Thursday, March 10, 2011

petua

aku bukannya mahir sangat dengan petua..cuma bila org suggest petua masa mengandung itu dan ini..aku ikut je. kalau buat ini, nanti baby jadi gini.. dan macam-macam

ada petua yg berkesan aku sarankan ke kengkawan..especially yang telah dialami sendiri oleh tuan punya badan. tapi tak banyak. sikit je.


1. nak elak anak yang dikandung tidak kena kuning, amalkan minum madu satu sudu campur air suam start kandungan 5 bulan. Aku amalkan masa mengandung Arif. actually, masa tu minum madu sbb nak tambah tenaga. kesan positif juga pada anak dlm kandungan. walaupun berdarah o+, kesan kuning tak kena pada Arif..(tapi Abid kena kuning, ibunya malas makan madu..hehe)

2. minum air kelapa masa mengandung untuk elak ruam lampin. actually, tak tahu pun khasiat ni masa mengandung. masa mengandung Abid, hari2 suruh abahnya beli air kelapa. mentang2 le duk tepi pantai. pastu terbaca buku Wardina tajuk dia "Mama, saya lapar" ada citer pasal petua ni.

Alhamdulillah, walau semalaman tak tukar pampers..kulit Abid still OK berbanding abang-abangnya. abang-abangnya kena ruam bila lambat skit tuka pampers.

hehe. dua ni je petua nak kongsi. tak banyak mana pun. itu pun ikut pengalaman sendiri. tapi, maybe tak semua serasi dengan petua-petua ni.

selamat mencuba..(kalau aku nak cuba kena tunggu dua tahun lagi kot..rehat dulu)

5 comments:

nad said...

uh..kalau tau petua ni awal2 mesti dah buat hehe..tp yg air kelapa tuh betul kot..adam ngan erfaan dua2 x kena sbb ummi dia ni suka minum air kelapa :D

nad said...

uh..kalau tau petua ni awal2 mesti dah buat hehe..tp yg air kelapa tuh betul kot..adam ngan erfaan dua2 x kena sbb ummi dia ni suka minum air kelapa :D

fuadnis said...

ala ida..tang madu tu dah terlambatla...nape baru share petua nie..nis dah tgh tggu hari je nie..huhu..

a said...

nad: nampak kesan air kelapa tu kan? Alhamdulilla.. kalau ada petua lain,bleh la share

nis: ida pun masa dah 8bulan pregnant kali ni baru teringat nak makan madu.. masa tu baru nak makan, tak berasa berkesan la kot.. takpe, kita cuba lagi..hehe

nurul aziyana said...

ptt husna xkna ruam lmpin..msa ngadung ska sngt minum air nyor