Monday, May 14, 2012

Tido bilik sendiri

Tiba-tiba afiq sangat teruja untuk tido di bilik sendiri. 

"Afiq nak tido bilik ni la malam ni. Ibu tak payah tutup lampu ye." 

"OK"



2 hari lepas, saya ada beli sticker car untuk ditampal kat bilik afiq. Bilik ni dah sedia dicat dengan kaler biru.. dan memang hendak dihias dengan design boy.. untuk hero-hero itu.

Maka sticker a.k.a hiasan pertama berjaya ditampal. Teruja betul afiq sehingga volunteer untuk tido disitu (sblum ni, dia tidur di bilik kami beramai-ramai). Siap ajak arif teman dia sekali.


tetapi yang berlaku pada malamnya berlainan sekali.

Sungguh liat dia untuk tido di bilik itu walaupun adiknya sudah lama lena. Takut kot. Saya pula yang tertidur menantikan dia untuk tido. Akhirnya hampir jam 2 pagi, baru afiq tertidor. 

Tiba-tiba lepas tidurkan mereka, hati sayu. Melihat bilik sendiri kurang 'ahli'. Sedih pula berpisah, walaupun hanya semalaman dan hanya berpisah bilik. Setiap jam saya terbangun, menjenguk mereka. Takut-takut mereka menangis dan saya tak terdengar(jarak antara bilik kami agak jauh)

Mereka dah besar. kenapa cepat sangat. WAA. ::emo::

2 comments:

Ida_Iara said...

seronoknye bila anak yg offer nak tdo lain bilik..ehehe.smpai masa nye kena bg sdkt privacy utk parents.haha..tggl sikecik je la lagi ye tak pisah bilik lg.

tp sticker2 tu mmg cantik..tak dpt nak ajak en suami pegi lagi ke perfect living expo tu hjg mggu..asyk ade prog dgn member dia aje.

ida_F said...

diorang memang beria-ria nak tido bilik sendiri waktu siang, tapi bila nak tido, mula-lah sibuk nak tido bilik kita. 2 hari ni, memang kena tidurkan diorang kat bilik diorang, baru kita beralih ke bilik kita.

saya beli lagi 3 sticker tau. nak amik gambar plak lepas ni. sangat puas hati..