Friday, April 29, 2011

bukannya tak bagus..


semalam, sambil melayan perasaan di bilik.
dengar ikim.fm.
satu cerita teladan
lebih kurang camni la aku olah sikit setakat yg aku ingat.

satu tika dulu ada seorang wanita tua
tinggal di kampung
setiap hari, dia akan mengangkut air dari sungai
dia ada 2 timba, satu elok dan satu lagi retak
dia akan kandar (letak kayu di bahu) 2 timba untuk angkut air

wanita ni akan dapat air penuh pada timba yang elok
tapi, air pada timba yang retak hanya separuh.
satu hari, 2 timba ni berdialog
timba elok berkata kepada timba retak
"aku bagus, dapat menolong tuan kita angkut air..tapi kau retak..boleh bawak air sikit je"
timba retak rasa serba kekurangan
mengadu pada wanita tu

wanita tu menjawab
"sepanjang jalan dari sungai kerumah..
ada taman bunga yang cantik
kau dah menolong aku menyiram bunga2 itu
dari air yang menitis akibat retak itu
aku sengaja meletakkan biji benih bunga sepanjang jalan
supaya dengan air yg menitis itu
boleh menyebabkan bunga2 itu tumbuh
dan aku boleh mengambil bunga2 itu
sebagai hiasan rumah dan menggembirakan hatiku"
kita semua hebat
mungkin kekurangan yang kita ada menyebabkan kita unik
jgn rasa rendah diri
setiap yang ditentukan oleh Tuhan
ada hikmah tersendiri..

cuma siapa yang tahu? Dia Lebih Mengetahui.

0 comments: