Saturday, October 29, 2011

another first try

 Tonite, all my heroes tido dengan sangat lena. terutama Arif. semua gara-gara, bermain sakan siang tadi dengan sepupu-sepupunya di rumah kakak ipar di IM. Maka, dikesempatan ini, aku pun 'berperang' di dapur, syok sendiri melepaskan gian nak memasak. sudah lama aku simpan resepi ini sebagai bookmark di handsetku, menunggu masa untuk dicuba. Alhamdulillah, sampai juga masanya.

jeng..jeng.. resepi Home Made pizza. sangat mudah.. walau pun amik masa agak lama. aku cedok resepi ni kat my fav web-based-book-recipes.. myresipi. share by tulip (thanx tulip!)--> Home Made Pizza

Mula-mula kena canai dough. Campur bahan ini dan itu, canai sampai tak melekat di tangan.



Kemudian, kena biar sampai 60 minit (katanya..) bagi doh tu kembang sekali ganda. Mak aih, besar betul.


Baru canai-canai atas bekas untuk bakar. Jangan lupa cucuk-cucuk guna garfu, tanak bagi gelembung masa bakar. Kena biar lagi 10 minit.


Masa untuk letak topping. Aku ada sosej aje. Iyelah, first try tanak beria-ria sangat. Tengok result dulu. Lepas jadi, bleh try topping macam-macam. Keju pun aku guna cheesedale aje.



Dah tu. Bakar dalam oven, lebih kurang 30 minit. 200 darjah celcius.


WOW. not bad. sangat suka. memang berbaloi membuatnya. Kos yang sangat rendah. Lebih kurang 2 cawan tepung, yis, tomato puri, sosej 2 batang, cheese 2 keping. Wala.. senang kan?

Aku makan bersama abah mereka, dan afiq yang tiba-tiba bangun. Lepas makan piza, tido balik. Terbangun mungkin disebabkan keenakkan bau home made piza (cheh).

* Encik abah tidak memuji, sekadar berkata "Lepas ni bleh cuba topping tuna lak.." Apa maksudnya tu..? hee..

Thursday, October 27, 2011

3 Tips bagi Blog Ramai Pengunjung bagi Blogger bukan selebriti

sudah berabuk blog aku ni. dah seminggu tinggalkan tanpa apa-apa entri. Inilah penangan cuti lama, aku balik ke KL. Hajat di hati nak update beserta gambar-gambar terkini anak-anak bermain sakan dengan sepupu-sepupu mereka.. tetapi masih tidak sempat sebab proses pemindahan gambar yang mengambil masa, selain dihambat kerja ofis yang tak surut-surut.

Hari ini aku nak bagi pendapat peribadi tentang satu tips. Tips nak bagi Pengunjung gemar datang blog kita lebih-lebih lagi kalau kita ni orang Biasa-Biasa je, bukan selebriti. Kita boleh meningkatkan popularitian kita melalui blog kan.. (Ia sudah terbukti ada org jadi selebriti melalui Blog). I just listed all these tips just from my observations dan pengalaman blogwalking blog orang lain. Blog aku pun bukannya selalu org kunjung pun. heee (I tak kisah..)


Tips PERTAMA: Blog yang selalu dikunjung adalah BLOG SELALU UPDATE. Ada sahaja entri yang dibuat walaupun ringkas.. but still sangat berinfomasi dan org suka baca. Tak kisahlah blog pasal diri sendiri ke, blog jualan ke, blog pasal masakan ke.. Kalau best macamana pun, tapi update seminggu sekali (macam aku..), sapa nak datang. Aleh-aleh, cerita sama je kan. heee. (toing kena batang hidung)

Tips KEDUA: Kalau dah selalu update, kena tengok CONTENT plak. Ada gak yang selalu update, tapi content dia Copy-Paste dari sumber lain. Tak best la camtu, tak unique. Aku tengok banyak blog yang orang selalu datang, entri-entri dia lain daripada yang lain, dan mempunyai tema tersendiri. Tuan punya blog mempunyai KELEBIHAN lain daripada orang lain, dan share KELEBIHAN dia dengan orang lain. Contoh: Kalau dia pandai MASAK, dia share cara masak, gambar masakan dan tips masakan dengan orang lain. Kalau pandai kraf macam mekna ni, dia ada kongsi pengalaman membuat KRAF. Kalau suka melancong, dia kongsi GAMBAR dengan orang lain. Pengunjung suka orang camni.

Tips KETIGA: Sila lihat bahasa. Hanya orang yang gembira boleh menggembirakan orang lain. Entri yang dibuat perlu POSITIF. Contoh-contoh negatif adalah suka merungut, suka kutuk orang lain, suka membangga dan menunjuk-nunjuk tentang diri sendiri dan keluarga dan pelbagai perkara yang lain, SILA ELAKKAN. Memang ada jenis pengunjung yang suka membaca benda negatif macam ni, tapi jika apa yang kita tulis memberi impak tidak baik kepada orang lain, haruslah kita elakkan. Ia tidak menyumbang apa-apa pada SAHAM AKHIRAT kita.

Eh-eh. pandai-pandai je aku ni. Aku bagi tips dari pandangan seorang pengunjung, diri sendiri perasan tak glamer. Harap-harap memberi manfaat kepada blogger lain.


Wednesday, October 19, 2011

jom beli.


Aku ada beberapa barang yang nak dijual. tak bercadang untuk menjual tupperware secara tegar, cuma ada lebihan sikit ni, sebab hari tu ada beli package. yang aku nak dalam package tu, 2 ke 3 barang aje, yang lebih sikit-sikit ni nak let go kat sapa berminat(jual ler).

ALLEGRA 4 PIECE SERVER - RM19 RM25

MODULAR MATE (4.3L) - RM35 / UNIT RM49
BELI 2 UNIT - RM30 

ALLEGRA BOWL - RM 39 RM49

CRYSTALWAVE (1L) - RM 29 RM35

CRYSTALWAVE (2L) - RM38 RM48

MUM-ON-THE GO - RM72 RM91
**HOT ITEM**
SQUARE A WAY (350 ML) - RM32/4 UNIT RM42

BERMINAT? SMS (IDA) - 019-381 6167

berusaha untuk baiki..


aku sedang membaiki sesuatu. sesuatu perkara aku minat untuk update satu tika dulu. sebelum aku cerita apa itu sesuatu, meh terjah entri terdahulu aku ni ha.. --> kena hacked

Ya. laman web jabatan yang aku usahakan kena hack pada satu ketika. sungguh down apabila pelbagai info yang di 'update' untuk tatapan pengunjung hilang, diganti dengan 'hantu' ntah mana datang. redo.

aku baru sahaja memegang suatu jawatan baru selain jawatan lama (unit pengurusan aset).. iaitu menguruskan web jabatan. Dah ntah berapa kali dah aku minta dilepaskan jawatan pengurusan aset dan di ganti dengan web jabatan, tetapi HAMPA. Aleh-aleh, bukan dapat tukar, lagi ditambah. ha..HAMEK! kalau sebelum ni, aku ada satu je unit, sekarang ada dua.

kenapa aku minta unit web ni?

sebab aku minat nak design web. kalau takde kepentingan apa-apa, mesti tak terbuat satu web pun. maka, apabila aku dipertanggungjawabkan untuk memegang web ni, aku ada alasan untuk meningkatkan skill design web, kan? mana ada masa, kalau saje-saje je nak buat.. bergelut dengan masa untuk mengajar di poli dan menguruskan keluarga di rumah memerlukan management yang tinggi, disiplin tinggi , semangat tinggi dan pelbagai perkara positif yang TINGGI (hak hak, apa kes mengarut ni..)

namun, bila kena hacked ni.. kesabaran teruji. nak start semula from zero?? huh!

atas dasar amanah, sangat wajar untuk dilaksanakan. cuma terpikir satu hikmah.

Pernah orang kata, kalau kita MINTA sesuatu amanah, kita mungkin tak dpt melaksanakan dengan baik berbanding kita DIAMANAHKAN walaupun yang diamanahkan itu, kita tak minat. Apabila diamanahkan sesuatu, kita akan ada rasa tanggungjwb yang lebih kerana diberi kepercayaan berbanding amanah yang kita minta. iye ke? its just a hearsay. Maybe inilah hikmah yang perlu aku pelajari.

so, apapun bergantung pada niat!

ok. nak tido. chowzz

Monday, October 17, 2011

guna blender je..

start buat entry baru mesti kul 1pg lebih. mana taknya, kena tunggu 3 hero tido dulu, baru bleh entertain diri sendiri. semalam tido kul 2 gak. 'membelai' gadget yang tak sempat nak dimanja-manjakan pun.

dan dah lama juga tak buat entri pasal masak-masak. i love cooking, tapi makin hari makin jarang dapur berasap. padahal bulan puasa bleh plak masak berbuka tiap hari. napelah agaknya. kerja banyak dan balik lambat kot. 

oklah. sebelum maghrib tadi ada try satu resepi simple bangat. aku jamin tak sampai 10 minit pun nak buat nya. Orange blended cake, from myresipi.com. acu try klik sini --> Orange blended cake

bahan-bahan yang simple. walau pun aku dah ada mixer, kek ni hanya memerlukan blender untuk mengadun semua bahannya. Alang-alang ada limau sunkist dalam peti tu, apa lagi.. tunjuk rajin la. (peh!)



dont judge a cake by its top (haha)


the texture yang cukup lembut, tiada penggunaan mentega

harap-harap lebih rajin masuk dapur lepas ni, bg buah hati dan anak-anak merasa air tangan kita selalu. pengikat kasih sayang.

ha. terlupa.
alang-alang korang jenguk resipi ni kat myresipi, aku ada tepek Laporan Masakan kat situ ek, mengucapkan terima kasih kepada empunya resipi kerana sudi share resipi ni.

my Laporan Masakan

sapa ada resipi bleh kongsi kat myresipi.

Sunday, October 16, 2011

jom jalan-jalan..


setelah abis di validasi, mood berblog lari sekejap. baru perasan tinggal 3 minggu je student nak exam. apa lagi. kena pulun tanda paper la plak. but still need some time to rest.

cite ni dah agak lama, tapi sebab sebuk nak validasi hari tu, terperam je dalam kamera. ni ada beberapa gambar kami makan angin di TC. tujuan asal adalah untuk menyertai perjumpaan Persatuan Jurufoto Kuantan yang start kul 5pm. Tapi aku sampai kul 6ptg. sampai-sampai je, semua otai-otai telah berkumpul dan sebagai first-timer, aku dah malu-malu harimau belang. Last-last tak join pun sbb malu yang tak munasabah. (frust kpd diri sendiri). cuba lagi la lain kali.

akhirnya, belikan belon untuk si budak comel berdua ni.. layan diorang main vveeeloooonnnn.
jom layan gambar.

tiuppp....


 arif apesal? jom ikut abanglong tiup

 terover terang.

abid dan abah, tengok je la..

Monday, October 10, 2011

punca Anak derhaka..

Just quote from Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah's FB status.
As salam shbt FB yg d kasihi. Moga hari ini n hari mendatang sentiasa d berkati Allah. Masalah anak yg derhaka semakin meruncing. Antara punca anak derhaka:
1. Waktu suami isteri bersama tak baca doa 
2. Waktu mengandung IB ingkar perintah Allah 
3.IB kurang doa utk dpt anak soleh 
4. Rezki yg tak berkat 
5.Suasana rtangga yg tak harmoni n kurang Islamik 
6. IB juga pernah derhaka kpd IB mrk 
7.Jahil ttg ilmu keibubapaan 
8.Kwn2 anak yg negatif 8. Rutin harian yg negatif 
9. Anak terlalu d manjakan 
10.Anak terlalu mewah 
11. Anak tak d didik ttg kesusahan 
12. Anak tak tahu bersyukur 
13. Ibu sering menyuruh anak lebih drp sekali sejak kecil. 
Renungkan dan insafi. Wassalam
*IB - Ibu Bapa

pura-pura bz.


aku sedang pura-pura bz sekarang. tengoklah gambar kat atas ni. fail-fail itu telah membuatkan aku pura-pura bz. sebenarnya fail-fail ini akan di 'check' oleh orang-orang tertentu hari Rabu ini. pelbagai jenis fail akan di'check'. Ini baru tiga dari fail-fail berlambak yang perlu disiapkan.

nama checkup ini adalah VALIDASI. untuk panduan geng-geng yang akan menghadapinya satu tika nanti, mari aku kongsikan.

Fail-fail utama adalah:
1) fail folio kecemerlangan. ada 4 benda utama.
     - INOVASI
     - PENULISAN ILMIAH
     - PEMBENTANGAN
     - SUMBANGAN (sila letakkan surat lantikan apa-apa jawatan satu tempat, sijil PPK dan CPCM)

2) FAIL FRP
3) FAIL FOLIO PELAJAR (markah PB budak yang kita ajar)
4) Fail Potfolio
5) Buku Log student projek yang kita selia.

.. itu baru 5 yang utama. Yang sampingan tak kira lagi. (sila jgn cepat tarik nafas lega).

Nampaknya post ini khas untuk geng-geng POLISAS yang membaca. mengambil pengalaman dari yang akan di validasi. walaupun lagi 2 hari nak di chekup, ntah apa yang aku baru siapkan. Mental preparation paling penting.

Aku benar-benar tidak mengharap untuk berjaya. Memangla orang kata, mana tahu ada rezki. Tapi, kewajarannya sangat kurang. Tak mungkin 130 candidates polisas semuanya akan dapat, dan more than 2k calon seluruh negara. Ada logiknya kalau senior akan diutamakan. Takpe, pengalaman menghadapi validasi itu penting. boleh dikongsi dengan rakan-rakan lain.

Good luck to all my frens. wish me luck too.

Thursday, October 6, 2011

didik wanita, terdidik generasi.



semalam aku terbaca status FB dari my inspiration, dr muhaya pasal rancangan Ustazah Pilihan kat OASIS akan on air pukul 9 malam. i looked at my watch, lagi half an hour sebelum 9. takleh jadi ni, aku kena tengok ni. Niat asal bukan nak tengok sangat rancangan ni, tapi sebab ada Dr Muhaya je sebagai murshidah.

aku bukan jenis tengok TV. apapun rancangan kat TV, aku tak amik port. malas nak start minat satu-satu show, sbb at last aku sendiri yang frust. sbb terpaksa berebut dengan anak. layan tonton.com.my lagi best.

berbalik dari cerita Ustazah Pilihan (UP), sambil aku tengok sambil aku goggle pasal reality show ni. nak tengok sapalah yang bertuah yang terpilih jadi ustazah pilihan. apa yang aku nak tahu, aku dapat cari CUMA aku jumpa banyak blogger yang sangat PRIHATIN tentang rancangan ni. Hebat mereka ni, belum tengok lagi dah komen macam-macam. Aku baca jer lah kan.

guess what.

komen negatif lebih banyak berbanding yang menyokong. Suka hati mereka lah. Dr Muhaya kata 'memberi pendapat' dan 'komen' atas sesuatu adalah perkara paling org Malaysia ni suka buat sebab ia free. malangnya mereka tak fikir kesan atas apa yg mereka beri pendapat itu.

so, aku pun tak mau komen panjang pasal rancangan itu. Baik atau buruknya sesuatu perkara adalah dengan melihat bagaimana kita yang menilainya. setelah menonton sendiri rancangan ni, first thing yang terdetik di hati aku..

"Hebat mereka ini, muda-muda lagi dah boleh keluarkan hadis dan ayat quran secara spontan, lancar dan penuh hikmah. Rupa-rupanya kita tidak ketandusan generasi pelapis ustazah hebat yang mampu mendidik masyarakat"

Seriously, rancangan ini tak ubah seperti rancangan 'Halaqah', Al-Kuliyyah dan rancangan perkongsian ilmu yang lain dan directly melibatkan hanya wanita. Isu yang dikupas tidak lari dari persoalan yang kita, sebagai wanita menghadapinya dan dipersembahkan secara program realiti.

Terpulang kepada blogger lain terutama yang dah buat early judgement about this show. it is appreciated. somehow, tengok dulu rancangan ini sebelum membuat penilaian. Kalau nak buat penilaian, berpada-padalah. Jika penilaian anda dibaca oleh segenap masyarakat, dan mereka mendapat impak negatif daripadanya, fikir-fikirkanlah..

p/s perlu bersedia dengan ilmu bila mendidik puteri.. kerana puteri itu bakal menjadi wanita PENDIDIK generasi..

Tuesday, October 4, 2011

tangkap aje la.

tangan sudah gatal untuk bermain dengan 600d itu. tapi tak tahu nak amik gambar apa. anak sebagai model sudah sekian banyaknya. cuma tak tunjuk aje. tiba-tiba, nampak segerombolan 'askar' a.k.a mainan afiq yang dah disusun oleh afiq si peminat kereta.

cantik betul afiq susun kereta. yang besar belakang. bas ngan jeep kat belakang, ok. maka, aku pun mintak excuse afiq, suruh dia stop main jap. aku nak shoot guna gadget baru. 

ok.
ini family kereta.


"papaku pulang dari kota, 
papaku beli kan kereta merah.."
fokus kat kereta ferrari..


dan si comel biru tepi sofa..
heee


dan kereta special kaler hijau.
weeee..



akhirnya,
berjumpa HERO utama
dalam cerita bergambar ini..
thomas the train..











dari atas nampak kerdil..


:
:

still can be center of attention..


baru perasan ader nombor '2' pada bodynya..







sudah abis sesi bermain tangkap gambar..
afiq pun menyahut
"ibu, susun balik kereta yang terjatuh-jatuh tu"..heee

punyalah asyik nak amik gambar, a few cars dah aku siku jatuh sofa.
haa. dah kena sound dengan abanglong..
takpe.
dah puas hati.

esok belajar tangkap gambar lagi. yeay!

Monday, October 3, 2011

takde keje, cari keje


rasa-rasa paham tak statiktik atas ni..
kui kui

takpelah kalau tak paham. saje nak tunjuk yg aku ni suka menyusahkan diri sendiri. aku baru jadi usahawan tupperware. aler, suka-suka je. tolong kengkawan. carta bar kaler biru tu adalah sales aku.

hak hak.
budak baru belajar. baru 2 bulan ada sales. tadek nak untung sangat pun. inilah namanya, takde keje, cari keje. padahal keje sendiri berlambak nak siapkan.

isk, jual tupperware ada amik masa ke? beli katalog, edar katalog.. waktu rehat, gi beli kalau ada orang order. senang je kan? haha.. (jgn tiru aksi ini, aksi ini adalah tanggungan sendiri jika ditiru)

hokey la. ada dua tiga barang tupperware lebihan nak diLELONG dari belian bulan lepas. sapa nak? esok aku shoot guna eos600d, pastu tampal sini ek. tunggu... (sempat lagi tu..)

chowz

tengok diorang pun jadi kenyang..

 bila anak dah semakin membesar, maknye kena semakin kreatif. lagi-lagi kalau dah si anak jenis memilih makan, dan tukang beli barang dapur adalah abahnya. maka, apa yang ada di dalam freezer dan simpanan kering perlu dimanipulasi agar anak-anak ada selera. pening kepala wo. terutama untuk memenuhi selera si abang long yang saaaaaangat memilih.

buah tanak makan, sayur apatah lagi. nasi perlu dipaksa makan. nak makan nasi ayam, nasi lemak. tak kan nak buat tiap-tiap hari. kalau mee, memang boleh jalan lagi.


beberapa hari lepas, tak tahu dah idea nak masak apa. ada makaroni kering, tapi sos spageti takde. last-last, hamek nugget diorang dalam freezer, goreng garing. pastu potong kecik-kecik. buat makaroni goreng kosong. 'kosong' maksudnya hanya tambah nugget sebagai perisa. lantak la labu. 

tak sempat nak sejuk, afiq dan arif dah seraaaang. ibu yang lapar pun jadi kenyang tengok diorang makan. 


sungguh-sungguh buka mulut, panas lagi makaroni tu..


"ala.. ibu ni.." arif malu-malu.


hiiyaaaaa.. gaya ultraman.


penuh comot sampai dagu..

bersyukur, nikmat ini tak terhingga. kadang-kadang keletihan yang menghambat seringkali menyebabkan mereka terabai. moga kekuatan itu sentiasa ada demi keluarga yang tercinta.

p/s semalam afiq tanya lagi.. " ibu tak masak mee pendek lagi?" .. MEE PENDEK? haha..

Sunday, October 2, 2011

jom kasi clear


nampak cam model tak? hak hak

meh singgah --> http://ifazcollection.blogspot.com

ada banyak tudung nak kasi clear. Harga pun RM18 je sehelai. beli 2 dapat harga RM30 je.

Jemput kawan-kawan ye!.. memang murah betul ni..

Saturday, October 1, 2011

my wish list come true


jom intai dia..


shoot superhero lak

*
*
*
then.. these pics




TADA..

gumbira tidak terhingga kerana impian jadi nyata. my wishlist come true. sudah berkurun termimpi-mimpi untuk memilikinya. Akhirnya Allah makbulkan. i love art. this gagdet will be my art articulator (istilah apakah ini..)

hope i get time to play with it (ada masa ke..?)

and my e71 telah ada pengganti..


love them both!!