Wednesday, May 4, 2011

manage stress

Memandangkan aku akan mengalaminya, maka di sini aku nak kongsi tips to reduce stress.


1. wujudkan suasana menyenangkan di sekitar anda. Letak gambar pemandangan atau wallpaper yang menenangkan di komputer.
* aku letak gambar my three angles..afiq, arif and abid

2. Buat senarai Nak Buat Mende (To-Do-List). Guna Post-It Note, atau alarm pada komputer atau handfon..yang penting kita tahu apa nak buat dulu.
* yg ni memang berkesan pada aku, tapi selalu tak terbuat.. tak sempat kot

3. Masa Rehat (Time-out). buat perkara yang meransang minda. yang merehatkan. memberi ruang kepada diri sendiri untuk 'bernafas'. Baca buku yang memberi inspirasi ke.
* yang ni aku memang selalu buat (lebih banyak masa rehat dari keje kot..). suka main game ngan baca majalah.

4. Susun semula meja kerja. Mungkin boleh letak frame family atau santai.
* idea yang bijak.. hmm

5. Meletakkan tanaman. Tanaman boleh memberi kesan penenang paling berkesan.
* dulu ada. abis cuti bersalin, ia telah kering dan.. innalillah..(lupa pesan kat kawan suh siramkan)

6. Bersenam. Aktiviti fizikal boleh bantu hilangkan tension. Masa bersenam, badan akan keluarkan hormon endorfin yang bantu kita relax.
* Berkejar ke sana ke mari di rumah menguruskan rumah, rasanya cukup ke?

7. Kemas tempat kerja. Kalau bersepah, lagi stress kan? buang apa yang tak perlu..
* yg ni yang den lomah ni. sapa yang kenal aku, tahu camne tempatku. (malu..)

8. Adakan 'sempadan'. Adakan limit bila kita lebih santai berborak (a.k.a bergosip) dengan kengkawan dan bila kita tak boleh diganggu.
* susah juga kan?

9. Kurangkan pengambilan kafein. Kafein memang sumber peransang (stimulant) yang baik, tapi ia juga boleh menyebabkan stress.
* sorryla, ini takleh nak elak. i'm coffee-holics

10. Makan pagi yang berkhasiat. kajian menunjukkan pengambilan bfast yang baik akan membekalkan protein yang lebih untuk bekerja.
* YA. saya tak boleh tinggalkan makan pagi.

gudlak.

0 comments: