Sunday, July 28, 2013

Kenapa saya suka Buku Resepi Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi?

Bila sekali dah update blog, terus rasa nak update lagi.

Kali ni saya nak review satu buku yang sangat saya menjadi teman saya di dapur. Sangat suka tau! Saya rasa ramai dah ada buku ni, terutama kaum ibu. Lagi-lagi menjelang bulan puasa ni, kat sini lah saya mencari idea untuk cari resepi.



Saya akui buku ini adalah hot-seller berdasarkan kepada ciri-cirinya yang menarik. Antara sebab kenapa saya suka buka ini adalah:

1. Resepinya adalah ringkas, mudah untuk dicuba. 

Resepinya yang banyak sehingga 365 jenis bukanlah resepi pelik-pelik yang mana bahannya mudah dicari, dan biasa ada di setiap dapur. Kita akan termotivasi untuk masak sebab mudah dan ringkas. Ibu-ibu berkerjaya macam saya ni, memanglah nak resepi mudah dan senang tetapi sedap. Asalkan, dalam masa yang ringkas, pelbagai juadah dapat disediakan.


2. Sukatan yang digunakan dalam resepi adalah mudah.

Sukatan yang digunakan tak perlu ditimbang bagai. Gram dan kilogram jarang digunakan, malahan penulis menggunakan sukatan cawan. Mudah dan senang diikut terutama manisan-manisan serta kuih-muih untuk minum petang yang menyelerakan.


3. Di bahagi ikut bahan mentah. 

Resepi yang dibuat dibahagi ikut bahan mentah, contoh ayam, daging, telur, ikan. Kalau kita nak masak ikan,  penulis dah kumpulkan satu tempat resepi tentang ikan sahaja. Kalau nak masak ayam dan kambing, resepi-resepinya semua dah tersedia satu tempat, tak payah belek satu-satu.


4. "Gerenti Jadi"..

Term ini ada di tulis di depan kulit buku resepi ini. Ini memang ayat marketing dan magic yang saya rasa paling MENARIK perhatian pembeli. Fuh! Gerenti jadik? Ye ke? 

Sejujurnya, saya boleh kata ayat itu memang betul sepanjang pengalaman mencuba beberapa resepi dalam tu. Paling tidak mengecewakan bila saya try buat muffin coklat pisang, anak saya balun sampai kata:

 "Ibu, nanti ibu buat lagi ye!" 

Hati ibu berbunga-bunga nakk. First time buat muffin ikut resepi (biasanya pakai tepung sedia bancuh tu), dapat pujian lagi. Ngeh. Ngeh.

Memang best la buku ni, tetiba terasa nak buat entri khas tentang buku ni. Salah satu sebabnya, selama ni buat tomyam main hentam aje, rupanya bila tengok resepi dalam buku cara masak tomyam, baru ku tahu kenapa rasa tomyamku macam kureng aje selama ini.

Buku yang sangat membantu ibu-ibu yang tak cukup masa mencari resepi biasa-biasa untuk memenuhi hidangan keluarga. Eceh!.

~ entri tiada dapat komisyen dari pihak penulis pun, rasa best nak share kat semua. Peace.

Saturday, July 27, 2013

Misi Beli Baju Raya

Sudah bersawang blog saya yang satu ni.
Dah lama tak update. 

Takpe. kali ni saya terasa rajin nak update. 
Hari ni saya dan 4 hero menjejak kaki ke SACC Mall di Shah Alam. Misi kami adalah mencari baju melayu untuk hari raya yang bakal menjelma kurang dari 2 minggu lagi. Ya, sejak tahun lepas, kami dah malas nak tempah. Nampaknya baju melayu siap lebih murah dari menempah. Cuma nak kena cari sampai 4 set sama kaler tu yang mencabar sikit. Untuk afiq, arif, abid dan abah diorang. Saya tak kisah, kaler baju saya pun flexible, en suami kena beli dulu..baru saya beli. saya tak cerewet mana pilih baju.

Atas nasihat kakak, kami keluar awal dari rumah ibu di sg buloh. Belum pukul 10 pg, kami dah jejak sana. Parking makin kurang, kereta pun makin banyak. Alhamdulillah, tak sampai 20 minit dah sampai sana ikut lebuh raya Guthrie. 

SACC Mall. *sumber gambar dari google
Misi kami taknak sampai berjam-jam di sana, memandangkan kami bawa 3 hero yang akan kepenatan menjelang beberapa jam shopping. Terus terjah gerai-gerai kecil dalam SACC Mall dan PKNS. Cari punya cari, dapat juga 4 set baju melayu kurang dari 2 jam berjalan. 

Di pendekkan cerita, lepas dapat baju Melayu diorang, encik suami bawa semua hero ke dalam kereta dan membiarkan saya gi cari baju sendiri. Disebabkan saya dah mencecah 7 bulan mengandung, pilihan yang ada hanya jubah.
kali ini dapat baju melayu cotton, biasa beli kali licin

Banyak tawaran jubah, tapi agak mengecewakan sebab trend terkini adalah jubah lycra. Saya sangat tidak gemar kerana ciri-ciri melekap di badan dan menampakkan apa yang tak patut. Akhirnya, saya jumpa satu jubah yang dibuat dari kain biasa, simple tapi harga tak sesimple baju. Huhu. 

jubah pilihan saya. simple. badan kain licin tebal biasa, tangan aje dari lycra

Menjelang jam 1tghari, walaupun anak-anak telah mengamuk, tapi masih boleh dikawal. Misi berjaya, cuma tinggal misi mencari tudung. Harus mencari tudung corak-corak bagi imbangkan jubah yang dah plain ini. Misi mencari boleh consider yang online kot. hehe.

Tuesday, July 2, 2013

Cara elak anak kena kuning, amalan ketika mengandung dan selepas bersalin

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.



UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=550809768290196&set=a.240432069327969.53824.240423809328795&type=1&theater