Wednesday, April 22, 2009

Emergency Leave

Its 7.45 am, I’m supposed to arrive to my office now, but I’m not. I have to take emergency leave today. Afiq demam dan muntah-muntah semalam. Last night pun aku tak dapat nak lelap tido sebab risaukan afiq.

Semalam, sesampai ke rumah lepas keje, afiq nampak tak bermaya. dia memang dah demam 2 hari tapi tak panas sangat.. tak nampak series, aku just bg ubat demam yang dah ada stand by kat dalam freezer.

pastu aku tengok dia terbaring je atas karpet. pelik. dia tak macam tu biasanya. pastu dia minta air. aku pun bagi air masak sikit, abis2 minum tu dia muntah... isk.

dia pun minta aku mandikan, sebab abis kena muntah tu kat baju dan kaki dia. sambil2 tu, hubby pun tolong lapkan muntah afiq. lepas mandi, aku letak toto depan tv, dia baring tengok kartun.. aku ke dapur, nak masak bubur untuk dia. pastu, dengar dia menangis.. rupanya, dia muntah lagi. abis nasi yang dia makan kat nurseri tu, keluar.. banyak lak tu. abis toto, bantal baju dia kena muntah.

aku pelik. aku mandikan lagi dia. lepas mandi, dia minta susu.. kali ni, aku biar dia baring atas katil minum susu, aku teman kat sebelah.. tiba2 dia muntah lagi atas katil.. isk, toto tadi pun aku belum sempat bersihkan.. ni katil plak penuh ngan muntah dia. dia nangis lagi. ni kali ke3 dah ni.. waa... takut aku.

malam td, aku ke klinik pakar kanak-kanak, bawa dia. ramai orang! datang kul 8, kul 10 mlm baru leh jumpa doktor.. doktor kata anak aku keracunan. dia bagi ubat tahan muntah ngan ubat demam.

balik ke umah, aku dukung afiq. sampai ke rumah, hubby tegur apasal tangan anak aku ada darah. rupa2nya afiq dah tido, tapi dari hidung dia penuh darah menitis.. afiq memang biasa berdarah hidung, terutama bila musim panas dan dia demam. baju ngan tudung aku pun kena darah dia. sepatutnya, sampai ke rumah je, doktor suruh aku bagi ubat kat dia... dah dia dah tido, aku pun bancuh ubat dalam susu, then bagi kat dia.

masa afiq tido tu, aku tengok tangan dia menggigil.. panik aku, hubby kata, dia dah tak makan apa2 dari petang, pastu muntah plak, memang la menggigil. aku dah nak nangis dah tengok dia.. terus gi masak bubur.

aku plak rasa nak demam.. rupanya aku tak makan lagi dari tengahari, lupa sangat sebab dah risau sangat pasal anak.

itulah alkisah orang ada anak, kengkawan yang ada anak mesti faham, kadang-kala bila anak demam, kita pun macam nak demam.. kan?

:: patutla syurga di bawah tapak kaki ibu..

gambar 3d yang aku scan minggu lepas.. nampak tak rupa baby ku ?

3 comments:

tunfrida said...

semoga afiq cepat sihat. risau juga aku bila membayangkannya..

nurul aziyana said...

waaa adik afiq..hurm susah jugk yer jd ibu ni..bersedia mental n fizikal..ptt la kene selalu berdoa diberi kekuatan mental n fizikal

ida_F said...

to tunfrida : moga afiq cepat sembuh juga

to aziyana : rezki anak yang Allah bg tak semua orang dapat, menjadi ibu ni satu rezki yang tak ternilai.. sbb itulah banyak dugaannya