Friday, May 27, 2011

menjengah ke nurseri

salam
lepas aku bertugas untuk konvo
macam biasa
aku akan menjengah abid di tengahari
untuk direct feeding

biasanya
masa sampai di nurseri, lebih kurang kul 12 lebih
semua budak dah tido.,
termasuk abid dan arif
pastu aku snap gambar2 kat situ
abid bersama rakan seusianya..

damia.. siti norlida's (my colleague) daughter.. comeii
abid yang sudah kenyang, mata dah kuyu.. nak tido.. damia still exercise (angkat kaki)

arif yang sedang tido lena.. zzzzz

sejak dari afiq
kemudian arif
kemudian abid
aku antar ke nurseri ni
dalam kawasan poli je
untuk kakitangan poli aje
dekat
senang nak gi direct feeding

untuk baby umur baru lahir sampai 2 tahun
Rm180 je sebulan
naik 3 tahun, kurang rm10
naik 4 tahun, kurang lagi rm10

Alhamdulillah, aku puas hati dengan nurseri ni
walau pun ada kala, afiq dan arif balik umah dengan
kesan gigi kat tangan diorang
sekali sekala, ada lebam situ sini
biasala
anak lelaki kena lasak
hua hua

okla, nak sambung packing barang
chow

Thursday, May 26, 2011

bertugas

aku seorang pensyarah.
ya.
kepada pengunjung blog yg baru mengenali
mari berkenalan.
(lagi sekali..) aku seorang pensyarah.
politeknik kuantan.
baru berkhidmat 6 tahun.

ok. stop.
lain kali sambung berkenalan.
apa yang aku nak cerita adalah tentang bertugas
tugasan di luar urusan p&p (pengajaran dan pembelajaran.)

setiap tahun poli akan ada konvo
ramai kawan2 sejawatan akan mendapat tugas
hampir keseluruhan

tugas aku (tetap dan berpencen kot)
menjadi pemandu graduan - yang susun2 budak dalam dewan
masa diorang nak naik pentas
dari sejak aku mula berkhidmat di poli ini
sampai sekarang

tapi
sejak 3 ke 4 tahun lepas
aku 'naik pangkat'
uruskan sistem paparan nama kat skrin
masa budak naik pentas
duduk eksklusifly dekat dengan pentas
best

yang tak bestnya
tugas sangat mencabar
salah tekan nombor je
tak pasal2 bila budak melayu naik pentas
nama terpapar budak india
kecoh satu dewan (pernah jadi ok..)
menggigil jari lepas tu.

fokus perlu terbaik
huh.
tido malam kena cukup
kalau tak, ada nampak nombor '2' jadi no '5'
heee..

apapun, semua petugas dah buat yang terbaik
ralat situ sini.. biasalah..
thanx to Nana (sokongan dan komitmen tak berbelah bagi)
Alhamdulillah.
masa aku bertugas, ralat sangat tidak boleh dikesan..
Terima Kasih Allah..

aku, art dan Nana.. very supportive team.. THANX

Tuesday, May 24, 2011

bz ke?

dah seminggu rupanya tak update blog.
bz ke?

heee. tak lah bz sangat pun
cuma malas nak update.
blogwalking aje.

this week seem quite hectic.
ada kelas nak mengaja.
kena bertugas kat dewan konvokesyen
sebagai penjaga sistem panggilan nama lagi.

dan
next week i'll be going travelling (apa ayat daa..)
first time nak naik flight
start 2-3 hari lepas dah gabra
mana taknya
anak ada 3..nak packing barang kena plan awal
sebab nak optimize the luggage
nak bawak banyak barang..
tapi tak leh bawak banyak beg (pening kan?)
pegi seminggu tu.. (betul2 bercuti ni..)

sebab tak pernah menyeberang laut
pergi mana?
ce teka.. ce teka..
haha

so, i'm OFF next week
sbb tu Allah bagi bz sket minggu ni..
teringat masa nak bersalin abid dulu..bz gile
jadual bertindan..
rupanya..ditakdirkan Allah nak bagi cuti awal
abis je seminggu ber'Buzy'
isnin tu pun abid dilahirkan (awal 2 minggu..)
maka berehat la si ibu selama 3 bulan

haa.. amek sekarang!
banyak keroje plak..

p/s apa makanan tambahan untuk energy booster ye? sangat tidak larat 2-3 hari ini..

Tuesday, May 17, 2011

alkisah proposalku..


aku ada cerita aritu pasal aku nak sambung blaja (kat entry --> mobile)
my supervisor dah bagi timeline.
2 minggu lepas
means
after aku gi jumpa dia 4 mei arih tu
dia dah tetapkan aku kena cari bahan dah.
hoaaa
sudah ada kerja rupanya

bahan yang aku kena cari pasal mobile robot localization
macam susah kan?
tapi sebenarnya senang je.
(sebab aku dah study sikit2)

cuba bayangkan
kita ditutup mata
pastu diletakkan ditengah2 bangunan
tempat yang kita tak pernah jumpa
tak tahu kat mana
what thing we want to do first?
mesti selidik dulu apa tempat tu, kat mana kita..
kat mana jalan keluar kan?
guna every senses yang kita ada untuk recognize tempat tu

camtu jugak ngan robot
research aku ni
pasal camne nak bina fully automatik robot
nak tiru how human react
dengan persekitaran
bila dah paham apa nak buat pasal research ni, cam best kan?

so, my SV dah bagi timeline 18 mei, dia akan bg specific tajuk
(hari ni la tu)
punya berdebar hari ni..
ingat nak call dia, minta tajuk
rupanya,
dia dah email aku rupanya (8.55pagi td)
waaah..
takut tu.

aku siap terpikir, kot kot la SV tu lupa (biasa la kan..)
tapi, rupanya sangkaan meleset
so,
apalagi??
kena start cari bahan lagi

chow.
p/s: betullah kata Allah, manusia ada sebaik-baik ciptaan. manusia nak cipta robot pun, kena rujuk camne ciptaan terbaik ini untuk jadi rujukan. itupun dah payah benar. Subhanallah!

uish. banyak tu..

yeay..
dapat banyak hadiah..
its not my birthday yet..
tapi dapat banyak hadiah..
3 beg.. okey!

sempena hari guru..
ops! bukan aku punya hadiah..
cikgu zul punya..(encik suami..)
yang terlebih excited adalah bini dia.
siap tolong buka kan wrapper hadiah (hakhak..muka tak malu)

apa dia dpt?
jeng..jeng..

mcm2 ada..
dari mug..(3 biji)
ke towel..
alat tulis pun ada
pen parker takyah cite..dpt belaka
frame ngan botol air percuma shell pun dpt..
kih kih..
aku plak yg tolong kira..

ada satu yg cantik..
bleh letak atas meja..

comel tak?

buku agama pun dpt..(insaf ok? )


dan encik suami kata
bowl ni untuk aku..
hehe
jadikla.. hadiah tukang buka hadiah..
mixing bowl

dan yang paling tak tahan..
encik suami dpt..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tshirt renoma tuu..

uish
mewah cikgu gini..
hadiah best2

aku pun tumpang sekaki
hehe..

p/s sorang je anak PA SMS aku wish hari guru.. masih ada yg ingat
jadi pendidik ikhlas tak perlu balasan kan?..hehe

Sunday, May 15, 2011

teacher's day

hari ni hari guru.
tahun 2011 ni, umurku sudah 30 tahun (kejap je rasa..)
dan aku seorang guru..

teringat masa aku sekolah rendah
bersungguh-sungguh mengajak ibu dan ayah
ke kedai
untuk cari hadiah untuk cikgu
once upon a time,
aku pernah bagi tisu kotak kat cikgu
senang nak balut (hua hua hua)

cikgu feveret dulu-dulu
cikgu mahanum masa darjah 6
di sekolah kebangsaan sungai pelong
sekarang masih jadi cikgu
satu sekolah ngan ibuku..
sekolah menengah, matriks ngan kat upm
pun ada cikgu feveret, berjela plak kalau nak list kan
hik hik

jom layan
gambar aku masa sekolah rendah

apapun, selamat hari guru semua..
ibu, ayah, abang, akak
kakak ipar
dan encik suami.
(rupanya aku hidup dikelilingi cikgu..)

gambar pada report card darjah 1

cuba teka aku yang mana satu? senang je nak cam..

Friday, May 13, 2011

Aktiviti macam biasa..

Hari ni dah masuk sabtu keberapa ntah, aku dan 3 heroes menghabiskan masa bersama.
ini kerana encik abah mereka sentiasa ada aktiviti sekolah
2 minggu lepas ada tuition,
minggu lepas ada tuition juga
hari ini, encik TPM datang beserah,
kena pegi raikan juga..
kena sedia maklum.
cikgu sekarang sudah lebih bizi
lebih sibuk..
lebih aktiviti..

macam biasa.
ada apa dgn entry kali ni
mesti pasal makan lagi
haha.
itu juga yang aku suka buat.

my two heroes sangat suka makan
breakfast pagi, encik abah mereka dah tolong belikan (thank u)
so,
tengahari makan apa ye?

apalagi..benda yang senang nak masak la.
dan yang my sons akan makan sendiri..
tanpa dipaksa dan disuap oleh ibunya

maka, pasta ini (gambar bawah ni ha..)

:
:
:
bertukar menjadi..

dan kedua heroes makan sendiri
di atas tikar baru..
hehe..

puas hati
besar dan senang nak lap..
anak2 pun suka


ops, arif! itu dah di luar tikar!!

Wednesday, May 11, 2011

lelah juga..

this two weeks really test me.
since
this is my first 2 weeks of work
after 3 month of rest.

every morning seems such an exercise
to prepare my three heroes

i'll get used to it.
insyaAllah.


Saturday, May 7, 2011

sedapnyee..

malam tadi, aku dah takde idea nak masak apa. Alhamdulillah, ada sikit bahan kat dapur tu, dapatla buat sesuatu untuk santapan makan malam.

arif dan afiq makan dengan khusyuknya (lapar le tu..)

huu.. comotnya anak ibu ni

rasa-rasanya diorang makan ape?
heee.. mestilah mee kan?
sebab dah ada rupa mee

sebenarnya itu milidi
dah takde idea nak masak apa.

jom kongsi cara nak masak
1. milidi direbus, tapis
2. tumis bawang kisar dengan tomato puri
3. gaul kan dengan burger(potong kecik) ngan tomato(potong kecik)
4. siap - tak sampai 10 minit pun

mi lidi ni pun jadi santapan aku ngan abahnya
sorryla abahnya, tak pedas la mi malam ni
dah memang asalnya nak bg anak makan.
balun je la kan..

mi lidi masak cara aku

lepas makan
afiq bagi aku surprise.
:
:
:
:
:



untuk aku.. siap nyanyi lagi
"ibu..ibu.. engkaula ratu hatiku"

oh sweeeeetttt..

p/s: Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2..
Ibu, terima kasih sbb lahirkan, besarkan dan beri kasih sayang pada alang..



Wednesday, May 4, 2011

manage stress

Memandangkan aku akan mengalaminya, maka di sini aku nak kongsi tips to reduce stress.


1. wujudkan suasana menyenangkan di sekitar anda. Letak gambar pemandangan atau wallpaper yang menenangkan di komputer.
* aku letak gambar my three angles..afiq, arif and abid

2. Buat senarai Nak Buat Mende (To-Do-List). Guna Post-It Note, atau alarm pada komputer atau handfon..yang penting kita tahu apa nak buat dulu.
* yg ni memang berkesan pada aku, tapi selalu tak terbuat.. tak sempat kot

3. Masa Rehat (Time-out). buat perkara yang meransang minda. yang merehatkan. memberi ruang kepada diri sendiri untuk 'bernafas'. Baca buku yang memberi inspirasi ke.
* yang ni aku memang selalu buat (lebih banyak masa rehat dari keje kot..). suka main game ngan baca majalah.

4. Susun semula meja kerja. Mungkin boleh letak frame family atau santai.
* idea yang bijak.. hmm

5. Meletakkan tanaman. Tanaman boleh memberi kesan penenang paling berkesan.
* dulu ada. abis cuti bersalin, ia telah kering dan.. innalillah..(lupa pesan kat kawan suh siramkan)

6. Bersenam. Aktiviti fizikal boleh bantu hilangkan tension. Masa bersenam, badan akan keluarkan hormon endorfin yang bantu kita relax.
* Berkejar ke sana ke mari di rumah menguruskan rumah, rasanya cukup ke?

7. Kemas tempat kerja. Kalau bersepah, lagi stress kan? buang apa yang tak perlu..
* yg ni yang den lomah ni. sapa yang kenal aku, tahu camne tempatku. (malu..)

8. Adakan 'sempadan'. Adakan limit bila kita lebih santai berborak (a.k.a bergosip) dengan kengkawan dan bila kita tak boleh diganggu.
* susah juga kan?

9. Kurangkan pengambilan kafein. Kafein memang sumber peransang (stimulant) yang baik, tapi ia juga boleh menyebabkan stress.
* sorryla, ini takleh nak elak. i'm coffee-holics

10. Makan pagi yang berkhasiat. kajian menunjukkan pengambilan bfast yang baik akan membekalkan protein yang lebih untuk bekerja.
* YA. saya tak boleh tinggalkan makan pagi.

gudlak.

mobile..

today dah masuk 2 hari aku kembali bekerja.
hari pertama..
penat.
sangat.

hari pertama penat sebab kena uruskan markah student
yang paper diorang baru abis
21 org gagal.
dari 40 org
agak teruk.
susah kot.
first time paper FINAL takde dwi bahasa
semua in English
pasrah la ye.
menyiapkan beg2 hero2 ku untuk ke taska-standby atas kerusi

nextday (means hari ni..)
awal2 pagi aku dah travel
jauh nuun ke UMP
jumpa bakal SV
bakal??

hehe.. ya!
aku akan sambung blaja
buat master
secara part time
by research
di UMP

dr yang aku jumpa namanya dr hamzah
baru abis phD di Jepun
dipendekkan citer, aku bincang tajuk untuk proposal masterku
dr hamzah sangat supportive
dia bidang robot
so, aku pun kena ikut bidang dia (walaupun asalnya aku bidang control)

dia bg aku tajuk 'mobile robot localization'
untuk aku study dulu apende mak nenek mobile robot tu..
localization tu hape..(macam tak pernah dengar)
cadangnya dia nak aku buat controller robot..
aku setuju je.. (perasan paham..padahal blurr)

dengan gumbira hati, satu misi telah selesai
SV dah bg timeline dia..kena siapkan proposal b4 ogos (sept dah daftar masuk)
dia pun ada bg encouragement..nak masukkan aku ke mana-mana conference
present paper kat mana-mana
I LIKE..

balik dari UMP, aku gi jumpa encik suami
sbb tag card ada dalam kereta dia.
serempak ngan lori terbalik
jam sekejap

lori terbalik..(sempat snap gambar)

lepas jumpa encik suami, balik umah amik kasut arif
tertinggal
gara2 kelam kabut pagi (mcm biasa)
kepala tak fokus.. asyik risau camne nak ke Pekan(tak pernah drive ke sana)

letih drive
asyik mobile aje
rasa dah macam mobile robot..(hik hik, semangat tajuk baru dapat)

ok, nak siapkan beg mereka
chowz

Monday, May 2, 2011

my first morning of work

a short entry.

this morning, kelam kabut as expected.
kerana hari ini hari pertama aku bekerja
selepas 3 bulan cuti
uwaaargh..

banyak betul beg nak kena siapkan
beg abid, arif, afiq
beg untuk breastfeed.
itu belum campur beg laptop dan beg tangan.

my atoz is full.
tempat duduk depan ada bakul abid
carseat arif kat belakang
sebelahnya afiq nak duduk
beg2 yang banyak tu
perlu dihimpit2kan di belakang
sian afiq

kerisauan paling tinggi adalah abid
dia nak minum guna botol atau tak
takpe
aku akan ke taska tghari ni
menjengok

apapun, ada kerja menanti
chow.

p/s : wish me luck