Sunday, December 28, 2008

10 Kes Mahkamah Paling Ganjil 2008 (kes ke- 4 hingga PALING GANJIL)

Kes ke-4

Kes berikutnya tidak kurang ganjilnya. Seorang remaja di Florida, Amerika Syarikat ditangkap polis kerana memakai seluar yang terlondeh melepasi pinggang dan menampakkan seluar dalamnya. Penduduk kawasan itu sendiri sudah tidak tahan melihar kerenah anak muda yang memakai seluar terlondej sehingga dilihat memalukan.


Namun, remaja tadi terlepas daripada sebarang denda kerana ’undang-undang seluar londeh’ yang wujud di kawasan itu bukan undang-undang yang sah disisi perlembagaan.


Kes ke-3

Di Macedonia, Eropah, seekor beruang coklat dituduh mencuri madu. Seperti cerita dongeng, seorang penternak lebah mencuba pelbagai cara untuk mengelak madunya dicuri, termasuk untuk mengelakkan daripada beruang tadi.


Selepas tidak berjaya, tindakan mahkamah diambil dan dia menang dalam kes itu. Memandangkan beruang itu tidak boleh membayar apa-apa kepadanya, mahkamah memutuskan kerajaan negeri untuk membayar ganti rugi kepada penternak lebah itu dengan jumlah 1700 pound iaitu kira-kira RM11,000.


Kes ke-2

Di London, seorang wanita terlepas daripada denda tempat letak kereta dengan alasan yang ’rapi’. Wanita itu meletakkan kenderaan di kawasan larangan dan membiarkan enjin keretanya terpasang sementara dia mengadakan satu persembahan. Selepas disaman, dia menjelaskan terpaksa berbuat demikian kerana dalam bonet keretanya penuh dengan ular yang diperlukan untuk persembahannya.


Enjin terpaksa dihidupkan untuk memanaskan ular berkenaan dan mengelakkan ular tertidur sebelum persembahan. Dia terlepas daripada saman.


Kes paling pelik di dunia

Di New Zealand, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun menarik perhatian dunia dengan namanya, Tatula Does The Hula From Hawaii (Talula menari Hula di Hawaii). Nama itu dikatakan membuatkan kanak-kanak terbabit akan berasa malu dann’cacat’ serta memalukan keturunannya nanti.


Hakim memutuskan bahawa nama itu mempunyai unsur ’penderaan’ dan mengarahkan kanak-kanak itu diletakkan di bawah penjagaan mahkamah supaya dia boleh menukar namanya. Namun, hakim itu juga menyatakan bahawa memberi nama ganjil kepada anak kian menjadi fenomena di sana dengan menakan anak dengan nama Number 16 Bus Shelter (Hentian Bas No 16) dan untuk anak kembar, Benson dan Hedges (sejenis jenama rokok keluaran Britain) dan Fish dan Chips (sejenis menu barat).

10 Kes Mahkamah Paling Ganjil 2008 (kes ke- 10 hingga 5)

Artikel dari The Times yang diterjemah oleh Siti Suriani Othman dalam artikel rencana Berita Harian 27 Disember 2008


Kes ke- 10

Kes ke 10 paling ganjil di mahkamah Britain ialah denda sebanyak 70 pound (kira-kira RM450) yang dikenakan kepada ahli bina badan selepas latihannya membina badan disahkan sebagai tidak bertoleransi terhadap jirannya.

Alat angkat beratnya dikatakan mengeluarkan bunyi bising sehingga mencecah 100 desibel yang dilakukan setiap dua jam sehari. Mahkamah juga memberi amaran kepada ahli bina badan ini untuk tidak menggunakan mesin tertentu dan hanya menumpukan kepada aktiviti latihan angkat berat.


Kes ke 9

Kes kesembilan dalam senarai yang dikemukakan oleh Profesor Gary Slapper ini pula mengenai seorang wanita di Amerika Syarikat yang menyaman syarikat kosmerik L’Oreal selepas warna rambutnya berubah daripada blonde (warna rambut putih asli sesetengah individu Barat) menjadi coklat pekat selepas menggunakan pewarna keluaran L’Oreal.

Samannya dibuat berasaskan kepada kesan perubahan warna rambut yang sudah menjadikannya tertekan dan menyekat kegiatan sosialnya. Namun, kes ini ditolak mahkamah kerana wanita yang bernama Feeney ini dikatakan ’tiada fakta, tiada pendapat dan tiada piawaian’ untuk menyokong kesnya.


Kes ke-8

Dua wanita lesbian di Greece mengambil tindakan mahkamah untuk memenangi hak eksklusif dan membolehkan mereka diterima rasmi sebagai pasangan lesbian. Bagaimanapun, kes ini ditolak.


Kes ke-7

Kes ke-7 amat unik sekali. Di itali, pasangan kembar seiras menggunakan adiknya untuk menyamar sebagai dirinya dan membolehkan mereka mengeluarkan wang serentak di dua tempat berbeza.

Kakak kepada pasangan itu yang juga seorang peguam dan hakim sambilan menggunakan adiknya untuk menyamar sebagai dirinya untuk tujuan itu. Hanya selepas tiga tahun menjalankan kegiatan tidak bermoral itu,’tupai ini jatuh ke tanah juga’ selepas pelanggan mereka terdengar perancangan yang dibuat.


Kes ke- 6

Kes selanjutnya berlaku di Romania, salah satu negara di Eropah apabila ahli politiknya cuba melepaskan undang-undang berkaitan radio dan televisyen. Media massa disarankan untuk menyiarkan sekurang-kurangnya satu berita baik apabila menyiarkan satu berita buruk. Namun, mahkamah negara itu mendakwa bahawa berita tetap berita, tiada baik atau buruk. Berita adalah gambaran kepada realiti.


Kes ke-5

Kes kelima paling ganjil ini pula berlaku di Austria. Kumpulan hak haiwan menyuarakan agar Matthew Hiasl Pan, seekor cimpanzi diumumkan secara rasmi sebagai seorang manusia. Dengan hujah DNA cimpanzi 99.4 peratus menyamai DNA manusia, kumpulan hak haiwan itu mengharap agar Matthew diberikan status sama seperti seorang individu normal untuk membolehkannya meneruskan hidup selepas kehilangan tempat tinggal. Namun, mahkamah tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Matthew tidak boleh bercakap. (hahaha...)


bersambung....



Friday, December 26, 2008

nak update gak la..

waa .. sebulan lebih dah tak update blog ni.
biasalah, keadaan yang tak berapa sihat ni.. loya2.
tak de mood nak buat apa pun.

actually, banyak event2 besar dalam hidup aku berlangsung selama aku tak update blog ni.
2 disember 2008 - bezday aku yang ke 27
16 disember 2008 - bermalam untuk pertama kali di rumah baru
22 disember 2008 - trip ke upsi semula untuk kali terakhir (yang ni tak best)

setiap daripada event tu aku ingat nak citer.. tapi mood tadek. jadi aku ringkaskan setiap satu.
macam biasa, bezday aku takde specialnya.. cam biasala, tak celebrate pun. tapi tahun ni aku dapat 2 gift yang paling aku syukuri. 1st, dapat masuk umah baru.. second, pregnant anak kedua. Alhamdulillah Ya Allah.

masuk umah baru memang best, tapi penatnya bukan main lagi. aku ke upsi ni pun, rumah kat pahang tu, belum ada rupa rumah baru lagi.. tak kemas lagi. dua tiga hari kat umah baru.. ada 'benda2' kacau. biasala.. masuk tempat baru. lagipun, malam kena kacau tu, aku lupa baca ayat kursi sebelum tido.. lepas baca tu, Alhamdulillah, takde apa pun.

ni sekarang aku kat umah ibu kat sg buloh.. cuti sampai 5 hari, tapi nak balik ke pahang, aku tak larat. nak naik bas pun, kang loya2, sapa susah. aku jugak. lagipun kereta atoz kat pahang tu rosak gearboxnya. rindu sangat kat afiq ngan abahnya. dua hari lepas, afiq tepon aku, nangis2.. nak kan ibunya. aku pun sedih gak. kalau bleh aku nak je gamble drive ke pahang.. tapi sabar jela.. setiap perjuangan ada pengorbanan.

boring betul pegi upsi ni.. tapi, nak buat camne, dah tanggungjawab keje. nanti, kalau amik master nanti, lagi lelah.. setiap kesusahan yang aku alami, jadikan diri ni lebih kuat sebenarnya. kalau sem lepas bleh dapat 3.9, sem ni pun bleh juga. insya Allah.

kat upsi ni aku ada buat assignment, buat biography. aku tak tahu la apa kaitannya dengan subjek yang aku amik ni.. tapi ntah apa angin pensyarah tu suruh buat biografi.. siap suruh letak gambar sekali. ikut je la..

pastu, aku ada scan gambar aku masa kecik.. sebijik macam muka afiq. jom kita tengok..

gambar aku masa kecik


gambar afiq (ada iras tak? :-) )

Wednesday, November 26, 2008

Pizza Hut time..

makan piza.. bestnye. akhirnya, yang diidamkan tercapai. 25hb hari tu, gi dinner kat pizza hut kat giant kuantan. mushroom sup, spagetti, pizza kecik, roti, french fries.. gi ngan hubby ngan afiq je.

memang therapy betul la pizza ni. hilang semua rasa loya2 ngan sakit perut. best betul. kalau dah memang feveret tu.. semua best aje.

first time bawak afiq gi pizza. rupanya, suka betul dia makan mushroom sup. sampai licin aku punya mushroom sup tu.. pastu makan fries plak. pandai plak dia cicah ngan mayonis yang ada kat situ. masa mengandungkan dia, alah makan nasi.. western food cam piza ni bleh plak makan. tu yang dia suka juga kot.
sebelum balik, dia gi singgah taman permainan yang ada kat situ.. suka betul dia main gelongsor. masalahnya, budak lain turun dari gelongsor tu duduk... dia gi jalan turun.. tanak duduk. nasib baik tak jatuh.

Wednesday, November 19, 2008

Checkup

kertas tulis result checkup

I'm back. Semalam aku ada buat pemeriksaan kesihatan. Pagi tu buat pemeriksaan kesihatan kat Poli, ada LPPKN dan UIA datang buat pemeriksaan kesihatan..ada yang free ada yang bayar.

Aku gi buat yang bayar sikit, RM12 untuk glukosa, kolestrol, Carbon monoksida dan PFER. Semua OK je.

Glukos: 6.4 mmol/L
Kolestrol: 4.10 mmol/L (bawah 7, oklah)
CO:1 ppm
PFER: 450 (expected 470), kesan kalau ada lelah,masalah pernafasan

Malam pulak, gi cek doktor untuk pregnancy. Nak minta dia scan.. nak conform kandungan sihat. Nampak fetusnya, kecik je. Pastu doktor tunjuk heartbeat dia, kecik je.. comel. rasa nak nangis pun ada. Alhamdulillah.

yang nampak bulat tu.. fetus. kecik je

Wednesday, November 12, 2008

I’m pregnant again.

Alhamdulillah, 5 nov was a history to me when I was tested positive in pregnancy test. What a joy since I wait for it since a few months ago. Alhamdulillah, actually I just two days late in my menstrual cycle period and didn’t expect to get pregnant, but its such a gift.

First thing that I do after I get the result was to wake my hubby up and tell him. Actually, he already on bed since its already 12am. Then, I got online and search for ivillage.com to find out, when is my due date if I am really pregnant. Eleven July. Huhu.

I haven’t went to clinic yet to confirm it, today I’m in PD attending a course.. My dream course: web development using asp.net. I haven’t felt any morning sickness yet, but still I got light headache especially when in lift. I prefer to climb stairs then using lift since it will make my headache worst.

Wish me luck; I am morning-sickness-phobia.

Wednesday, October 29, 2008

Menebas rumput..

hubby menebas sorang2

Sorry la, cerita pasal rumah baru lagi.

Rumput kat umah baru kitorang dah naik jadi hutan tropika, malu lak kat jiran-jiran baru. Ahad lepas kitorang merajinkan diri pergi menebas.

Hubby pun beli la gunting besar tu.. apa ntah kita panggil, dan cangkul.

Aku ngan afiq konon-konon nak tolong sekali, tengok2 bala tentera nyamuk dah tunggu dah. lagipun dah nak pukul 5 lebih waktu tu, dan afiq diserang nyamuk. lastly, aku dan afiq diarahkan masuk kereta, tinggal hubby sorang-sorang tebas hutan tropika tu.

bahagian depan, dah ada grill dah

Alamat: No 14, Lorong Kubang Jeram 11 (buruknya nama..)

caiyok!

afiq yang dikurung..

akhirnya, ibu kena teman afiq dalam kereta (best2..)

Tuesday, October 28, 2008

Waa..budget lari

Cerita Langsir (bukan langsuir..)

Hari ni amik cuti rehat.. wa, first time in my work life i took leave, which is a legal one. Actually, we planned to send the 'kain' (argh.. what we call it in english? malas nak pikir) to KL since my cousin is a curtain taylor today, but my husband's leave being cancelled from his boss. i don't know why.

So, i took this precious time to go shopping.. ops no. i went to bank and curtain's shop. i went to bank to topup my savings in ASB and went to curtain's shop to order for my-new-house-curtain's railing. *railing = besi tempat sangkut langsir tu la.

The shop is just a few steps from the bank. Jiran baru sebelah rumah baru yang suggest tempat ni. Kedai nampak cikai (*cikai = tak berapa moden), tapi harga berpatutan gak la. I asked him for a quotation.

My new house has 10 windows altogether which consists 27 panels of windows. Mak aih. Itu yang kain langsir je kena beli 90 meter. Bila kira-kira (1 kaki railing = RM4.50), kos untuk railing je mencecah RM1000.

Menganga sekejap depan toke tu. My budget only RM600, since i asked my neighbour the estimated cost for railing. Tapi, toke tu kata jiran aku tu bukan double railing, tak macam yang kitorang nak buat, triple railing (scallop, body, sheer).

Lepas call husband, kitorang pun cancel buat triple railing kat dalam bilik, buat triple railing kat ruang tamu je, setiap pintu bilik pun cancel buat railing. itu later punya planning.

Lastly, dapat harga RM800 campur RM150 untuk tinted tingkap dapur, dapat RM950. still lari RM350 dari bajet asal. fuh! apa nak buat. macam ibu aku ckp.."haa..sapa suruh beli umah besar?" hak hak. susah-susah dulu, senang-senang kemudian.

Cerita Wiring ngan Lampu

Lepas husband balik keje, aku gi kedai wiring. pening nak pilih kontraktor, we just chose the contraktor recommended by pemaju. Bintang mende ntah nama kedai nya. Lepas buat quotation, adalah RM4k kena spend for wiring only. Belum masuk lampu, kipas lagi.

Tadi, kat kedai makan sambil tunggu makanan sampai, husband aku list out semua lampu ngan kipas yang nak kena beli. lampu downlight je 26 biji. satu biji tak kurang RM15. Itu survey kitorang after gi tanya lebih dari 5 kedai kat kuantan. husband aku pun amik keputusan untuk campur2 kedai. downlight beli kat Top lighting, Lampu chandeliar beli kat TAS lighting, kipas beli kat kedai cikai mana ntah kat sebelah ENG HONG stadium. ha ha ha. suka hati dia la.

Altogether, adalah RM3k. so, wiring + lampu = RM7. huhu. abis citer pasal wiring dan lampu.

Cerita Cornices

Cornices ni pun satu hal. Biasanya, cornices ni pasang untuk syiling kapur..ala2 macam border tepi. macam cacat sikit la kalau takde (sikit ke?). kitorang tempah kat JYH, since kedai plaster syiling yang kakak ipar aku recommend tu mahal sikit.

lepas discuss untuk kali ke 3 kot, buat quotation untuk kali ke 3@4, kitorang pun confirm nak beli kat situ. nak tahu berapa cost dia..? kalau campur cat sekali, harganya RM2.5k (gulp). kalau bayar lump sum, dia bagi murah dalam 5%.

Last.. Pasal kitchen kabinet.

Kitorang dah minta ada satu syarikat melayu tu ukur dapur untuk pasang kabinet couple weeks ago. tadi baru nak minta quotationnye, and design yang dia recommend.

Alhamdulillah, harga dia pun dalam lingkungan budget, RM3800 untuk kabinet dan RM2200 untuk dapur & hood. total= RM 6000.

Untuk hari ni je, 4 benda untuk rumah baru dah confirm beli.

Railing = RM950
Wiring = RM7000
Cornice = RM2500
Kitchen Cabinet = RM6000

Takpelah, pening kepala sikit. Biasalah, nak masuk rumah baru.

Ya Allah, permudahkanlah urusan dunia ku.. Hanya Kau Maha Mengetahui. Ameen.

Sunday, October 26, 2008

Prepare nak masuk umah baru..

pandangan dari pintu depan

For these recent few weeks and onwards, i'm going to get busy on preparing to move to my new house.. Hoooyeeee.. Alhamdulillah, rumah baru kami, semi-D kat Taman Satelit Damai, Beserah dah lama siap pun, tengah bulan lepas dah dapat kunci. So, sekarang ni tgh prepare nak masuk plak.

Here a list of how much we already spend and going to spend for our new house...

Grill - RM5k (already paid)
Curtain - almost RM2k (beli kain dah RM800 for about 90metre, upah dah RM700, railing RM600)
Kithen Cabinet - RM6k
Cornices - more than RM2k
Wiring, fitting, lamp,fan - RM2.5k
Perabot lain- tengok kalau ada budget lebih.

Almost RM25k guna untuk masuk rumah baru je. RM10k dapat dari markup loan rumah, another RM15k dapat dari simpanan+KWSP.

Alhamdulillah, kitorang ada masuk perunding kewangan en aziz, ada simpanan sikit. masuk dalam bulan 3, simpanan dah ada more than 10k, on the same time, tak guna card credit pun. tak payah masuk MLM dan berniaga.. bukannya ada masa pun. berminat? go to http://www.%20azizcfpx.com/

bila tgok laman web pasal packing untuk moving, jumpa laman web ni.

http://moving.move.com/Move/Planning/Packing/DontMove.asp

Items You Shouldn't Pack

Professional movers won't move these items and neither should you

The following items are examples of items that the moving companies, by federal law or internal policy, cannot transport.

Hazardous Materials
Items that are flammable, corrosive or explosive:

Aerosols
Ammonia
Ammunition
Car batteries
Charcoal
Charcoal lighter fluid
Chemistry sets
Cleaning solvents
Fertilizer
Fireworks
Gasoline
Kerosene
Lamp oil
Liquid bleach
Loaded guns
Matches
Motor oil
Paint thinner
Nail polish remover
Paints
Pesticides
Poisons
Pool chemicals
Propane tanks
Sterno
Weed killer

Perishables
Food, plants or living things that may die or spoil in transit:

Frozen foods
Plants
Produce
Refrigerated foods
Open or half used foods

Not recommended
Items of personal importance or sentimental value:

Stamp or coin collections
Deeds or wills
Moving documents
Family photographs
Furs
Securities
Cash
Valuable jewelry

Monday, October 20, 2008

Beraya di zoo..

Minggu kedua raya hari tu.. berapa hari bulan ntah.. hubby beria2 nak ajak afiq gi zoo... padahal ada gak sedara ajak datang umah dia. hehe. iyelah sekali-sekala balik KL.. nak gi bercuti gak.


takde kamera.. semua unavailable.. biasalah..raya. so, aku guna handphone kamera je. adalah beberapa gambar aku amik, tak banyak pun gambar diri sendiri. aku sendiri rasa kagum dengan binatang yang ada kat zoo tu.. kali terakhir aku ke zoo masa darjah 4 kot. waa.. rupanya besar betul gajah tu ye.

bergambar dengan giraffe

nak suruh afiq tengok kamera.. aler, afiq tgok apa tu?

ibu, banyaknya burung


actually, ada train kat belakang aku ni.. nak amik gambar dia, tapi dia lagi berminat nak tgok train

afiq didukung abahnye yang tak larat nak kejar dia berlari2. beg sandang tu siap ada botol susu, susu, air panas.. afiq's properties.

aku really enjoy the trip. abah afiq kata ibu afiq lagi beria2 tgok binatang kat zoo berbanding anaknya. ala.. sekali sekala datang zoo. hehe. from my observation, takde budak kecik macam afiq setia pakai sunglasses dia sepanjang di zoo. bila tanya kat dia "afiq nampak ke?".. afiq jawab "nampak!".. hmm. suka hati la.. nasib baik tak langgar apa-apa.

lepas balik zoo, kitorang sambung beraya umah sedara. ada plak yang bertanya kat afiq: "Berapa elephant bagi duit raya tadi?" . wa. perli tu. hehe

Sunday, October 19, 2008

Gambar raya..


Selamat Hari Raya. Hari ini hari ke-20 dalam bulan Syawal. Aku pun baru ada masa nak upload gambar raya. Tahun ni tema warna merah. Dan tahun ni, giliran beraya di KL. seronoknya.. dan yang lebih seronok.. semua adik beradik dan iparku ada kecuali adik iparku Shimi..

wanna see more pic, i already upload in fotopages.. http://ifaz0212.fotopages.com

rasa macam nak letak beberapa gambar lagi..

from left..my 2nd younger brother, ayah, ibu dan youngest bro..ayie

afiq dan sepupu-sepipi nye ..sukanya dia

Wednesday, October 8, 2008

Popia basah lak ..

Alhamdulillah, hari ini aku masih bernyawa untuk meneruskan hidup..

aku tak tahu apa yang nak mengurangkan kebosanan aku ni.. cek email sudah.. main game pun sudah.. dengar nasyid sudah.. perut pun lapar. malas nak masak nasi. terasa nak makan benda ringan2 sikit.

nak goreng mee.. ayam takde. nak masak spageti.. kuah dia ada.. spageti lak takde.

resepi yang aku cuba hari ini ialah POPIA BASAH. aku search kat internet dan jumpa di sini :
MYRESEPI.COM

jam pun baru pukul 9 malam . husband aku tido, semalam bawa student lawatan sambil belaja kat KL. kepenatan le tu. aku pun bawa afiq ke tunas manja (nama kedai) beli barang2 sikit.

so, start kul 10.30, aku pun start buat popia. belasah aje. aku print dulu resepi tu, senang sikit nak tengok.

kul 11.30, siap la popia aku. debar ni, nak rasa. jeng..jeng..jeng.

mak aih. sedap wei (bukan puji diri sendiri). series sedap.(ker.. sebab aku tgh lapa?). apa pun thanks la kat orang yang kongsi resepi dia kat web tu..

kulit popia, sayur dan sosnya

sedia untuk digulung

sedap wo

Tuesday, October 7, 2008

makan bergedil plak..

assalamualaikum semua

lama dah tak sentuh blog ni. iye la .. bz la katakan. nak cerita pasal raya.. gambar tak edit lagi.
kalau takde gambar.. aku tak minat blogging ni. handset aku punya pun baru elok.. afiq hempas sekali.. dia elok, hempas lagi sekali dia tak elok dah..

resepi malam ni.. bergedil ayam.
bahan-bahannya: 2 biji kentang, sikit minched chicken , daun sup ngan telur sebiji.

cara masak:
1. goreng kentang, pastu lenyek
2. campur ayam kisar tu.. gaul dengan kentang
3. masukkan daun sup yang dah dicincang. masuk garam sikit.
4. kepalkan bulat2..celup dalam telur
5. goreeng.. tara. dah jadi dinner.

sebelum goreng

sedia utk dimakan

Sunday, May 4, 2008

wedding dee..

ni nak post gambar dulu. tak sempat nak komen. tengok gambar dulu la ek.
sebenarnya afiq tengah cari akal nak lari tu.. senyum dulu.
2 jam dah tunggu.. tido la dulu
lenanya..
pengantin dah datang..

macam prince and princess la..

Sunday, April 13, 2008

Maklang admitted..

maklang adalah kakak kepada ibu ku.. umur dia 58tahun dah. sorang. takda suami dan anak. ni serba sedikit cerita hidupnya yang sayu.

dulu, maklang ku andartu. sebelum dia kawen, dia duduk ngan ibuku, jaga kami adik beradik. masa dia jaga kami, akulah anak sedara kesayangan dia. kalau abang aku kacau aku, maklang aku marah dia.. kalau aku kacau adik aku pun, bukan aku yang kena marah. kalau aku nak aiskrim ke, nak coklat ke.. mesti dapat. adik beradik aku yang lain minta, tak dapat pun. hehe.

umur dia dalam lingkungan 40-an, baru dapat kawen ngan seorang duda kematian istri. bahagia. mereka sempat menunaikan haji bersama sebelum pakcik aku tu kena strok. selepas dia kena strok..maklang aku yang uruskan. angkat, mandikan, bersihkan sisa kumbahan dan sebagainya. anak-anak tiri dia tak amik tahu pun, sampaikan bilik yang maklang aku duduk dirumah anak tirinya pun, diorang bagi sebelah dapur. kesian je.
~pemandangan hospital sg buloh~

masa pakcik aku tenat, maklangku setia menjaganya sehingga disaat akhir hayatnya, anak-anak tiri dia bleh pergi bercuti meninggalkan maklangku berdua dirumah bersama pakcikku yang tenat. maklangku pernah pesan agar tak payah pergi sebab ayah diorang tenat..tapi diorang stil pergi. ditakdirkan, pakcikku meninggal ketika mereka bercuti. maklang ku juga yang menguruskan jenazahnya seorang. kami, sedara mara datang menolong..sedih melihat nasib maklang.
~ibu ku jalan depan~

selepas pakcik meninggal, anak-anak tiri maklang tak kasi dia duduk kat rumah tu lagi. diorang kata maklang nak amik harta ayah diorang, padahal harta pun tak seberapa sebab pakcik hanya kerja kebun je. maklang pun tinggal ngan nenek. walaupun, segala yang anak tiri dia buat kat dia.. dia still ingat kat diorang. aku ingat satu hari tu.. dia minta aku drive dia ke rumah anak-anak tiri dia.. nak jenguk diorang. sedih wei.

lepas dia duduk ngan nenek, dia plak kena jaga nenek. nenek pun dah tak berapa sihat, dan banyak kerenah..maklang aku sabar aje. dia still angkat nenek, mandikan..jagakan nenek. sampai dia tanak gi mana-mana sebab risau takde sapa nak jaga nenek. kesian dia. ibu aku selalu pesan.. jangan lupa belikan apa-apa kat maklang sebab dia takde anak nak ingat kat dia.. aku patut care dia cam anak dia sendiri. (argh..air mata dah bergenang ni..isk..isk)
~maklang aku dan ibu(tudung pink)~

rabu minggu lepas, dia admitted kat hospital sg buloh. sebab darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. dia tak makan ubat. alang-alang aku kat KL, aku pun jenguk dia.

masa lawat dia tu, ada sesuatu yang sangat menyentuh perasaan aku..rasa nak nangis. doktor datang nak periksa dia. dia tanya ibu aku..aku ni ANAK DIA ke? ibu aku jawab.. tak, she's my daughter..dia takde anak .. (air mata dah jatuh ni..huhu). aku sedih sangat. tapi tak sampai nangis kat situ la. cover. takdelah aku nak bg maklang aku sedih.

Ya Allah, berilah kesejahteraan kepada maklangku yang aku sayang. Golongkan dia di kalangan orang yang Kau sayang..
~maklang tgh dinner~

Kembali ke upsi..


assalamualaikum. alhamdulillah atas kurniaan Allah.

minggu lepas (7april ke 12april), aku kembali ke upsi untuk menyambung pengajian minggu ke 8 dan 9 semester 1 diploma pendidikan teknikal. first day je tengok jadual, cam nak pengsan. kelas-kelas yang ada di ganda dua, sebab 2 minggu nyer kelas di 'pack' kan jadi seminggu. dari 8 pagi ke 11 malam. fuh. berasap kepala. nak cilok masa ke library pun tak sempat.

Pertandingan Bola Jaring

rabu(9April08), kumpulan 3 (QSS5033) telah mengadakan Pertandingan Bola Jaring untuk memenuhi kehendak kursus.Peserta perempuan ada 3 group dan peserta lelaki main 'shoot' bola jaring je sebab tak cukup orang nak build satu team bola jaring. Kitorang jadi urusetia. Pemenang peserta pompuan adalah dari polisas&psp dan peserta lelaki dimenangi najmi dari polisas dengan mata 10 jaringan out of 20. hidup polisas! hehe.
~dari kiri belakang: farah, ida.duduk: kak mariati, kak muna, mas, fiza, kak del.duduk depan: kak ijan comel~

~pemenang peserta lelaki, najmi dengan aksinyer~

~pengadil : farah..peace~

~berdebar menanti keputusan~

~hadiah..~

Monday, March 31, 2008

Temasya Elektron

pada sabtu lepas, ada diadakan Temasya Elektron untuk JKE POLISAS. Ramai juga yang join. Patutnya semua student kena hadir, tapi hanya sebilangan aje yang hadir..namun tetap meriah. Di sini lah semua staf dan student berpeluang melakukan aktiviti bersama-sama saling merapatkan ukhuwah.

aku pun join juga. cuma afizah ngan kak nora takde..tak best sikit la. aku tak kisah pun, kengkawan lain ada..best sangat.

mula-mula ada senam robik yang dihandle oleh bekas pelajar,AD. seronok sangat. dah lama tak senamrobik sejak jadi ibu ni. walaupun badan aku ni takkan membesar nampaknya dan sentiasa underweight (huhu..), kesihatan tetap kena jaga. betul tak?
yang paling tak leh lupa dalam senamrobik adalah Chicken Dance.Hehe. bersungguh-sungguh semua orang buat. seronok. release la tension sikit.

lepas senamrobik barulah ada sukaneka ngan main bola jaring untuk staf perempuan dan bola tampar untuk staf lelaki. sebelum tu aku masuk marathon.aduhh.. sakit wo kaki. dah lama tak lari. masalahnye dapat no 10. hadiah plak sampai 8 je. yang kesiannya kat DEE.dapat no 1 di antara staf, still tak dapat hadiah.

Kesian Dee..

Aku bukannya nak sangat hadiah (walau sebenarnya teringin juga..), yang penting nak exercise badan ni. Itu yang lari ala-ala joging.. (dah sememangnya aku tak kuat lari sebenarnya.. nak cover la ni)

Pastu main bola jaring. aku main jadi GK. biasalah orang yang 'meninggi diri' ni. nak jadi Center, nafas tak sampai. nak jadi shooter, sampai esok pun tak masuk2 jaring tu. tak pasal2 kena extend masa perlawanan.

ada plak masa main tu..orang panggil 'ayam'..aku ni cam ibu ayam yang halang anak dari di makan musang. siapa yang bertuah panggil aku camtu tu?isk..aku tahu lah aku takde talent jadi player bola jaring.. huhu

walaumacamanapun, staf menang lawan student. sambil main sambil aku menyorok dari dilihat afiq yang ada kat luar padang..tercari ibunya yang teringin sangat nak main bola jaring..sampai2 nangis2 dia kat luar tu..isk, bertuah punya ibu.. hehe

apapun, temasya elektron ni meriah.cuma harapan aku..lain kali adalah hadiah marathon kategori staf plak. dapat la merasa dapat hadiah. last sekali aku menang jarak jauh ni masa tingkatan 3. lepas tu, takleh dah..pancit.

tahniah kepada faiz, penasihat program. harap ada lagi program camni setiap semester.

Monday, March 24, 2008

Sapa nak KEK BATIK?

assalamualaikum..macamana iman kita hari ni?

kebosanan aku semalam berbaloi..hari ni aku berjaya bawa kek batik, my fav kek. first time buat ni. aku amik resepi kat dalam myresepi.com tapi ubah2 sikit.at last, i did it. senang rupanya buatnyer. tak payah bakar atau kukus.

hari ni aku bawa ke ofis..bg rasa kengkawan. geng2 yang baca blog ni, yang tak dapat makan, sorry la ek. tak dapat nak post kat blog. ni beberapa testimonial yang aku terima..

"boleh tempah la kat ida"

"cukup2 rasa la, sedap"

haha..aku saje je tulis kat sini apa diorang kata.masuk bakul angkat sendiri. anyway, bg aku kek ni manis sikit and a little bit sticky. biasanye orang buat kek batik takde melekat2 coklat kat tangan. aku terlebih coklat masakan ngan susu pekat kot. balik nanti aku nak try lagi.

ni resepi aku olah2 dari myresepi.com.

bahan2.
1. satu bungkus biskut marie
2. 3/4 butter (yang buku tu)
3. 2 cawan milo
4. 1/2 tin susu pekat
5. 1/2 bar coklat masakan
6. 1/3 cawan air panas

cara:
1.masukkan semua bahan kecuali biskut dalam kuali
2.masak dengan api perlahan sampai pekat
3.masukkan biskut,kacau sampai coklat rata
4.masuk dalam bekas, tekan2 dgn plastik spy tak melekat.

lepas tu masuk peti ais..taraaaaaaaaaa.....jadilah KEK BATIK.