Wednesday, April 22, 2009

Emergency Leave

Its 7.45 am, I’m supposed to arrive to my office now, but I’m not. I have to take emergency leave today. Afiq demam dan muntah-muntah semalam. Last night pun aku tak dapat nak lelap tido sebab risaukan afiq.

Semalam, sesampai ke rumah lepas keje, afiq nampak tak bermaya. dia memang dah demam 2 hari tapi tak panas sangat.. tak nampak series, aku just bg ubat demam yang dah ada stand by kat dalam freezer.

pastu aku tengok dia terbaring je atas karpet. pelik. dia tak macam tu biasanya. pastu dia minta air. aku pun bagi air masak sikit, abis2 minum tu dia muntah... isk.

dia pun minta aku mandikan, sebab abis kena muntah tu kat baju dan kaki dia. sambil2 tu, hubby pun tolong lapkan muntah afiq. lepas mandi, aku letak toto depan tv, dia baring tengok kartun.. aku ke dapur, nak masak bubur untuk dia. pastu, dengar dia menangis.. rupanya, dia muntah lagi. abis nasi yang dia makan kat nurseri tu, keluar.. banyak lak tu. abis toto, bantal baju dia kena muntah.

aku pelik. aku mandikan lagi dia. lepas mandi, dia minta susu.. kali ni, aku biar dia baring atas katil minum susu, aku teman kat sebelah.. tiba2 dia muntah lagi atas katil.. isk, toto tadi pun aku belum sempat bersihkan.. ni katil plak penuh ngan muntah dia. dia nangis lagi. ni kali ke3 dah ni.. waa... takut aku.

malam td, aku ke klinik pakar kanak-kanak, bawa dia. ramai orang! datang kul 8, kul 10 mlm baru leh jumpa doktor.. doktor kata anak aku keracunan. dia bagi ubat tahan muntah ngan ubat demam.

balik ke umah, aku dukung afiq. sampai ke rumah, hubby tegur apasal tangan anak aku ada darah. rupa2nya afiq dah tido, tapi dari hidung dia penuh darah menitis.. afiq memang biasa berdarah hidung, terutama bila musim panas dan dia demam. baju ngan tudung aku pun kena darah dia. sepatutnya, sampai ke rumah je, doktor suruh aku bagi ubat kat dia... dah dia dah tido, aku pun bancuh ubat dalam susu, then bagi kat dia.

masa afiq tido tu, aku tengok tangan dia menggigil.. panik aku, hubby kata, dia dah tak makan apa2 dari petang, pastu muntah plak, memang la menggigil. aku dah nak nangis dah tengok dia.. terus gi masak bubur.

aku plak rasa nak demam.. rupanya aku tak makan lagi dari tengahari, lupa sangat sebab dah risau sangat pasal anak.

itulah alkisah orang ada anak, kengkawan yang ada anak mesti faham, kadang-kala bila anak demam, kita pun macam nak demam.. kan?

:: patutla syurga di bawah tapak kaki ibu..

gambar 3d yang aku scan minggu lepas.. nampak tak rupa baby ku ?

Sunday, April 19, 2009

its a boy

i am really bz with tons of works, have no time to compose any new-interesting-post..

hari jumaat lepas gi scan 4-d (4 dimension).. siap bleh tgok rupa my baby dalam perut lagi. (nanti aku tampal gambar).. and the most important thing, nak tgok jantina.

tanpa segan silu, anakku dalam kandungan terbuka kakinya dengan spontan masa scan tu.. wah, its a boy. doktor tu siap ckp: "confirm lelaki ni, tak malu.. terus kangkang, kalau pompuan, mesti malu2.." aku tergelak.

aku ngan hubby pun ada prepare a few names.. cannot mention yet. anyway, afiq ada geng bergusti la lepas ni.

Ya Allah, kau permudahkanlah proses bersalinku, dan semoga anakku dapat dilahirkan dengan selamat.. ameen.

Wednesday, April 15, 2009

Nak edit gambar online?


mari kita kongsi ilmu baru.. i just found this recently.. how to edit pictures online.

biasanya kita guna software sendiri, photoshop, photo editor sendiri.. kena install dulu baru leh nak guna.. itu pun kalau ada installer.. sekarang dah ada service edit foto online yang bleh buat macam2 editing gambar dan yang paling penting ...FREE!
lets click to ..--->http://www.picnik.com/
tak perlu register untuk edit gambar.. cara-cara edit..

1. first, upload gambar pilihan kita.


click pada 'Upload a photo'

2. lepas kita choose gambar kita, dia akan loading (amik masa skit)
tgh loading la ni

3. Pada bahagian 'create', cuba edit gambar guna HDR-ISH (parameter bleh ditukar sesuka hati)
aku pilih gambar tomyam di restoran PADI

4. Masukkan la 'text' apa2 ..

5. Then, save semula dalam komputer kita.. Hasilnya:..jeng..jeng..jeng

sebelum edit

selepas edit.. Menarik kan? lets try!

Sunday, April 12, 2009

Giliran berkaki banyak plak

rumah baru yang aku duduk ni, pelbagai 'pengunjung' merbahaya datang. biasale kawasan kampung. dikelilingi lak dengan semak samun, dusun terbiar dan sebagainya.

last 2 month, ada kala jengking kat depan rumah. besar tapak tangan. pastu, sekawan lebah datang menziarah. setakat ni, tiada kecederaan yang 'pengunjung2' ni buat.

weekend lepas, kawan dia berkaki banyak lak buat hal. malam sabtu tu, aku tertido depan laptop dengan anak yang tak berbaju sebab panas. dalam 5 meter depan aku, hubby tertido depan tv.

pastu, pukul 2 pagi, dengan bising2.. suami aku bangun mengetuk2 baju dia dengan benda keras. baju dia tu terlepek atas lantai lepas ditanggalkan. aku confius. sekali sekala dia mengerang sakit, pegang bahu dia. aku tanya kenapa.

"ada benda gigit tangan abang ni.. sakit gile"

aku dah panik. pinggang dah sakit, sebab tertido atas lantai. tiba-tiba keluar 'benda' warna hitam menyusup keluar dari baju suami aku tu. Mak aih! besar gile. Lipan tanah yang kulit hitam keras! aku dah menjerit.

"dukung anak!..dukung anak!" husband aku jerit.

aku kuatkan semangat nak angkat anak masuk bilik, walaupun pinggang aku sakit tak terkira.

suami aku ketuk lipan tu sampai mati. aku pun tengok bahu suami aku, dah berdarah sikit (2 bintik) disengat lipan, warna lebam hitam dua tempat, dan bengkak besar kelilingnya. gabra betul. lepas letak ubat gamat, aku bagi dia makan panadol, tahan sakit. dia kata berdenyut2 tempat kena sengat tu. tapi, macam biasa, dia bukannya nak ke klinik esok paginya. katanya, lama2 elokla.. sampai semalam pun, aku tengok tangan dia bengkak sikit, waa..risau betul.


lipan yang telah menemui ajalnya

Thursday, April 9, 2009

Surah Pilihan

kesibukan kerja di ofis selalu membantutkan mood ku untuk meng'update' blog ni. bila dah log in je, terus hilang idea apa nak update.

i love magazines, a few days ago ada beli magazine Pa & Ma (edisi april), cerita pasal surah-surah pilihan yang baik di baca masa pregnant.


  • surah Yusuf : Anak yang comel dan cantik
  • surah Luqman : anak yang genius
  • surah Maryam : anak yang soleh
  • surah An-Nahl : ayat 78: Mudah untuk bersalin – Dengan Izin Allah
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (Surah AnNahl:78)
just to share with others, ada juga antara kita yang tahu surah-surah ni baik di amalkan, tapi tak tahu hikmah di sebaliknya. aku akan try untuk letak link download beberapa surah amalan ni di blog ni untuk kemudahan others.

my hubby ada belikan CD surah-surah amalan ketika mengandung kat dalam kereta, almaklumlah kalau tak sempat baca, sekurang-kurangnya sambil drive sambil dengar..betul tak?

moga anak yang dikandung selamat dilahirkan dan membesar menjadi insan soleh, insan hebat yang dapat berbakti untuk agama, bangsa dan negara. ameen..

Monday, April 6, 2009

"nanti saya ajar.."

aku masih 'confius' bila something happen this morning. mungkin para ibu yang ada anak kecik macam aku ni bleh bagi pendapat la.

ceritanya mcm ni.. pagi tadi masa aku hantar afiq gi taska dia, budak kat nurseri tu tanya aku..

" kak, afiq ni tak pandai pakai baju sendiri ke?"

aku tercengang..

"kenapa?" aku tanya. dalam hati aku terfikir gak.. "haah ye, aku tak pernah test anak aku ni pakai baju sendiri"..

budak tu jawab,

"lepas pakaikan pampers, semua budak dah siap (pakai baju), afiq je tak siap lagi"

"ooo.. nanti saya ajar" aku jawab sambil terpinga-pinga lagi ngan soalan dia..(ker aku masih mamai lagi pagi tadi)

walaupun dah lebih kurang 2 jam setengah yang lepas soalan itu ditanya pada aku.. aku masih confius, a few questions are hanging around my head..
  • adakah sudah tiba masanya afiq pandai pakai baju sendiri?
  • macamana aku nak ajar dia pakai baju sendiri? (ini boleh diusahakan kemudian..)
  • aku banyak tumpu ajar mengenal objek dalam buku, tapi ajar pakai baju..aku tak terfikir la nak ajar.. *blushing*

Sunday, April 5, 2009

weekend yang relaks

weekend lepas, dua hari yang memberi sedikit kelegaan. full 5 days working, dapat 2 hari rehat best la.

this weekend, my brother dari KL datang. best la, sebab sekali-sekala sedara sendiri datang ke kuantan menjenguk. seronok. dia datang dengan wife dia, dan syamimi.. budak comel.

syamimi (2 different expression) & my son, afiq


dapat berita lak yang adik hubby yang dah tunang tu, nak percepatkan wedding dia .. end of this year. Baguslah! aku pun bleh join tolong2 apa yang termampu.. bleh tanya kat bakal2 pengantin about their preparation.. (kan aziyana kan?) haha.

post yang agak boring.. just to update. chow

Thursday, April 2, 2009

tagged from normi.. My Purse

ada semalam kena tag dengan normi, kawan sekolah dulu.. ceritanya tentang Purse..(kesempatan utk mengemas-atur purse ku yang bersepah dan ntah hape2 ntah yang ada dalamnya)

1. Snap the picture of both inner and outer of your wallet.


2. Introduce your wallet brand, price and where you bought it.
Brand Revival, harga lepas 70% diskaun, RM20 je kat SALE parkson, suami penyayangku yang pilih dan belikan.
3. Take out whatever inside your wallet.




1. Duit yang tinggal -9 keping duit seringgit, 4 keping 20sen,3 keping seposen, 2 keping 5 sen (berapa ye?)
2. My Mykad, Afiq's Mykid,Driving Licence
3. Business Cards
4. BIMB Credit Card, BSN Credit Card, Debit Card (Maybank,BIMB,RHB,CIMB)
5. Dwarna Prev. Card, Popular Card, LENO Prev. Card, Photostate UPSI Library Card.
6. Passport picture of mine and my Hubby
7. Pocket Calendar (TMNET's and CICAKMAN's)
8. Gambar Scan Baby dalam perut masa 5 weeks.



5. Snap a picture with your wallet with your self.

5. Tagged another person

tak tahu nak tag..sapa nak request buat benda ni bgtau le