Monday, March 31, 2008

Temasya Elektron

pada sabtu lepas, ada diadakan Temasya Elektron untuk JKE POLISAS. Ramai juga yang join. Patutnya semua student kena hadir, tapi hanya sebilangan aje yang hadir..namun tetap meriah. Di sini lah semua staf dan student berpeluang melakukan aktiviti bersama-sama saling merapatkan ukhuwah.

aku pun join juga. cuma afizah ngan kak nora takde..tak best sikit la. aku tak kisah pun, kengkawan lain ada..best sangat.

mula-mula ada senam robik yang dihandle oleh bekas pelajar,AD. seronok sangat. dah lama tak senamrobik sejak jadi ibu ni. walaupun badan aku ni takkan membesar nampaknya dan sentiasa underweight (huhu..), kesihatan tetap kena jaga. betul tak?
yang paling tak leh lupa dalam senamrobik adalah Chicken Dance.Hehe. bersungguh-sungguh semua orang buat. seronok. release la tension sikit.

lepas senamrobik barulah ada sukaneka ngan main bola jaring untuk staf perempuan dan bola tampar untuk staf lelaki. sebelum tu aku masuk marathon.aduhh.. sakit wo kaki. dah lama tak lari. masalahnye dapat no 10. hadiah plak sampai 8 je. yang kesiannya kat DEE.dapat no 1 di antara staf, still tak dapat hadiah.

Kesian Dee..

Aku bukannya nak sangat hadiah (walau sebenarnya teringin juga..), yang penting nak exercise badan ni. Itu yang lari ala-ala joging.. (dah sememangnya aku tak kuat lari sebenarnya.. nak cover la ni)

Pastu main bola jaring. aku main jadi GK. biasalah orang yang 'meninggi diri' ni. nak jadi Center, nafas tak sampai. nak jadi shooter, sampai esok pun tak masuk2 jaring tu. tak pasal2 kena extend masa perlawanan.

ada plak masa main tu..orang panggil 'ayam'..aku ni cam ibu ayam yang halang anak dari di makan musang. siapa yang bertuah panggil aku camtu tu?isk..aku tahu lah aku takde talent jadi player bola jaring.. huhu

walaumacamanapun, staf menang lawan student. sambil main sambil aku menyorok dari dilihat afiq yang ada kat luar padang..tercari ibunya yang teringin sangat nak main bola jaring..sampai2 nangis2 dia kat luar tu..isk, bertuah punya ibu.. hehe

apapun, temasya elektron ni meriah.cuma harapan aku..lain kali adalah hadiah marathon kategori staf plak. dapat la merasa dapat hadiah. last sekali aku menang jarak jauh ni masa tingkatan 3. lepas tu, takleh dah..pancit.

tahniah kepada faiz, penasihat program. harap ada lagi program camni setiap semester.

0 comments: