Monday, January 26, 2009

kunjungan dari KL..

sabtu malam (22 jan 2009) adalah malam yang ditunggu2. ibu, ayah, akak, acik dan abang sekeluarga datang spend cuti CNY kat kuantan. so, aku tak payah le nak ke mana-mana.

seronok bukan main.. iyelah.. dah lama betul aku tunggu kunjungan dari KL ni. lebih-lebih lagi bila aku dah pindah umah baru ni.

3 kereta datang dari KL. semua adik beradik aku ada.. ayi dan ijat (my 2 younger brothers) pun ikut sekali. disebabkan ijat dah pernah datang sini, tak lah amik masa lama sangat diorang nak sampai. cuma abang aku aje yang tersesat sikit2, sebab tercicir dari konvoi.

rumah aku sangat meriah.. seronok aku tengok afiq bermain dengan sepupu2nya sampai lupa nak tido malam. pukul 2 pagi baru nak tido.

hari ahad hari tu, mendung dari pagi. nak ke mana-mana pun malas. tapi, petang sikit tu.. kitorang gi TC. punya la ramai orang kat sana.. sempat amik gambar sikit2.

hari isnin lak kitorang ke kemaman, beli keropok lekor. ibu ku beli macam nak balik berniaga.. berplastik2. walaupun cuma sekejap, tapi seronok.

pukul 6 ptg semalam diorang balik. rumahku sunyi semula.. tinggal kami bertiga (berempat.. campur dalam perut). anyway, ia kenangan yang takkan aku lupakan.

berdiri: acik dukung amir. duduk dari kiri: akak pangku irshad, ibu, aku, awa (kakak ipar) pangku mimi, abang

abang deris mainkan layang-layang untuk anaknya. ayie (baju hitam) menyibuk

ibu dan ayah..

my happy family..

Sunday, January 11, 2009

cerita dan bencana

jumaat : 1.30 ptg

sampai ke rumah dari upsi, naik kereta kancil coklat. sampai2 rumah..takde org, tepon ibu, ckp dah sampai..ibu kata jap lagi dia balik.

2.00 ptg

berpeluh2 dah kat depan umah, ibu tak sampai2 lagi.. dah siap sapu sampah, basuh lapik kaki depan rumah.. tepon afiq dan abahnya.. dan lain-lain (bila ibu nak balik ni..)

2.20 ptg

baru ibu balik. masuk rumah, mandi sbb rasanya baju kena kencing kucing kat luar rumah masa kemas2 tadi. solat, dengar best fren ibu tepon dia.. ajak keluar. boring duduk umah sorang2 (yg sememangnya selalu sorang pun kalau kay umah), gi amik kunci keter kancil coklat, go OU, nak ke MPH, cuci mata tengok buku.

3.30ptg

bertolak ke OU, sampai tempat parking.. tanda aras temperature dah NAIK lebih dari setengah.. enjin kereta pun bunyi dah lain..MENAKUTKAN. Alhamdulillah, ada parking kosong.. cepat2 parking dengan keadaan berpeluh..(apa dah jadi ngan kereta ni).

4.15ptg

menenangkan diri, terus panjat escalator.. gi cari peta, cari MPH. melilau kat MPH. saje cuci mata.. bukan nak beli sangat pun. buku2 mahal..nasib baik dalam dompet takde duit lebih dari rm100, alamat ada juga duit yg terkorban dengan buku yang tak berapa nak baca..saje je nak beli.

5.30ptg

jumpa buku untuk afiq, 3 buku.. asyik2 beli mainan aje.. beli buku plak untuk dia. harga satu rm8, beli 3..abis rm24. turun nak ke parking, tak jumpa escalator yg nak masa pegi tadi. sesat. (waaa...)

5.50ptg

gabra. penat melilau cari tempat parking. jumpa cold storage. beli air mineral, jenama apa ntah (nak isi air kat enjin kereta je).. masa nak bayar, nampak lelaki melayu baya 40-an pegang botol arak dengan takut2. masa dia nak bayar, punya cover line takut org nampak dia beli air setan tu.. Astaghfirullah.. berani terang-terangan kat pasaraya. dia minta surat kabar kat cashier, balut AIR SETAN tu, baru masuk plastik. aku pernah gak tengok org balut barang lepas beli ..biasanya pompuan beli tuala wanita aje.. dunia hampir kiamat!

6.05ptg

sampai tempat parking, tak jumpa plak kereta.. muka dah cover, takut org tahu aku tak ingat parking kat mana padahal baju dah basah, berpeluh gabra, takut, cuak dan macam2 perasaan lain. naik balik escalator. cari balik kedai2 yang aku jumpa masa dtg. Alhamdulillah, jumpa.

buka boot depan, muka selamba, masukkan air dalam coolant (ntah apa namanya). pastu rasa nak jirus aje satu boot tu, bagi sejuk.. kang orang kata buang tebiat plak, tak pernah dibuat orang. doa2 harap hujan le kat luar. risau, sebab time orang balik keje ni, jam.. alamat lambat sampai umah.

6.15ptg

bawa keter, sambil jeling2 temperature. rilek..rilek. alamak..kereta banyak plak. kereta kena perlahan. nak sampai kat tol, temperature naik balik. waa... enjin bunyi kuat. waa.. nak meletup ke kereta ni. kaki dah menggeletar. cari tepon.. tepon ibu. ala.. tak angkat lak.. tepon lagi sekali.. tak angkat gak. tepon akak, bgtau pasal kereta. dia suruh parking tepi lepas tol.waaa.. dah pukul 6.30. tak solat asar lagi.

6.40ptg

tepon ibu, suruh datang. ada amoi cina tegur. tanya apa jadi ngan kereta, rupanya kereta dia pun problem.. takde minyak. kereta dia parking jauh 100m dari keter aku. aku melangut tengok langit.. kira kereta.. sambil tunggu ibu dtg.

7.15ptg

ibu dtg ngan ayah. cek air enjin semua ok. tepon AAM. katanya sejam lebih lagi dia dtg. waa..

8.00mlm

apa keje AAM sampai tak dtg2 lagi ni..tido ke? ayah bawa kereta ke caltex depan sikit.. sebab nak solat maghrib. aku pun gi solat maghrib. (abis burn solat asar..astaghfirullah..)

8.30mlm

AAM dtg tarik kereta. lega. akhirnya sampai ke rumah.

9.30mlm

lepas solat isyak ngan qado solat asar, makan sikit.. badan dah letih betul.. pakcik dtg pun aku dah tak sedar. tido bilik ibu sebab tetamu ramai yg datang.. dan FIKIR UNTUK ESOK.. APA NAK JADI PULAAAKK..

Wednesday, January 7, 2009

Camne nak tanya pelajar..?

Minggu depan, aku dah nak exam. esok dah start ujian akhir satu subjek.. Subjek Kaedah Mengajar. 30 soalan objektif. Tak baca pun lagi, tapi kat sini nak kongsi sedikit ilmu yang aku baca untuk final, khas untuk para pendidik sekalian.

PRINSIP MENYEDIA DAN MENGGUNAKAN SOALAN


¡ Aras soalan harus sesuai dengan latar belakang murid – peringkat umur, kebolehan, pengalaman

¡ Soalan harus dirancang sebelum mengajar

¡ Perkataan, istilah dan intonasi harus mudah difahami oleh murid

¡ Pelbagaikan soalan dari masa ke masa bagi menarik minat

¡ Soalan harus boleh mendorong murid berfikir

¡ Soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas

¡ Ikut tertib/prosedur penyoalan iaitu guru mengemukakan solan, berhenti sebentar (memberi masa murid berfikir), guru menyebut nama sebelum murid tersebut menjawab.

¡ Tujukan soalan kepada seluruh kelas dengan jelas dan lantang (bukan segelintir murid cerdas) dan pastikan semua mendengar dan memahami kehendak soalan. Kemudian tujukan soalan kepada sesaorang murid.

¡ Guru boleh mengulangi soalan jika ada murid yang tidak dengar/faham.

¡ Guru boleh meminta murid lain menambah jawapan atau membetulkan jawapan yang salah atau kurang tepat

¡ Sebut nama murid ketika menyoal. Jangan menyoal secara umum

¡ Elakkan jawapan yang diberi secara beramai-ramai

¡ Beri pujian jika jawapan betul dan bernas dan betulkan jawapan yang salah/kurang tepat