling pool, ada privacy sikit.
** atok dan abah mereka test pool.

Belakang umah luas, takde pagar pun.. diorang ni pi main badminton.  Ada ampaian kecil untuk sidai baju

Ini abid dan arif temankan abah mandi.. duk tepi aje lah

Ini pemandangan depan rumah. garaj boleh muat 2 kereta

Malam pun pakat mandi tau!

Sangat puas hati melihat villa kami.. selesa. My mum siap bawa portable stove untuk masak, sebab package kami tak termasuk  makan. Kalau nak order kat sana, sepinggan nasi goreng RM20++.

Gambar dah cukup menceritakan serba sedikit pasal tempat tinggal kami, kalau sempat saya update pasal percutian ye.

bayar ejen tolong kemas rumah.

wah! sudah sangat lama menghilang dalam dunia blog. mahu update sikit-sikit je ni.

sekarang ni, saya sedang menggunakan perkhidmatan mencuci rumah. Dua orang pekerja, 3 jam bekerja. RM60. sekarang ni, adalah dalam setengah jam lagi nak abis waktunya.

setakat ni, sangat berpuashati. tak payah nak tunjuk kemas macamana. diorang dah pandai buat. dari sapu ke vacum, lap dan basuh. memang bukan kepakaran saya bidang mengemas ini. hikhik

Siapa berminat nak ambil juga, area kuantan.. ni details pasal syarikat berdaftar ni.

YS Maid Cleaning Services. (IM 8)
No contact 09-5729169
014-5398460.

waktu operasi Isnin - Ahad (9pg, 2 ptg & 8 mlm)

almaklum, baru lepas balik bercuti di A famosa. rumah pun macam kapal pecah, terbalik.
nak cerita pasal percutian juga. esok-esoklah ye. hehe.

Monday, May 14, 2012

Tido bilik sendiri

Tiba-tiba afiq sangat teruja untuk tido di bilik sendiri. 

"Afiq nak tido bilik ni la malam ni. Ibu tak payah tutup lampu ye." 

"OK"



2 hari lepas, saya ada beli sticker car untuk ditampal kat bilik afiq. Bilik ni dah sedia dicat dengan kaler biru.. dan memang hendak dihias dengan design boy.. untuk hero-hero itu.

Maka sticker a.k.a hiasan pertama berjaya ditampal. Teruja betul afiq sehingga volunteer untuk tido disitu (sblum ni, dia tidur di bilik kami beramai-ramai). Siap ajak arif teman dia sekali.


tetapi yang berlaku pada malamnya berlainan sekali.

Sungguh liat dia untuk tido di bilik itu walaupun adiknya sudah lama lena. Takut kot. Saya pula yang tertidur menantikan dia untuk tido. Akhirnya hampir jam 2 pagi, baru afiq tertidor. 

Tiba-tiba lepas tidurkan mereka, hati sayu. Melihat bilik sendiri kurang 'ahli'. Sedih pula berpisah, walaupun hanya semalaman dan hanya berpisah bilik. Setiap jam saya terbangun, menjenguk mereka. Takut-takut mereka menangis dan saya tak terdengar(jarak antara bilik kami agak jauh)

Mereka dah besar. kenapa cepat sangat. WAA. ::emo::