Sunday, December 28, 2008

10 Kes Mahkamah Paling Ganjil 2008 (kes ke- 4 hingga PALING GANJIL)

Kes ke-4

Kes berikutnya tidak kurang ganjilnya. Seorang remaja di Florida, Amerika Syarikat ditangkap polis kerana memakai seluar yang terlondeh melepasi pinggang dan menampakkan seluar dalamnya. Penduduk kawasan itu sendiri sudah tidak tahan melihar kerenah anak muda yang memakai seluar terlondej sehingga dilihat memalukan.


Namun, remaja tadi terlepas daripada sebarang denda kerana ’undang-undang seluar londeh’ yang wujud di kawasan itu bukan undang-undang yang sah disisi perlembagaan.


Kes ke-3

Di Macedonia, Eropah, seekor beruang coklat dituduh mencuri madu. Seperti cerita dongeng, seorang penternak lebah mencuba pelbagai cara untuk mengelak madunya dicuri, termasuk untuk mengelakkan daripada beruang tadi.


Selepas tidak berjaya, tindakan mahkamah diambil dan dia menang dalam kes itu. Memandangkan beruang itu tidak boleh membayar apa-apa kepadanya, mahkamah memutuskan kerajaan negeri untuk membayar ganti rugi kepada penternak lebah itu dengan jumlah 1700 pound iaitu kira-kira RM11,000.


Kes ke-2

Di London, seorang wanita terlepas daripada denda tempat letak kereta dengan alasan yang ’rapi’. Wanita itu meletakkan kenderaan di kawasan larangan dan membiarkan enjin keretanya terpasang sementara dia mengadakan satu persembahan. Selepas disaman, dia menjelaskan terpaksa berbuat demikian kerana dalam bonet keretanya penuh dengan ular yang diperlukan untuk persembahannya.


Enjin terpaksa dihidupkan untuk memanaskan ular berkenaan dan mengelakkan ular tertidur sebelum persembahan. Dia terlepas daripada saman.


Kes paling pelik di dunia

Di New Zealand, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun menarik perhatian dunia dengan namanya, Tatula Does The Hula From Hawaii (Talula menari Hula di Hawaii). Nama itu dikatakan membuatkan kanak-kanak terbabit akan berasa malu dann’cacat’ serta memalukan keturunannya nanti.


Hakim memutuskan bahawa nama itu mempunyai unsur ’penderaan’ dan mengarahkan kanak-kanak itu diletakkan di bawah penjagaan mahkamah supaya dia boleh menukar namanya. Namun, hakim itu juga menyatakan bahawa memberi nama ganjil kepada anak kian menjadi fenomena di sana dengan menakan anak dengan nama Number 16 Bus Shelter (Hentian Bas No 16) dan untuk anak kembar, Benson dan Hedges (sejenis jenama rokok keluaran Britain) dan Fish dan Chips (sejenis menu barat).

0 comments: