Monday, June 29, 2009

Balik kg ..Musim durian - Part 1

Ahad lepas, hubby ajak balik kg tokngah dia kat maran.. makan durian, dan buah-buahan tempatan.. kebetulan, aku dah kembali mendapatkan LUMix ku.. wah, jadi photographer ajelah..

Banyak gambar yang di ambil.. yang ini Part 1 punya.. sebelum sampai kampung..kitorang berhenti breakfast dulu.. sorang 2 bungkus nasi lemak..restoren faveret yang terlalu ramai orang, tapi servis cepat.. sedap nasi lemaknya..
muka kekenyangan..abah dan afiq..ibu yang tembam..dah sampai destinasi.. durian, i'm coming..

ni baru Part 1.. banyak lagi gambar.. hehe

Saturday, June 27, 2009

Tudung for sale!(ala ariani)

am i serious to be an online businesswoman? no way! haha (dont laugh, i'm helping my cousin)
just suka-suka. ada rezki, dapat lebih. at least dapat pengalaman.

tudung yang ada terhad. semua lawa-lawa. ala-ala ariani. harga : RM65 sahaja.


ala ariani awning coklat, 3 warna (kod: a01)


ala ariani coklat abstrak (kod: a02)


ala ariani awning hitam 3 warna (kod: a03)


ala ariani hitam putih (kod: a04)


ala ariani kuning hitam (kod: a05)

soryla. ada 5 je dulu. test market. special price to jkepolisas staf and polisas staf. (bayar dapat gaji nanti)how to order:

cepat..cepat.. TERHAD! boleh booking (booking will expire in 2 days if no payment received)

Wednesday, June 24, 2009

ogtt lagi

aku kena ogtt (minum air gula utk cek kencing manis) lagi hari ni.
datang kul 8, amik darah sebelum minum air gula tu kul 9
lama wei.
patutnya pukul 8 dah minum.
ni ada kul 11 baru boleh makan.
nak pitam rasanya.

silapnya bukan aku.
si nurse minggu lepas tu tak tahu yg hari ni, takleh buat ogtt
tak pasal2 aku yang suffer.
si nurse minggu ni (si nurse minggu ni dengan si nurse minggu lepas orang yang berbeza) tak prepare untuk sapa2 buat ogtt.

kes aku, dah lah kena berpuasa over time
pastu, si nurse minggu ni bebel kat aku
pasal silapnya si nurse minggu lepas.
aku yang nak pitam dah ni..
kena dengar (ade ke patut.. tak patut)

ada tambahan cite.
aku pun ada buat silap hari ni
lupa nak 'mencalit' jadual gerak baby.
wa.. bukan dah si nurse hari ni bebel kat aku..
si doktor hari ni..si pembantu nurse hari ni pun..
BEBEL.

aku yang nak pitam..rasa lebih baik aku pitam aje dari tadi.

p/s: tema entri hari ini: pitam kena bebel (padahal tak pitam pun)

Thursday, June 18, 2009

Berjaya..

Debaran jadi instruktor kursus telah berakhir.. lega. terima kasih kepada semua peserta. komitmen yang diberi sangat mengagumkan.

sesi presentation menampilkan bakat-bakat programmer yang terpendam. presentation berjalan dengan penuh ceria, setiap kumpulan sedaya mungkin ingin menampilkan yang terbaik, tak kira yang junior ataupun yang senior..yang seorang satu kumpulan ataupun yang bertiga.

aku cukup terharu dengan komitmen semua. tapi yang paling melegakan, its over! ok, baby dalam perut.. boleh dah keluar..hehe

so, as promised.. aku akan announce peserta projek terbaik dan upload projek-projek mereka di blog.

tapi sebelum tu, aku kena siapkan tutorial online, upload nota database dan dapatkan gambar2 kursus dari kak ana. barulah ceria blogku.tapi bukan blog yang ini, blog aku pasal VB.

http://kursusvb2009.blogspot.com/

actually, aku pernah buat satu blog pendidikan pasal c++ (basic aje) dengan harapan student aku dapat buat rujukan..tapi, masalahnya takde sambutan. tapi ada satu ketika, ada satu institusi mana ntah minta kebenaran nak letak alamat blogku (yang c++) tu di blognya, sebagai rujukan pelajarnya. peh, bangga gile. (kembang hidung tak hengat).

so, blog untuk VB ni pun aku saje buat sebagai hobi, memandangkan tutorial pasal asas dalam VB ni, tak banyak rujukan dalam bahasa ibunda.. maybe akan datang boleh jadi rujukan seseorang.. (sapa tu?ntah le..perasan je lebeh)

majulah VB untuk negara.



p/s hari ni kena dinner sandwich, timbal balik makan ikan bakar sampai 40hinggit semalam.

Wednesday, June 17, 2009

citer pagi..

today is the 3rd day of the course.
tak sabar nak habis.. its really challenging, whereby semua peserta menunjukkan komitmen yang mengagumkan (menakutkan bagiku sebenarnya..)

pagi yang hening macam biasa, afiq akan menangis.. tanak pegi ke taskanya. ntah kenapa ntah. aku malas nak layan. tapi hari ni ada plak polis trafik buat road block depan poli ni, tak survey ke yang student tengah bercuti? afiq tak jadi nangis sebab nampak polis.

lagu kat radio pun, keluar lagu fav aku.. lagu yuna. fav afiq gak. dia suka dengar lagu tu, sampaikan kalau aku nyanyi lagu tu.. dia akan ckp:

"ibu takyah nyanyi, biar afiq je nyanyi.."

hehe.. oh anak ibu..

oklah, going to free breakfast before the last session of the course..
moga berjalan baik hingga akhirnya.. ameen..

Monday, June 15, 2009

Kursus..


tomorrow will be the day. debar.

first time bagi kursus ni.. selagi tak bagi kursus, selagi tu rasa tak abis-abis nak prepare. iyela.. yang attend kursus ada yang senior dan ada dah pernah mengajar pasal VB ni.. but, its ok.. take experiences. bila lagi ek.

blog untuk kursus ni.. http://kursusvb2009.blogspot.com

actually, content untuk blog ni tak sepenuhnya siap, tapi sapa-sapa yang berminat nak download nota kursus are most welcomed.
wish me luck.

Ya Allah, moga urusanku ini dipermudahkan.

Sunday, June 14, 2009

hari ni tak sama dengan isnin minggu lepas

hari ni budak2 sekolah kembali menyambung persekolahan
my hubby yang dah melepak di rumah selama 2 minggu (jeles wo), kembali bekerja

jalan kembali bz dengan kenderaan bersimpang siur, mak ayah hantar anak ke sekolah. aku pun tak terkecuali menghantar adik iparku ke sekolah. hari ni tak sama dengan isnin minggu lepas.

hari ni aku kena keluar 7 suku, minggu lepas 7.40pg pun sempat sampai ofis

rupa-rupanya, aku pun akan join mak ayah yang lain untuk menghantar anak ku ke sekolah tak lama lagi (setahun dua je lagi). wah, anak aku dah nak sekolah rupanya.. kena la belajar bangun lebih awal, buat breakfast untuk anak.

maka, bertambah lagi ilmu pengurusan rumahtangga untuk wanita bekerjaya yang perlu aku timba. tak semudah yang disangka. masa aku kecik, selalu merungut ibuku tak sempat buat breakfast, itu dan ini. mana nak sempat.. adik beradik ku 6 orang, lahir selang setahun.. sampai serentak 4 orang sekali nak ke sekolah..

sekarang dah jadi ibu, baru aku sedar..

apapun, am i should be mentally prepared? of course.

Saturday, June 13, 2009

Menjelang 36 weeks of pregnant..

dah nak masuk 36 weeks rupanya. kalau di convert ke bulan, dah nak masuk 9 bulan..

so, preparation for me to labour ngan tuk my new baby pun kena dah ada.
aku pun dah beli barang untuk baby sikit2..

pakaian2nya..
  • baju lengan pendek dan panjang
  • bootie dan mitten (sarung tangan dan kaki)
  • lampin (ada yang lama)
  • pampers new born
  • sabun, syampoo, bedak, lotion
  • barut (yang ni ada yang tak cukup)

nursing preparation (berazam untuk susukan anak eksklusif )
  • breast pump (beli baru)
  • breast pad
  • tempat simpan susu lepas perah

lain-lain (part yang mahal2)
  • baby cot
  • baby car seat
  • walker
*semua guna afiq punya - recycle

ada benda tak setel lagi..
  • GL tak buat lagi

apa lagi ek.. tak ingat la nak prepare apa lagi.. anyway, tak sabar nak tunggu baby ni keluar. afiq akan dapat adik tak lama lagi.. jangan dia keluar minggu depan plak, aku kena bagi kursus kat ofis aku.. wish me luck.

Wednesday, June 10, 2009

Alfatihah..

pukul 1.00 tghari lebih semalam, aku dapat panggilan dari ibu..

"Alang, maklang dah takde.. maklang dah meninggal ..lang"

Ya Allah, meraung aku lepas tu. kesedihan menyelubungi aku, blank. Maklang, ibu saudara aku yang paling rapat.. kembali ke rahmatullah. Dengan tak malunya.. aku menangis tersedu-sedu di meja ofis ku.. menahan sedih.

Maklang yang jaga kitorang adik beradik masa kitorang kecik. ibu kerja, kitorang tinggal dengan maklang. itu yang jadi aku sayang kat maklang aku macam ibu aku sendiri.

rupanya ada hikmah aku berjumpa dia untuk kali yang terakhir isnin lepas. aku tengok dia lain macam je. mulut dia mengerang macam sakit.. tapi dia masih boleh bangun, berdiri berjalan dan buat kerja sikit2. aku tak pernah tengok dia menung aje kat tingkap, letak dahi di lengan.. berdiri lama kat tingkap. rupanya tanda dia akan pegi selamanya.. (Ya Allah, sedihnya)

aku pernah buat satu post khas pasal dia April lepas.. aku nak sangat 'paste' post tu kat sini.. sbb aku sayang kat dia. tak dapat nak cium pipi dia untuk kali terakhir.. huhu



"maklang adalah kakak kepada ibu ku.. umur dia 58tahun dah. sorang. takda suami dan anak. ni serba sedikit cerita hidupnya yang sayu. dulu, maklang ku andartu. sebelum dia kawen, dia duduk ngan ibuku, jaga kami adik beradik. masa dia jaga kami, akulah anak sedara kesayangan dia. kalau abang aku kacau aku, maklang aku marah dia.. kalau aku kacau adik aku pun, bukan aku yang kena marah. kalau aku nak aiskrim ke, nak coklat ke.. mesti dapat. adik beradik aku yang lain minta, tak dapat pun. hehe. umur dia dalam lingkungan 40-an, baru dapat kawen ngan seorang duda kematian istri. bahagia. mereka sempat menunaikan haji bersama sebelum pakcik aku tu kena strok. selepas dia kena strok..maklang aku yang uruskan. angkat, mandikan, bersihkan sisa kumbahan dan sebagainya.
anak-anak tiri dia tak amik tahu pun, sampaikan bilik yang maklang aku duduk dirumah anak tirinya pun, diorang bagi sebelah dapur. kesian je. masa pakcik aku tenat, maklangku setia menjaganya sehingga disaat akhir hayatnya, anak-anak tiri dia bleh pergi bercuti meninggalkan maklangku berdua dirumah bersama pakcikku yang tenat. maklangku pernah pesan agar tak payah pergi sebab ayah diorang tenat..tapi diorang stil pergi. ditakdirkan, pakcikku meninggal ketika mereka bercuti. maklang ku juga yang menguruskan jenazahnya seorang. kami, sedara mara datang menolong..sedih melihat nasib maklang.


selepas pakcik meninggal, anak-anak tiri maklang tak kasi dia duduk kat rumah tu lagi. diorang kata maklang nak amik harta ayah diorang, padahal harta pun tak seberapa sebab pakcik hanya kerja kebun je. maklang pun tinggal ngan nenek. walaupun, segala yang anak tiri dia buat kat dia.. dia still ingat kat diorang. aku ingat satu hari tu.. dia minta aku drive dia ke rumah anak-anak tiri dia.. nak jenguk diorang. sedih wei. lepas dia duduk ngan nenek, dia plak kena jaga nenek. nenek pun dah tak berapa sihat, dan banyak kerenah..maklang aku sabar aje. dia still angkat nenek, mandikan..jagakan nenek. sampai dia tanak gi mana-mana sebab risau takde sapa nak jaga nenek. kesian dia. ibu aku selalu pesan.. jangan lupa belikan apa-apa kat maklang sebab dia takde anak nak ingat kat dia.. aku patut care dia cam anak dia sendiri. (argh..air mata dah bergenang ni..isk..isk)

rabu minggu lepas, dia admitted kat hospital sg buloh. sebab darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. dia tak makan ubat. alang-alang aku kat KL, aku pun jenguk dia. masa lawat dia tu, ada sesuatu yang sangat menyentuh perasaan aku..rasa nak nangis. doktor datang nak periksa dia. dia tanya ibu aku..aku ni ANAK DIA ke? ibu aku jawab.. tak, she's my daughter..dia takde anak .. (air mata dah jatuh ni..huhu). aku sedih sangat. tapi tak sampai nangis kat situ la. cover. takdelah aku nak bg maklang aku sedih. Ya Allah, berilah kesejahteraan kepada maklangku yang aku sayang. Golongkan dia di kalangan orang yang Kau sayang.. "

Ya Allah, cucuri lah roh maklang ku.. aku sayang dia.


maklang (baju hijau)

Friday, June 5, 2009

nurse cadangkan..


minggu ni dah masuk minggu ke 34 aku mengandung. maksudnya, tinggal 6 minggu lagi nak bersalin. tak sabarnya.

persiapan untuk menerima cahaya mata baru dah bermula. baby cot yang lama bersarang kat stor, aku dah bersihkan, masukkan dalam master bedroom. cadar baby dan tilamnya aku dah bersihkan, cuma baju afiq yang kecik dulu tak basuh lagi.

sekarang dah kena ke klinik 2 minggu sekali. hari rabu lepas, aku kena ke klinik lagi. kena test urin, perut dan rutin2 lain. test urin hari tu, keputusannya tak memuaskan. nurse kata aku jarang minum air masak (memang pun). rasa nak kembung minum air masak. biasanya aku tambah kordial dalam air tu sikit, biar ada rasa.

nurse cadangkan aku rebus air barli. aku pun cari2 khasiat barli kat internet.. apa ek? jumpa laman web ..> http://www.healthmad.com/Nutrition/Nutritional-Benefits-of-Barley.340785

khasiat barli:

  • Barley is a very good source of fiber and
    selenium, good source of phosphorus, copper and manganese.

  • Selenium is found in very small quantities in our body. It is helpful in preserving the elasticity of our skin by protecting it against free radical damage. It protects the heart, immune system, pancreas and elasticity of tissues. Its deficiency may result to cancer of the skin, prostate, colon, stomach, liver and breast.

  • Phosphorus is essential for healthy bone and tooth formation, cell
    growth, proper kidney function and contraction of the heart muscles.

  • Copper helps in forming hemoglobin and red blood cells. The disease with early sign of copper deficiency is osteoporosis. Note though that high amounts of zinc or
    vitamin C reduces copper levels in the body.

  • Manganese works with the entire B-complex vitamins in order to give us
    an overall feeling of well-being. It is essential for normal bone production,
    energy and iron deficiency anemia. Small amounts are needed for protein, fat
    metabolism, healthy nerve and immune system function and body regulation of
    blood sugar.

  • Barley decreases the risk of colon cancer and hemorrhoids. Its dietary
    fiber also provides food for the "friendly" bacteria in the large intestines.
    These bacteria are helpful in achieving a healthy liver and muscles. Also,
    barley's insoluble fiber produces propionic acid. This acid helps in
    lowering
    blood cholesterol levels.
  • p/s : pagi ni,breakfast nasi lemak.. first time buat sendiri.. sedap2

    Thursday, June 4, 2009

    broadband dan bisnes..(B&B)

    sejak ada broadband ni, rutin aku, afiq dan hubby nampaknya sedikit berbeza. mungkin untuk awal2 ni.. semangat sebab ada broadband. aku memang seorang yang cenderung kepada benda2 internet ni. bezanya selepas ada broadband:
    • aku lebih gemar memakai headphone berbanding sebelum ni (sebab aku bleh buka music dan movie online bila rasa bosan.. ops, bila rasa bosan je ke?haha
    • tv dah semakin jarang dibuka, sebab afiq pun tengok play house disney online
    • lebih lepak atas katil dari sofa ruang tamu
    ada lagi.

    tadi aku gi survey movie korea, jepun online kat http://aznv.tv , saje je.. aku bukan peminat movie2 jepun dan korea, my hubby actually. tapi, tertarik dengan drama bersiri komedi .. GOKUSEN.. dan start menontonnya. haha. best giler.

    silapnya.. aku dah terbagitau kat hubby (yang sekarang sedang bercuti sekolah) pasal citer tu.. dan akibatnya, sehingga sekarang (dah pukul 12.45 pagi) dia masih melayan cerita tu menggunakan broadband dia. huhu. aku dah agak dah. malam ni, confirm dia akan habiskan lebih dari 10 episod cerita tu. dah kenal dah dia..


    aku dah menghalaunya keluar dari bilik, sbb dia akan mempengaruhi aku (yang sedang menahan keinginan untuk join dia).. masalahnya, esok keje..waa! patutnya tak payah bgtau dia. jelea ar!

    ------------------------------------------------------------------------------

    pasal bisnes lak.

    actually, aku pernah try untuk menolong kakak sepupu aku untuk jual kain(pernah diceritakan dalam post terdahulu).. first try berbisnes yang agak lembab.

    pastu, kakak sepupu aku ada minta promote kan tudung lak. dia bagi masa seminggu untuk aku jual. tak kira lah berapa laku, dia tak kisah. aku yang takde pengalaman untuk berbisnes, membuat persiapan rapi.. sebelum bawa tudung2 tu ke ofis. persediaannya:


    • beli plastik bungkus (karang kalau orang beli sehelai, nak kena bungkus.. )
    • beli sticker untuk letak harga kat tudung.
    • menyelongkar stor, mencari cermin kecik untuk bawa sekali.. (karang kalau orang try tudung, mesti kena tengok cermin)
    • buat KATALOG. aku pegi susun tudung tu atas lantai, amik gambar, pastu letak harga. (mula2 nak minta hubby amik gambar aku.. ala2 model la [perasan..] , masalahnya muka tak komersil)
    sampai pukul 3 pagi tu.. aku buat semua tu, lebih teruk dari orang nak exam. anyway, aku berjaya gak la sikit. kui..kui.. terjual lebih dari 5 helai. ok wat?


    anyway, sebelum aku puas menjual.. kakak sepupu aku dah pesan minta poskan baki tudung2 tu esok. dia nak rolling stok dia tu.

    jauh dari sudut hati, rasa macam dah terbit serba sikit minat nak berniaga. its an advnture things i ever done. lagi advnture dari jungle tracking. tak mustahil aku akan jadi part-time businesswomen yang berjaya. haha (daydreaming). go.. ida.. go..

    takpelah. bisnes kain..pastu broadband..pastu tudung.. lepas ni nak try apa ek?

    its one oclock, chow, nak tido..esok keje. ida..berusaha!!




    ~simple katalog yang aku berusaha buat sendiri~

    ~model-to-be yang tak menjadi~

    Tuesday, June 2, 2009

    broadband tiba.

    malam ni, broadband baru tiba.. bersama dengan 22 unit yang lain (untuk kengkawan di jabatan yang meng'order')

    plug n play, automatic install.. tak payah guna CD.

    aku pun kena try setup dulu, sebelum kengkawan aku yang lain guna. esok, mesti ada yang tertanya2 camne nak guna.. aku try aku punya dulu.

    fuh, puas hati la. laju gaks.

    actually, aku tak berapa sihat pun dua tiga hari ni.. rasa macam nak demam. sakit tekak. tapi abaikan aje.. kat ofis pun, student dah bercuti. takde keje yang teruk pun aku kena buat. dengan tibanya broadband ni, 'bertanduk' la aku dengan perancangan yang ntahapahapantah.

    anyway, bahan untuk kursus VB aku kena setelkan dulu. no problem..

    ok, kengkawan yang ada order broadband.. here they come.. enjoy urself.