sebelum bercerita tentang hari MENCABAR semalam, nak citer pasal checkup sebulan abid.
Alhamdulillah.. perkembangan yang baik. berat abid terkini adalah 4.2kg (lahir 2.9kg). gambar kat atas di ambil pada hari ke34. sihat kan?
perkembangan yang lebih MEMBANGGAKAN adalah berat aku. tak pernah naik lebih 50kg sebelum ni. tapi masa timbang khamis lepas, beratku 53 kg. gumbira..gumbira.. patutla dah tembam sikit. hehe. sudah melepasi BMI underweight. tapi adakah bertahan lama? mungkin tidak ('exercise ' bersama 3 hero).
semalam hari mencabar.
sebabnya?
mak mertua dah balik kg. dan aku tinggal dengan abid dan arif.
pagi, kul 5.45 dah bangun nak siapkan afiq ke sekolah. biasanya lepas tu, aku akan tido balik sampai kul 9.00pg. tapi, semalam akibat nerves first time tinggal bertiga, aku dah start buat keje. tak tido. padahal, malam tu tido lambat.
sampai tengahari, kepala dah pusing. pening sangat. arif tak henti2 suruh layan dia. fuh.
bila abid tido, arif tak tido.. abid tak tido, arif tido. yang pastinya, ibunya dah lembik sampai tghari. mujur sempat masak.
tepon abahnya, suruh balik cepat. dah tak larat. abahnya kesian, bawa arif ngan afiq gi jejalan. dpt rehat dalam sejam, tak cukup. pening tak hilang. malamnya, dah pesan kat abahnya suruh jagakan anak..nak tido awal.. last2, semua tido kul 10 malam.
peringatan dari semalam, kalau anak tido..kita tido. rest walau sekejap. hasilnya, hari ni bangun kul 9.00pg (bangun kul 5.30pg dan tido balik kul 7pg). hehe. rutin pagi takleh berubah mengejut. itu yang sakit kpala..
i'll get used to it. insyaAllah.