Tuesday, January 31, 2012

Layan gambar abid (WW)

3 hari selepas lahir

6 bulan

kini..
SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA.. (semalam)

Monday, January 30, 2012

Bila kita buat kerja cemerlang..

Hari ini adalah hari lahir abid yang pertama. Selamat hari lahir sayangku. Dah setahun dah rupanya anak ibu. Cepatnya masa berlalu.

Dan hari ini, saya cuti. Cuti menjaga birthday boy yang demam. Terkedu mendengar kata doktor bahawa abid ada jangkitan kat paru-paru, ada kahak sikit. Tak banyak, sikit je. Cuma sikit ini cukup untuk merisaukan ibunya yang selalu panik tak kena tempat.

Entry kali ini belum menyentuh milestone setahun Abid comel. Cuma nak cerita pasal doktor yang merawat abid.

Pernah tak kawan-kawan dengar klinik yg hanya akan ada doktor pukul 4.30 ptg walaupun klinik dibuka dari pagi?

Inilah kali pertama saya berjumpa klinik ini di kuantan. Klinik swasta ini tiada doktor lain. Ada satu doktor muda, Dr Nazli namanya. Dan hanya akan masuk klinik jam 4.30 ptg. Namun, patientnya sanggup tunggu dan patientnya ramai juga.

Sudah banyak kali juga saya ke klinik ini, biasanya kerana anak tak sihat. Cara doktor ni periksa anak, sungguh puas hati. Pada awal saya bawa anak ke sini, dia memeriksa dengan penuh teliti. Dibasuhnya tangan hingga ke sikunya dengan sabun. Dengan bismillah, di sambut anak saya.. dibelek dan periksa dengan penuh teliti atas katil. Sungguh lama. Kalau dalam sejam, 5 ke 6 patient je berpeluang jumpa dr.

Semalam juga, abid bukan sahaja di beri ubat untuk di makan di rumah, malah disuruh pembantunya memberikan ubat antibiotik di klinik sebelum balik. Jika saya membawa arif dan afiq, mereka akan diberi vitamin seorang satu. Pernah sekali, afiq dengan tak bersalahnya bertanya saya di depan Dr Nazli..

"Ibu, Nak vitamin."

Tergelak doktor tu, bila dengar afiq berkata begitu. Afiq dah terbiasa bila jumpa dr, akan dapat vitamin.

Sungguh memberi motivasi bila melihat cara bekerja seorang dr yang sepenuh hati, hasilnya walaupun hanya berapa jam sahaja di klinik, patient masih ramai.. rezeki masih ada dan semestinya lebih dari cukup. Patient nya sanggup tunggu lama, semata-mata untuk berjumpa dengan doktor.

Allah akan tolong, jika kita menolong diri kita sendiri. Harusnya bukan sahaja doktor, semua antara kita, bekerja kerajaan, swasta malahan kerja sendiri juga harus cemerlang. Nasihat untuk diri sendiri juga!!

p/s Hebatnya bila kita sentiasa cuba melihat semua benda in positive way. Indah sungguh dunia penuh cabaran ini!

Sunday, January 29, 2012

Silau wei..


This is how my second son will react when either my husband or me switch ON the lights. Walaupun tengah tidor.

Letak tangan kat mata adalah tindakan paling sempoi. Biasanya, dicapainya bantal atau selimut untuk tutup matanya yang silau.

Adoyai. Abah, Ibu dan abang awak tak buat gitu. Mana belajar ni..

Allah Maha Mendengar. Sungguh!!

These two days, i really feel that i'm a fully housewife. TOTALLY. My hubby got flu. And i am independent to get really busy between kids, house chores and of course en suami.

Everything that i did, really have time target. Masak harus habis pukul sekian-sekian, lepas ni kena basuh baju, sidai. Harus habis pada waktu sekian dan sekian. semua kena cepat dan fokus. Semua gara-gara, saya telah sengaja membawa pulang kerja ofis ke rumah. Amali pelajar harus disiapkan sebelum isnin.

Namun, as expected, ia hanya boleh dibuat pada jam 12setengah malam selepas semua tidur. Minda saya kurang cemerlang, badan letih. Nak buat kerja ofis, fikir 3 ke 4 kali.

Dan.. en suami terlebih aktif melayan permainan komputernya. mungkin sebab kurang sihat, mood tiada. Bila fikiran bercampur-campur, memikirkan kerja yg tidak siap dan rumah tidak teratur, hati kecil lemah dan kurang iman ini masih terdetik.

"Takpe Ida, sabar. Allah balas lebih lagi bila Ida sabar. Besar Ganjarannya. kalau dia tak tolong buat kerja pun, Ida tak kisah kan? dia takde pun takpe.."

Saya sungguh Sakit Hati. sakit hati memang tanda kerja tak ikhlas. Saya sedar.

Dan bila sedang duduk selesai habiskan kerja, tiba-tiba suami berkata.

"8hb ni, abang takde seminggu. Pergi Jerantut, training budak main pingpong"

Ha. Hamek!!

Sungguh! Allah Sayang saya. Allah Maha Mendengar, walaupun detik hati.

Thursday, January 26, 2012

Orang Berjaya Bangun pagi..

Dari kata-kata Insan Teragung,
"Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi) untuk mencari rezeki dan keperluan. Sesungguhnya ia membawa keberkatan dan Kejayaan" (Riwayat Al-Tabrani)
sumber : solusi 

dan saya terjumpa link dari FB Dr Muhaya Tentang Orang berjaya.


23 Successful People Who Wake Up Really Early.Former president George HW Bush and George W. Bush. 
The first Bush would get up at 4. am, go running, be in the office by 6 am and stay up until 2 am.The second Bush kept a similar schedule, going to office by 6.45 am and often holding meetings at this ripe hourColin Powell put in "perfectly appalling" hours, arriving to the office at 6 am and not leaving until 7 pm.
Condoleeza Rice woke up every day at 4.30 in the morning in order to get to the gym before work.
Former presidents George HW Bush and George W Bush
 Read more: http://www.businessinsider.com
Entry ini khas untuk diri sendiri. Inilah kelemahan saya paling ketara. Bangun Lewat. Harusnya, saya sebagai orang Islam LEBIH BERJAYA dari orang lain.. 

Kita diseru ke arah kejayaan 5 kali sehari dalam laungan azan. 

Mari kita menuju kejayaan. (untuk diri sendiri terutamanya!)

Menang RM250,000?

 wow. prize on hold!

 

cek RM250,000.00!!!!


siap bagi pilihan lagi! 
nak lump sum RM250,000 ke..
atau

RM25,000 untuk 10 tahun.



nak bagi FREE GIFT lagi.
baiknya hati..



kena enclosed sticker plak..

This is what i'm looking for.
RM57.50 yang perlu dibayar untuk entitled hadiah semua di ATAS..


hak.hak.

Sudah tidak mahu tertipu dengan TAKTIK Reader's Digest ini.
buat penat dia antar aje.

:b

Wednesday, January 25, 2012

denda pelajar

amacam..? ada bersih?

Sebagai pensyarah, apa cadangan anda bila pelajar lambat hadir ke kelas? 

Satu tika dahulu, saya sungguh beremosi apabila pelajar datang lambat ke kelas. Paling tidak, saya akan meninggikan suara dan mendenda mereka untuk berdiri sepanjang kelas. Paling kejam, apabila saya terus menghalau mereka dari kelas. 

Sungguh bajet bagus saya ini. 

Mereka pasti ada alasan tersendiri mengapa hari itu mereka lambat.. dan mungkin denda yang keras lebih 'mengeraskan' hati mereka yang sudah tidak ada 'hati' dan terpaksa ke kelas. 

Mungkin kini, saya ada sedikit kesedaran. Kekerasan bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Mereka yang lambat hadir, masih diberi denda. Terbawa-bawa dengan saranan mantan Ketua Jabatan untuk mengenakan peringatan bagi mereka yang lambat. (saya harus sedar, saya juga sering lewat ke IPT satu tika dulu..)

Menyapu Sampah. Mengelap Meja.

Win-win situation! Mereka mendapat pengajaran supaya tidak lambat lagi. Bilik Kemas dan Bersih. Mood pensyarah dan pelajar baik. Impak positif untuk Proses pengajaran yang CEMERLANG.

Amaran --> ini pandangan dan tindakan peribadi yang difikirkan baik. tidak semestinya applicable (boleh-guna) untuk semua situasi.

Sunday, January 22, 2012

Tidak akan terlepas edisi lagi..

Edisi pertama majalah yg dilanggan dah tiba. Yeehaa. AULAD untuk afiq. SOLUSI untuk ibu dan abah.


Aulad sangat menepati taste saya untuk menjadi teman afiq. Sudah lah colourful, ciri ciri islamik yg diterapkan sangat baik. Dari malay, english.. Aktiviti dalam arabic pun ada. Best. Mudah bagi budak- budak seusia afiq untuk buat aktiviti-aktiviti dalamnya. I really recommend to all, sebagai teman pembelajaran anak.


SOLUSI pula adalah favourite saya. Penuh ilmu dan pengetahuan. Sebenarnya, ini kali kedua melanggan SOLUSI. Kali pertama saya lupa antar resit bank in. Maka ia burn begitu sahaja. Salah saya. Kali kedua ini saya guna wang pos. Alhamdulillah. Sudah dapat edisi langganan pertama.


Semoga pelaburan ini menghasilkan impak positif utk saya dan anak. Kita merancang,Allah menentukan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, January 19, 2012

Abid's day Out.

minggu ini, saya sangat bz di ofis. blog terabai untuk seketika (macam biasa). Rumah pun dah messy dan serabut macam kepala tuannya. Cerita pasal ofis akan di update jua nanti. Kalau sempat la.

Abid sudah dapat kaki. Dia sudah aktif berjalan. dari semalam, pengasuh di nurseri meminta dibawakan kasut, sebab dia sangat teruja untuk berjalan di luar kerana melihat kanak-kanak lain bermain.

Maka, abid pun dipakaikan kasut, berjalanlah di kecik ini dengan saaaangat gembira dan aktif. 

muka cover maintain fresh balik dr ofis. perasan.

sangat teruja untuk join abang-abangnya.. 

Walaupun baru pertama kali keluar dari rumah, abid sudah ada keinginan untuk membuka pintu pagar. Dik oi, tak padan dengan kecik la awak ni.

"i can do it..i can do it"

arif kesian kat adiknya.


dan setelah penah menjengah dunia luar rumah, kita buka kasut dulu.. erk!



Lagi sepuluh hari, abid akan menganjak umur setahun. Wah, cepatnya masa berlalu.

Saturday, January 14, 2012

Saya dah hire 'model'

saya dah hire model. cuma RM150 sekali bayar, sepanjang perkhidmatannya. sangat taat dan setia. Takde membantah dan memek muka. hee

tara..


tak perlu dah saya sering berebut masa dgn anak-anak untuk membuat photoshoot saya sendiri. Pakaikan model saya dengan tudung-tudung jualan, shoot dengan 600D saya. senang cerita.

siapa berminat untuk membeli model seperti saya sila la ke

http://www.lawang2u.com

RM150 termasuk pos.

Tudung baru ada masuk, sila la singgah ke http://ifazcollection.blogspot.com

Thursday, January 12, 2012

Selamat Hari Lahir Cinta Hati..



Hari ini hari jadi cinta hati saya yang ke 3x. Dia teman hidup saya sejak 7 tahun yang lepas. Walaupun rasanya sudah 4 tahun berkenalan sebelum mendirikan rumahtangga, rupanya tak sampai 20% pun saya benar-benar mengenali cinta hati saya.

Kini, masih lagi dalam proses berkenalan.

Cinta hati saya adalah the one and only orang yang saya pernah bercinta sebelum kahwin, dan I'm the one and only person dia sempat mengorat sebelum kami disatukan. Eceh. 

Jarang membeli apa-apa sebagai hadiah, kali ini sempat merembat sesuatu dari Parkson. Harap-harap dia suka.


 

Tidak mengharap apa-apa lagi dari cinta hati saya, saya yakin dia yang terbaik untuk saya. Saya doakan saya dan dia masih menjadi pasangan bahagia di syurga nanti. 

Tuesday, January 10, 2012

Masa saya kecik juga begitu..


lihatlah betapa jemaahnya anak-anak saya refill their tank. Dari abid, arif dan afiq. AFIQ? ya. Afiq sudah 6 tahun, tapi masih hisap susu guna botol. Lagi hebat dari adik-adiknya. Puas dipujuk untuk minum guna cawan, menangis dan merajuk hasilnya. 

saya ada meletakkan gambar pada FB saya, sila lihat komen dari kakak saya (Ema Zarina Zarin).

Haha. kantoi sudah. rupanya perangai itu diwarisi dari ibunya. Ibunya ini yang tak ingat. 

Alkisahnya, perkara ini telah dikantoikan oleh ibu saya a.k.a nenek afiq yang datang ke rumah saya 2 ke 3 minggu lepas. saya sangat tegar dengan botol susu sehingga darjah dua. What? How come i didnt remember?

Erk.

Apa reaksi suami? sudah pasti gelak berguling-guling. 
dan hari ini, abah mereka telah melawak lagi.

Abah:"Afiq, kalau teacher tanya kenapa minum susu dalam botol lagi? Afiq jawab.. Saya nak lawan ibu saya.. Ibu saya hisap botol sampai darjah dua, saya nak hisap botol sampai darjah 3.."

hokey!

nothing can turn back time. saya harus terima hakikat itu.. juga menjadi penghibur diri sendiri bila teringatkannya semula.. senyum sorang-sorang. Alahai anak ibu, ada juga yang mengikut ye.. LOL

Sunday, January 8, 2012

am i should giving up :sigh:

just  a little entry. there are more other interesting things to share. somehow, i need to express my frustration.

last week, i planned to complete my proposal for master, since its just need 70% to be completed. every single day, after i got home after work, i keep remind myself to get everything done before 10pm. from prepare for dinner, feeding my sons to doing laundry. but its end up nothing. either i got slept not on purpose or i have to take turn looking after my child when my husband slept earlier. Every day already being a tiredness day, and not-enough-sleep day.

for the first time starting from i doing the proposal, my head tinkle with this question.

AM I SHOULD GIVING UP?

there's nothing differ. i wont get any promotion after i got the master, my salary wont get any changes. i just got my SATISFACTION after thousands have been spend.

i need a motivation to make any decision. Allah, U always with me, what should i do?


Tuesday, January 3, 2012

Pejabat Boleh Lipat.

Very great invention.
Nak beli la rasanya.






Kenchikukagu furniture complements interiors by functioning as both architecture and furniture. To create a office, simply open it, and then when finished, fold it back up. The dual-function of Kenchikukagu meshes with the Skelton-infill construction concept, in which the structure of a building is separate from the interior and room layout.



Sangat jimat masa bila ada Audit 5S. Boleh suruh bos order ni. Jimat ruang. hehe. 

sumber : kenchikukagu

Monday, January 2, 2012

Mari doakan dia


sememangnya tak perlu saya ulas lagi tentang isu terbaru amalina yang bijak pandai ini. tak mungkin saya komen juga apa-apa yang berlaku kerana saya tahu semua sudah pasti mengetahuinya. 

Bagi saya. 

Jangan fokus kepada masalah, fokus kepada PENYELESAIAN masalah. 

Sungguh mengejutkan isu ini, sangat tidak di sangka. Banyak komen negatif terpapar. "Apalah nak jadi..?" "teruknya.." dan sebagainya. Apabila kita fokus pada masalah yang berlaku, tiada perubahan akan terjadi. Malahan, perasaan akan berbaur sedih, marah malahan risau dengan nasib anak-anak generasi kita. 

Mari fokus kepada apa peranan kita untuk mengatasi masalah ini.

1. Allah akan kembalikan dia ke jalanNya. Percayalah! 

Dia pernah menjadi motivasi seluruh anak-anak di Malaysia. Kecemerlangannya pernah menjadi penyuntik semangat generasi muda satu tika dulu. bukan sahaja anak-anak, malahan ibu dan ayah juga teruja memberi galakan supaya anak-anak mencapai kecemerlangan seperti dia. 

Pasti setiap usaha mereka atas motivasi ini menjadi saham akhirat Amalina. Mungkin juga menjadi DOA terkumpul untuk dia menjadi lebih cemerlang.. atau kembali ke jalanNya (jika benar cerita-cerita negatif tentang dia itu). Itu kerja Allah. 


2. Mari kita doakan. 

Bacalah Alfatihah untuk dia, bukan kerana 'mati', tapi sebagai mengingatkan kita bahawa sehebat mana pun kita, diri sendiri pun tak boleh jamin masa depan kita macam mana. 

3. Anak kita?

Renung-renungkanlah bagaimana anak-anak kita nanti. jangan renung-renung aje. Bertindaklah. Tugas kenalkan mereka dengan Allah bukan tugas ustazah di sekolah KAFA mereka.. bukan tugas cikgu sekolah apatah lagi bibik di rumah, namun ia tugas kita sebagai ibu bapa. Bila mereka buat benda yang baik, katakanlah "Bila abang buat baik, nanti Allah sayang" , "Nanti Allah bagi rezeki" 

Sememangnya bukan mudah. Namun, bila mengenangkan environment yang bakal dia tempuh nanti bila kita takde, moga Allah menjadi pelindung dan peneman dia di mana sahaja.

Cemerlang biarlah di Dunia dan juga Akhirat.

Pergi memancing

Sambutan tahun baru lain dari yang lain. Saya telah mengikuti percutian bersama keluarga kakak ipar dan family di kuala lipis. Menginap di Kem Bina Negara atas urussan kerja suami kakak ipar saya, kami menginap di rumah sebelah tasik yang sangat mendamaikan.

Rumah yang betul-betul di tepi tasik
Abid menjengah dari beranda rumah
Bukan mengambil masa yang lama, sehari je bermalam di sana, tapi aktiviti paling best adalah memancing. saya tidak pernah merasai pengalaman memancing. Bila melihat ada orang memancing, terdetik di hati.. "Tak boring ke tunggu lama-lama.. " atau " Huh, membazir masa. Kalau saya di tempat dia, pasti saya bawa laptop dan broadband, melayan internet lagi best"

Namun, tanggapan itu berubah sama sekali bila mengalami sendiri aktiviti memancing. Beramai-ramai kami mencuba nasib, namun bibik kakak ipar lebih mahir. Dari berbelas-belas ikan yang berjaya dipancing hanya seekor dua sahaja yang bernasib baik tersangkut di mata kail orang lain, Yang lain?? Bibik yang tangkap. Hooaa. Hebat!

Ini bukan bibik kakak ipar.. ini Kakak ipar saya (posing dengan ikan )
Suami kakak ipar bersama anaknya
 Puas saya memujuk suami untuk ikut serta, akhirnya dia setuju. Mujur. Dia di antara yang berjaya menangkap ikan. Dan paling hebat sekali, Ikan paling besar yang berjaya ditangkap hari itu, Ikan Kaloi.

Afiq bukan jenis tahan nyamuk dan serangga, puas pujuk abahnya untuk naik ke rumah
ikan Kaloi yang berjaya ditangkap oleh abah afiq
 Saya juga mencuba nasib. Gagal!. Huh sangat menguji kesabaran. Disebabkan kagum dengan bakat suami menangkap ikan besar dan tidak pernah memancing sebelum ini, saya bertanya tips. Rupanya, dia bukan semata-mata bernasib baik, namun telah merancang strategi. Menggunakan kail lebih besar dan membuatkan kail berada lebih jauh ke dasar tasik. Patutlaaaa.. Ingatkan nasib baik aje.


suasana di tepi tasik

Ada nampak ikan tak?
 
Hasil tangkapan
 
pandangan dari balkoni
Pengalaman baru di tahun baru. Walaupun saya tidak sempat untuk bersenang-senang seperti orang lain, lantaran ada anak kecil.. saya bertuah kerana masih diberi peluang menikmati aktiviti memancing. Tidak terjangkau difikiran saya, saya akan terjebak ke aktiviti ini.

dan yang paling tidak dipercayai, saya ingin MEMANCING LAGI! (tak puas la tu..) hehe

Sunday, January 1, 2012

first post on 2012

i'm in a middle of reading an articles to completing my proposal, and somehow just realize that i got only half an hour to leave the first day of 2012.

so, before it is gone without any entry, this is my FIRST entry of the year.

saya ada azam. azam saya adalah ingin bukan untuk jadi baik. tapi menjadi lebih baik. saya berjaya buktikan kepada diri saya hari ini saya mampu jadi lebih baik.

hari ini, saya berjaya mendidik diri mengawal sesuatu, menahan diri dari menzahirkan apa-apa tentang sesuatu yang saya sangat tidak suka. sangat tidak suka sehingga rasa sakit hati. bertahun saya suka luahkan kepada rakan, tapi kini saya mampu kawal. betul kata motivasi itu, bila kita luahkan sesuatu kepada rakan, rupanya kadang-kala rasa menyampah itu makin bertambah. bukan kadang-kala, selalu juga.

saya sebenarnya boleh jadi lebih baik.

ANDA JUGA.

terima kasih kerana menjadi pembaca blog saya zahir atau silent. ingin sekali menjadi penyebab orang lain menjadi lebih baik, namun diri ini masih tidak mampu menjadi contoh kepada orang lain. Menjadi motivasi kepada diri sendiri adalah permulaan yang lebih baik.