Tuesday, March 24, 2009

minum air gula

hari ini aku kena gi klinik sebab kena minum air gula. scientifik namanya MOGTT..untuk cek adakah aku ada penyakit kencing manis, sebab beratku bertambah sebanyak 4.5 kg dalam masa sebulan(kalau penimbang kat klinik tu tak rosak la.. iye ke tak rosak?). bulan lepas beratku 50.5kg, bulan ni 55kg. haha!

aku tahu kenapa beratku bertambah. berikut adalah sebabnya:
  • setiap 2 jam, aku mesti lapar.. dan yang pasti aku akan cari nasi untuk makan
  • setiap hari aku akan membelek koleksi majalah RASA untuk cuba resepi baru
  • aku dah cuba lebih dari 3 resepi dalam majalah setakat sebulan
  • a few days sebelum pegi cek, aku buat puding gula hangus (ada pada post terdahulu) sebanyak 2 kali
  • sehari aku mesti makan 6 kali, kalau tak aku lapar dan akan pergi cari makanan juga
  • setiap hari lepas makan malam, aku akan mengantuk dan tido pukul 8 malam, sebelum bangun 2 pagi untuk solat isyak
  • rasa macam tanak makan nasi, tapi aku makan roti sampai 1 buku (jgn terkejut, aku pun tak caya!)
semua ni tak berlaku pada aku sebelum mengandung.. dan aku memang jenis susah nak makan, itu yang beratku maintain 44kg kalau tak mengandung (underweight) walau aku makan banyak mana pun, dan walau lepas bersalin anak pertama.

apapun, aku pun nak citer sikit pasal minum air gula ni.. cari kat wikipedia, aku jumpa artikel pasal OGTT (oral glucose tolerance test) dan serba sikit pasal benda ni.

  • ia adalah ujian untuk mengukur secepat mana gula dalam badan hilang dalam badan, biasanya untuk test kencing manis
  • pesakit mesti berpuasa selama 8 - 14 jam sebelum (boleh minum air)
  • biasanya di test waktu pagi sebab paras glukosa pada tahap normal dan akan berkurang menjelang tengahari
  • lepas tu, sample darah pertama (zero time-baseline) diambil..then, kena minum air gula (yang teramat manis)lepas dua jam (puasa lagi,kali ni takleh minum apa2), sample darah kedua diambil
  • jika tiada masalah, sampel darah pertama mesti bawah 6.0 mmol/l dan sample kedua mesti bawah 7.8 mmol/l, kalau lebih, ia adalah simptom kencing manis.
  • tadi punya test, takde result lagi.. tapi aku pernah kena OGTT masa mengandung first dulu.. resultnya, 4.4 mmol/l untuk sample pertama, 6.3 mmol/l untuk yang kedua. (normal la tu)

langkah berhati-hati lepas ni.

  • makan nasi sekali sehari
  • kurangkan minum air berperisa dan manis
  • ganti puasa yang tinggal dulu (kalau larat, insyaAllah)

aku takut anak dalam kandungan lebih besar dari yang lepas. kalau dulu kena tunggu 9 jam dalam labour room bila nak bersalin, kalau lebih besar lagi, tak tahulah berapa jam plak dan berapa jahitan lak yang kena.. wah, ngerinya.

anyway, kena tunggu 22 april untuk appointment seterusnya.

2 comments:

Unknown said...

ooohh...begitu? aku belum pernah diminta untuk buat OGTT ni, Ida.

semoga semuanya baik-baik sahaja.

a said...

doa-doa lah tak kena.. sebab punya lah manis air gula tu, rasa nak muntah pun ada...sebab minum masa perut kosong.