Monday, August 16, 2010

berita kehilangan..

semalam terima 2 berita kehilangan yang cukup menyedihkan.. tak tertahan air mata mendengarnya.. inilah dialog berlaku..

rakan: Ida, you ajar kelas DKE3C?
aku : Haah.
rakan: Mohd Safwan..
aku : (mencelah).. ha, kenapa dengan dia, tak datang ke? (rakan adalah penasihat akademik dia)
rakan: dia dah meninggal jumaat..

Ha!

aku:eh, dia dtg kelas i jumaat tu.. (tak percaya, sebab top student tu ada masa kelas praktikal aku, salah orang kot)
rakan: dia meninggal kul 3 petang, accident.. (sambil tunjuk kad pelajar budak tu)

Ya Allah! air mata tak tertanggung lepas tu, dengan kawan aku tu.. aku menitis air mata. Sedih, terkejut. Rasa macam baru jumpa je dia.. Rupanya kelas aku adalah KELAS TERAKHIR yang dia pergi. kelas aku habis kul 12 tengahari.

dia sangat aku admire sebab sangat menyerlah dalam kelas..minggu lepas, dalam kelas teori dia dapat Bonus Mark yang aku offer sebab jawab soalan.. kelas praktikal plak, jadi pelajar pertama siap Test yang aku buat.. dan dia minta izin aku balik awal.. dan rupanya itulah saat TERAKHIR aku jumpa dia.

dengar kabar, ayahnya dah takde, ibunya sedang buat Umrah. jika aku yang baru jumpa dia 9 minggu yang lepas terasa kehilangan, macamana plak dengan ibu dan family dia, kawan-kawan..

first time aku mengajar selama 5 tahun ni, ada student yang sedang aku ajar meninggal. baru umur awal 20an. Insaf. Allah boleh ambil kita bila-bila masa.

berita kehilangan ke 2:
my best fren baru miscarriage, my ofismate. umur kandungan tak masuk 3 lagi rasanya. semoga tabah, my frend.

Ya Allah, andai Kau uji aku dengan ujian2 ini kelak, tabahkan hatiku menerimanya. Cucuri roh Muhammad Safwan bin Umar, studentku ini.. moga Kau golongkan dia bersama orang yang beriman.

p/s:terima kasih Safwan kerana pernah hadir menceriakan kelas saya..semoga tenang di sana..

2 comments:

Norm said...

Innalillahi wa innailaihi raajiuun... halalkan ilmu yg telah kau beri, ida.

sedihnya...

nurul aziyana said...

k.ida..rupa2nya sy ajar arwah jugak sem lepas..huuhhu mcm maner blh xperasan..die mmg bnyk cakap ngn sy