Monday, February 20, 2012

abid tak sihat

Saya menaip entri ini dari wad kanak-kanak hospital jengka guna android. Kenapa ye di sini? Menemani anakanda yg kurang sihat.. Anakanda bongsu,Abid.


Abid mengalami cirit birit dan muntah beberapa kali sehari sblum kena admit wad. Hampir 6 kali, dgn keadaan yg sangat banyak. Saya sedang bercuti hari minggu di rumah mak mertua di jengka, dan terus kami bawa dia ke emergency, sbb waktu hujung minggu. Taklah series sangat pun, sbb abid boleh main mcm biasa. Cuma wabak rotavirus yg menular sekarang ni, risau juga. Tak salah kalau nak cek.


Doktor tak pastikan lg ia adalah rotavirus. Simptom je ada. Hari ni masuk hari ke 4, air drip masuk ke badan abid masuk botol ke 5. Hari ni bertambah ok. Hari ke 2, abid dah tak muntah. Cirit 8 kali. Hari ke 3, cirit cuma 2 kali. Hari ni tak tahu lg..


Sebenarnya abid baru baik penyakit kaki tangan mulut. Semalam, doktor detect penyakit dia ada lg, ada ulser pada mulutnya lg. Terus kena kuarantin, masuk bilik lain, jauuuhh nun dari org lain. Aduhai, bila boleh pulang ni?..


Takpelah, biarlah lama pun saya di sini, semoga abid betul2 sihat. Ya Allah, sembuhkanlah abid dari penyakit ini, ameen.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, February 8, 2012

menghasilkan beg pertama.

 blog ini sepi seketika. ini kerana terjumpa hasil beg cantik oleh Ida yang sangat mengujakan. Akhirnya, hasil siasatan saya menjumpai link group ini..

https://www.facebook.com/groups/1hari1produk/

secara ringkasnya ia adalah link untuk sama-sama belajar membuat kraf dan beg. "Sew Along" namanya. Apabila telah menjebak kan diri, saya pun tekad untuk mencuba membuat beg. Menjahit bersama rakan satu group dan diberi due date. Sungguh mengujakan. Apabila ada yang sudah siap, mereka akan upload gambar beg mereka di group. Pembakar semangat, perkongsian idea.

Hebat!

dan hasil tidur lewat sehingga 3 pagi (wajib tunggu 3A tidur dulu) selama 2 hari membuahkan hasil. Tara... SQUARE BAG.




as a beginner, menghasilkan beg ini tidak semudah yang disangka. Lining sudah siap dijahit, lepas tu terbalik. Kena Tetas balik pada jam 2 PAGI. Padan Muka. Sebab nak cepat siap punya pasal.

Tutorial yang dirujuk adalah:

http://madquilter.blogspot.com/2009/11/charm-square-jewel-shaped-bag-free.html

Tutorial step by step! Mudah. semua orang boleh cuba buat.
Saya sudah addicted ni, Camne Ida and Mcna? hehe