Wednesday, August 24, 2011

Good Relationship.

setiap hari aku cuba untuk penuhi santapan rohani disamping ibadah-ibadah khusus. iyela..ibadah tak banyak. solat 5 waktu di rumah, abis-abis doa aje.. kena terus capai anak. mana taknya, perlu bergilir dengan suami. arif gemar 'bergurau' dengan adiknya. dipijak dan ketuk kepala adiknya adalah 'gurauan' manja setiap hari. mungkin dia tidak selesa melihat adiknya tidak melalak dan menangis walau sehari. tak enjoy mungkin!

maka, apabila ada kelapangan aku melayari majlismu.com untuk menerjah mana-mana audio motivasi utk membangkitkan semangat sehari-hari. My feveret tentulah prof dr muhaya. dari saripati kata-katanya, aku membuat satu falsafah tersendiri..

"secret of a GOOD relationship: Focus on what you can GIVE to her/him not what you can GET from her/him. If you are not been appreciated, don't be SAD. Allah won't let you down"

reflect on what i really experienced, aku sentiasa mengharap agar setiap apa yang aku lakukan untuk family, diucapkan dengan terima kasih. paling tidak, aku dibantu untuk menguruskan rumah. hari-hari aku yang berlalu (dulu..) penuh dengan stress terutama anak sudah mencecah 3 orang.

setelah mendapat sedikit motivasi, aku rasa lebih tenang. Dr Muhaya kata yang bagi kita gembira adalah ALLAH bukan manusia. Kalau kita nak gembira, kita minta pada ALLAH..bukan pada manusia.

kata-kata itu sungguh mudah dilafaz dan TIDAK semudah diamalkan. Perlu training dan latihan.

pernah sekali aku ucap kata-kata itu depan suami "Yang bagi bahagia kat ibu (aku) bukan abang tapi Allah"

my husband laugh and reply "Ibu, abah nak email la kat Dr Muhaya bgtau ..'sejak isteri saya mendengar ceramah prof, dia sudah tidak mengeluh lagi membuat kerja rumah..'"(ok, itu perli ke apa..haha)

rasa teruja bila mendengar sesuatu yang baik..cuma rugi sebab dah umur 30 baru nak berubah. semoga Hidayah Allah kekal dalam diri, dan tidak dibolak-balikkan hati. Ameen

Monday, August 22, 2011

tips nak tegur orang.

dr muhaya kata "kita adalah apa yang kita baca dan audio apa yang kita dengar". aku kini memasuki misi hijrah kearah lebih mengenali diri sendiri (apa maksudnya tuh? ..ntah). kini aku suka mencari audio motivasi dr fadilah kamsah dan dr muhaya.

iklan ** -->untuk dapatkan buku Celik Mata dan Jiwa oleh prof Dr Muhaya, sila layari www.assohwah.com. Harga RM25 termasuk kos penghantaran

**sekadar menyampaikan, tiada komisyen diterima

Berbalik pada kata-kata motivasi ini, ada satu tips yang aku sedang amalkan, iaitu.. Kalau nak tegur orang, puji dia dulu 10 kali (tips dr fadilah kamsah).

Aku ada amalkan kepada student. Hari ini ada student yang lambat datang. bukan calang-calang lambat.. nak dekat setengah jam. Student tu dah set kat mind dia, pensyarah mesti marah. Tapi bila dipuji, rupanya mudah untuk kita berkomunikasi dengan dia lepas tu. Lagipun, kurang sikit rasa sakit hati kita.. Mood pun baik.

Rasa-rasa apa aku kata kat student tu.

"Tahniah kat awak sebab walaupun lambat, awak masih dtg. Itu sikap yang sangat baik, Cuma lepas ni kena dtg awal sikit, boleh?" (hak-hak. poyo!)

memang bukan mudah nak kata begitu sedangkan lebih senang aku hambur sahaja dgn amarahnya. hari ini macam rasa nak praktik satu teori atau tips yang aku dengar..lebih2 lagi di bulan tanpa pengaruh syaitan ni. OK juga. boleh buat lagi ni.

p/s pernah try kat anak, boleh buat 3-4 kali je.. yang lain hilang sabar. heeee.

abid dan faveret toy

abid has a faveret toy. its a book. sekarang abid nak masuk tujuh bulan. sudah rajin merangkak ke sana ke mari. sebelum pandai merangkak, jadi ulat bulu sekejap. melonjakkan badan, melentok ke depan. lepas beberapa percubaan, dia sudah semakin mahir merangkak.

si ibu sudah risau apabila si kecik pandai meng'explore' dunia ni. apa taknya, si abang banyak memberi peluang adik memasukkan bendasing dalam mulut. apa yang si abang-abang makan, abis berterabur. adik plak dah pandai capai.

ibu poning.

awal pagi tadi, lepas sahur, abid pun meng'explore' dalam bilik. arif dan afiq masih tido. terjumpa satu toy abangnya dalam bilik. dengan bertongkat satu tangan, abis di selak dan renyuk kertas kat buku tu..

"hmm. A..B.. C.."

"ibu, ni apa ye?"


"uish, sedap plak kertas ni.."

paling mencabar bila si adik ditahap ini adalah suka masuk semua benda dalam mulut. bila dapat buku, kertas pun jadikla masuk mulut kan?

amacam, sedap tak?

Sunday, August 21, 2011

bersedia nak raya..

This week should be more manageble (ada ke perkataan ni) than other previous week. It is because next week dah raya. Lagi pun mood raya sudah ada.

minggu ini, baju-baju mereka perlu dibasuh setiap hari. Ni gara2 tanak nanti bila nak packing balik raya, sudah kurang baju. Biasalah, diri sendiri perlu jadi ibu, maid, tukang kebun, cleaner dan pelbagai multi-tasking yg lain. perancangan sangat penting, supaya diri sendiri tidak merana.

Baju2 raya anak2, serah pada encik abah. Baju melayu mereka dah siap, baju aku pun dah ada sepasang, sebelum puasa dah siap. Kuih raya, 2 ke 3 jenis je. Malas nak membazir sbb tak ramai dtg umah. Tuan rumah rajin jalan raya. Hikhik.

Yang perlu dipeningkan cuma kemas rumah. Alkisah, ini adalah kerja berulang sbb tukang sepah ada 2..tukang kemas ada 1. Lepas kemas, tak sampai sejam.. Kemas lagi. exercise..exercise dan exercise. Fuh.

Si ibu teringin pula nak mencari blaus labuh. Nak beli online lewat dah. Dah tutup tarikh pengeposan. Nak survey sendiri, perlukan masa.. Dan yang pasti masa itu perlu dicuri dari masa rehat ofis. biasanya masa itu dihabiskan utk menanda tugasan student dan prepare lecture.

panjang sungguh cerita tentang persiapan raya, padahal ramadan sedang berada pada masa PRIME TIME. Masa ini lah 'bonus' di beri kepada mereka yang terpilih. Walaupun rasanya tidak layak, aku benar2 berharap aku salah seorang daripadanya. Tak mampu solat berbelas rakaat pun, paling kurang aku mampu menikmati beberapa saat beribadah walau cuma zikir di malam lailatul qadar. Insya Allah.

Thursday, August 18, 2011

bercuti di batu pahat



apa menarik di batu pahat untuk bercuti?
aku pun tak tahu. yang aku tahu, aku kena berkursus disana selama 2 hari. 17 dan 18 ramadan. pada mulanya, aku patutnya naik flight transit dari kuantan-KL, KL-JB. pastu naik teksi dari airport JB ke Batu Pahat(sponsorship). last minit, aku cancel kerana memikirkan
aku sorang, takde teman dan tak biasa travel ke johor (dan mana-mana tempat di Malaysia)
makan maggi aje la. bulan posa kedai makan tutup

last2, encik suami tercinta volunteer untuk amik cuti 2 hari bagi meneman aku. maka, aku bersama 3 pahlawan (afiq, arif dan abid), encik suami dan mak mertua bercuti di sana. Hotel Katerina menjadi tempat penginapan kami. Merasa juga menikmati bufet Rmadan di hotel (ada Halal Jakim ye..). hik hik

sepanjang aku berkursus, anak-anak dijaga oleh encik suami dan mak mertua. mereka pergi berjalan-jalan di sekitar BP dan Ayer hitam. seronok juga dapat bertandang tempat orang.
pemandangan dari tingkat 7 hotel katerina

Hotel Katerina ni quiet good. tak reti nak evaluate camne, sebab tak biasa duduk hotel. bagi aku, boleh bagi 7 bintang out of 10. iyelah. harga pun RM168 satu malam termasuk bufet ramadan (bufetnya rm50 sehari). dapat room of two, aku pun bentang toto untuk si kecik abid golek-golek kat bawah.

my kids sangat 'behave' terutama arif yang suka menelefon receptionist. mesti reception tu lega kitorang check out sebab tak larat nak layan si kecik arif yang sangat 'behave'. di bulan Ramadan ini, arif sangat bagus dalam menguji kesabaran ibu, abah dan neneknya.

3 pahlawan gagah perkasa

aku enjoy juga sebab dapat bercuti, cuma tak berapa nak bercuti sebab kepala 'full' dengan schedule kursus. 2 malam di sana pun tak cukup tido, buat kerja untuk kursus. Ha! sebut pasal buat kerja ni, satu benda aku tak suka kat sini ialah wifi nya kena caj. RM10 untuk sejam..Rm30 untuk 24 jam. sudah tentu dan pasti aku amik yang RM30 punya kan. hidup pasti tidak kena jika tidak online sehari.
peserta kursus plus nota untuk kursus

apa perasaan bercuti?

best juga. rasa terharu dengan en suami dan mak mertua sebab sanggup temankan diri ini berkursus. thank u. ganjaran kepada mereka berkali-kali-kali ganda lebih banyak, sebab di bulan Ramadan. dan.. at least bleh spend masa lebih dengan anak dan suami serta mak mertua di suasana yang lain dari yang lain. sayang semua. mmuuahs!

p/s tahun ni raya pertama di rumah mak mertua (apa kaitan dengan cerita di atas? hikhik)

Thursday, August 11, 2011

Progres.

alkisah
di ofis ku.
ramai mengeluh sebab banyak kerja.
diri ini tak terkecuali

SKT kena antar
FRP kena siapkan
soalan exam kena rekacipta dan hantar

semua itu cabaran.

maka
bermulala tabiat
bawak keje balik rumah
dan progress nya sangat perlu dipertingkatkan
sungguh berat membuatnya di rumah

maka terdapat lah satu dialog pagi tadi..masa sahur.. en suami bertanya

en suami: ha.. pukul berapa bangun buat keje? kata banyak keje..(nada perli)
aku: anak tak tido. camne nak buat keje? abg tak tido kan anak.. (salahkan en suami lak..)
en suami: jangan nak mengada. malam tadi semua anak tido awal. jangan nak bagi ALASAN, menyusu anak pastu tertido.
aku: ~senyum (dalam hati: iye ke semua anak tido awal? tak hengat la pulak) heeee.

maka.
sebenarnya
aku yang tak terbangun.
mungkin sebab letih.
atau semangat tak kuat untuk buat kerja.

sepanjang Ramadan ni
boleh kata ada beberapa kali
aku bawak balik keje ke rumah
beberapa kali itu jugak
bawak SEMULA kerja itu ke ofis, tanpa diusik.
(ada yang tak sempat keluarkan dari kereta lagi..)

progres: kurang membanggakan, perlu diperbaiki.
(dan sememangnya tabiat bawak balik kerja ke rumah tidak baik diamalkan)

oleh itu.
i need to optimize my time at office
to complete all the work.
supaya
balik umah.
boleh relax tanpa rasa bersalah.

camne pula keadaan ibu-ibu muda dan bekerjaya sekalian..
chow.

terujanya.. rasa macam nak beli..



cuba tengok dua gambar di atas.
Heliza telah keluar dengan sejenis tudung
yang boleh ditransform kepada telekung.

Wah!

sangat teruja.
satu INOVASI baru dalam berhijab.
Indahnya islam
pabila
pakaian yang dianjurkan, menutup aurat
sebenarnya membenarkan kita menjadikan
pakaian solat a.k.a telekung

tudung di atas namanya H.I.T (Heliza instant telekung)
nafsu membeli telah terusik
harganya juga 'cantik'

untuk Blause sahaja, yang warna hitam tu.. --> RM110
satu set H.I.T (telekung + kain + blause hitam) --> RM280
pergh.
nak tengok lebih lagi, gi FB search heliza helmi punya page.

camne.
worth it tak membeli?
atau beli kain.. buat sendiri.. (ini berkhayal namanya)

any suggestion?

Friday, August 5, 2011

check list.

Alhamdulillah. dah 5 hari kita berpuasa.
camne amalan rakan-rakan semua?
aku percaya semua ada 'target' amalan sebelum bulan puasa ini berakhir.

for these 5 days,
there are a lot to be improved for me.
terutama amalan-amalan sunat
here my own checklist.

alquran : belum masuk juzu'1 lagi (a lot to be improved)
solat malam : none (huhu. i should start doing one)

checklist ni aku bukan nak compete ngan sapa-sapa.
my motivator (dr muhaya) said kita tak perlu compete ngan sapa-sapa
try to compete dengan matlamat diri kita sendiri
set kan kita punya own goal, try to achieve the best that we can.

Ya.

i aim to finished at least 5 juz of reciting quran (1 juz for 5 days - haven't achieve yet)
at least 1 solat malam in two days

aku membuat target yang aku rasakan mampu aku capai
considering cabaran punya 3 heroes
kalau dapat capai lebih, its a bonus
korang semua punya harusla lebih hebat.
yang sememangnya korang lebih hebat.. (believe me!)

sememangnya level pertama Ramadan dah mencecah separuh (5 days out of 10)
amalan kita jua perlu ada sedikit lebih dari bulan-bulan lain
kalau tak banyak, sikit pun jadik la..

jon buat ceklist juga.

in these 5 days
3 hari aku cuti bekerja..
abid yang demam
masih belum sembuh.
demam sudah bertukar ke demam campak
patutla suhu melantun-lantun naik
takpe.
cabaran ini tandanya Allah sayang
sebab Allah bersama orang yang sabar.

Sabar ye anakku.
semoga cepat sembuh.
Ibu sentiasa berada disisimu.
sayang abid (afiq dan arif juga)

pics taken a day before Ramadan (a day before abid demam)

Thursday, August 4, 2011

bagaimana ye nak fokus.

Alhamdulillah.
sudah 4 hari berpuasa.
pelbagai cabaran ditempuhi.

Aha.
Abid dah kurang demamnya
alkisah malam 2 hari lepas.
suhu dia mencecah 39.9
padahal baru bagi ubat demam
panik
bagitahu husband
nak antar ke hospital

sebelum tu, call abang ipar yang doktor
tanya apasal panas demam ni tak kebah
dia kata
mungkin ada virus dalam badan
kena makan anti biotik

kebetulan pagi tu,
doktor ada bg antibiotik, cuma aku tak bg makan
lepas abg ipar kata gitu
terus aku bagi
lepas tu, baru panas tu turun sikit

kat hospital
panas demam dah turun sikit
so, tak kena tahan wad.
cuma
sangat berpuashati dengan semua layanan di hospital
dari daftar ke farmasi
semua staf hospital layan dengan sangat baik
really unexpected (hehe.. jahat wo)
ingatkan mereka akan layan ala kadar aje.
rupanya sangkaan meleset. (teruk aku ni)

berbalik pada tajuk.. camne nak fokus ye
sebab selepas dua hari cuti
kerja di ofis bertimbun-timbun
niat nak siapkan kat rumah
memang tak terusik
sbb
kat rumah ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan
bersama 4 heroes yang ada.

list out mana yang nak buat
semua macam kena buat dengan urgent
eh eh.. mana satu ni...
akhirnya, terpaku tak buat menda.

sapa-sapa ada tips?

Tuesday, August 2, 2011

cabaran ramadhan ke 2

abid dengan tepek di dahi.

dah hari 2 ramadhan
kejap je rasa.

hari ini aku ada cabaran
abid demam panas
aku kena amik cuti
kalau antar juga ke nurseri
konfirm2 la anakku ini kurang perhatian
dahlah panasnya tinggi.
huh

dari pagi sampai petang merengek.
ops.
dia nangis lagi
chow.