Saturday, May 7, 2011

sedapnyee..

malam tadi, aku dah takde idea nak masak apa. Alhamdulillah, ada sikit bahan kat dapur tu, dapatla buat sesuatu untuk santapan makan malam.

arif dan afiq makan dengan khusyuknya (lapar le tu..)

huu.. comotnya anak ibu ni

rasa-rasanya diorang makan ape?
heee.. mestilah mee kan?
sebab dah ada rupa mee

sebenarnya itu milidi
dah takde idea nak masak apa.

jom kongsi cara nak masak
1. milidi direbus, tapis
2. tumis bawang kisar dengan tomato puri
3. gaul kan dengan burger(potong kecik) ngan tomato(potong kecik)
4. siap - tak sampai 10 minit pun

mi lidi ni pun jadi santapan aku ngan abahnya
sorryla abahnya, tak pedas la mi malam ni
dah memang asalnya nak bg anak makan.
balun je la kan..

mi lidi masak cara aku

lepas makan
afiq bagi aku surprise.
:
:
:
:
:



untuk aku.. siap nyanyi lagi
"ibu..ibu.. engkaula ratu hatiku"

oh sweeeeetttt..

p/s: Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2..
Ibu, terima kasih sbb lahirkan, besarkan dan beri kasih sayang pada alang..



2 comments:

cKnorm said...

senang hati mak tgk anak berselera makan...

ida_F said...

normi: iye.. sangat senang hati. tgok anak makan pun, rasa dah kenyang..