Thursday, August 18, 2011

bercuti di batu pahat



apa menarik di batu pahat untuk bercuti?
aku pun tak tahu. yang aku tahu, aku kena berkursus disana selama 2 hari. 17 dan 18 ramadan. pada mulanya, aku patutnya naik flight transit dari kuantan-KL, KL-JB. pastu naik teksi dari airport JB ke Batu Pahat(sponsorship). last minit, aku cancel kerana memikirkan
aku sorang, takde teman dan tak biasa travel ke johor (dan mana-mana tempat di Malaysia)
makan maggi aje la. bulan posa kedai makan tutup

last2, encik suami tercinta volunteer untuk amik cuti 2 hari bagi meneman aku. maka, aku bersama 3 pahlawan (afiq, arif dan abid), encik suami dan mak mertua bercuti di sana. Hotel Katerina menjadi tempat penginapan kami. Merasa juga menikmati bufet Rmadan di hotel (ada Halal Jakim ye..). hik hik

sepanjang aku berkursus, anak-anak dijaga oleh encik suami dan mak mertua. mereka pergi berjalan-jalan di sekitar BP dan Ayer hitam. seronok juga dapat bertandang tempat orang.
pemandangan dari tingkat 7 hotel katerina

Hotel Katerina ni quiet good. tak reti nak evaluate camne, sebab tak biasa duduk hotel. bagi aku, boleh bagi 7 bintang out of 10. iyelah. harga pun RM168 satu malam termasuk bufet ramadan (bufetnya rm50 sehari). dapat room of two, aku pun bentang toto untuk si kecik abid golek-golek kat bawah.

my kids sangat 'behave' terutama arif yang suka menelefon receptionist. mesti reception tu lega kitorang check out sebab tak larat nak layan si kecik arif yang sangat 'behave'. di bulan Ramadan ini, arif sangat bagus dalam menguji kesabaran ibu, abah dan neneknya.

3 pahlawan gagah perkasa

aku enjoy juga sebab dapat bercuti, cuma tak berapa nak bercuti sebab kepala 'full' dengan schedule kursus. 2 malam di sana pun tak cukup tido, buat kerja untuk kursus. Ha! sebut pasal buat kerja ni, satu benda aku tak suka kat sini ialah wifi nya kena caj. RM10 untuk sejam..Rm30 untuk 24 jam. sudah tentu dan pasti aku amik yang RM30 punya kan. hidup pasti tidak kena jika tidak online sehari.
peserta kursus plus nota untuk kursus

apa perasaan bercuti?

best juga. rasa terharu dengan en suami dan mak mertua sebab sanggup temankan diri ini berkursus. thank u. ganjaran kepada mereka berkali-kali-kali ganda lebih banyak, sebab di bulan Ramadan. dan.. at least bleh spend masa lebih dengan anak dan suami serta mak mertua di suasana yang lain dari yang lain. sayang semua. mmuuahs!

p/s tahun ni raya pertama di rumah mak mertua (apa kaitan dengan cerita di atas? hikhik)

3 comments:

Nurul aziyana said...

bawak jugak ulat bulu tu ye..hihihihi..eh bp best la..rase nk g sane..rinduuuuuuuu

kite pun raya umah mertua 1st raya

haime said...

alaa.. sekeping je ke gamba 3 heroes tuu.. misti comellll je time diaorg gurau senda kan!

a said...

mcna: ulat bulu tu bawak ke mana-mana.. teman setia si kecik. rasanya bp tu best gak, cuma tak sempat nak jejalan.

zu: 3 pahlawan tu memang comel, lagi 'comel' muka ibunya bila menahan sabar sbb salah sorang nangis sebab fighting-fighting..hehe