Tuesday, March 10, 2009

projek budak

semalam kena supervise projek budak. kali ni dapat 3 group. semua pompuan. dan untuk menyenangkan cerita, aku cadangkan diorang buat database VB je. dalam masa sama, aku bleh blaja camne nak buat database.
group 1 - buat Sistem Pendaftaran Modul Elektif
sistem ni untuk pendaftaran modul elektif, sebelum ni budak sem 5 yang nak ambil modul elektif kena datang beratur awal pagi sebab nak berebut elektif kegemaran diorang. after this (kalau sistem ni jadi), diorang bleh buat online je. untuk permulaan, buat intranet dulu. lagipun line internt tak berapa stabil kat sini.
group 2 - buat Sistem Kehadiran dan Surat Amaran
sistem ni khas untuk pensyarah masukkan data pelajar yang tak hadir. sistem akan proses, kalau cukup 2 minggu ketakhadiran, pensyarah boleh keluarkan surat amaran. kalau tak cukup 80% kehadiran lak, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan. setakat ni, ada satu potfolio tengah uruskan pengeluaran surat amaran ni secara manual.

group 3: buat sistem pendaftaran pelajar PJJ
sistem ni macam pendaftaran biasa, takde proses yang complicated. cuma form dia banyak la berbanding dengan dua sistem yang tadi. kalau sistem ni siap, maybe bleh ditukar dan dijadikan sistem Penasihat Akademik masukkan data pelajar PA nya.

harap2 jadi. dalam masa sama, aku pun tgh cuba siapkan sistem sendiri punya. suka2. hobi. pening nak masukkan repot kat excel macam sistem peperiksaan tu. takpe. usaha tangga kejayaan. *wink*


- semangat lepas tgok cite Pursuit of Happiness, rasa nak tgok lagi

2 comments:

unique1012 said...

Ida,
anda di tag! sila singgah di blog ye ;)

a said...

hakhak..ok!