Monday, December 26, 2011

mungkinkah cabaran pertama?


Semalam, aku terjumpa alat test blood pressure kat umah mak mertua. Aku suggest kat husband utk test blood pressure dia,sbb ada sekali dua blood pressure dia tinggi sket. Biasalah.. Exercise kurang, makan pun tak berapa nak kawal. Tengok result.. Rupanya normal.

Lepas tu aku plak saje try. Jarang sgt try sbb biasanya normal. Badan pun rasa sihat je. Tapi, bila try.. Hoaa, tekanan darah rendah.(gambar di atas)

Tak percaya asalnya.. Test sampai 5 kali. Result masih sama. Sebelah atas mesti kurang 90.. Yang bawah kurang 60. Aduh. Tak sihat kah? Atau alat itu rosak? Tak mungkin rosak.. Suami test ok jer.

Fikiran sudah sedikit terganggu. Sikit je. Tak berapa nak risau, sbb badan masih rasa sihat,ceria dan semangat. Suami sempat bergurau ingatkan aku supaya tulis wasiat. Haruskah bergurau begitu?

Suami pula ada bagitau, mungkin aku suka tido lewat akhir-akhir ni. Betul juga, sejak 2 ke 3 minggu ni, memang aku sangat suka tido lewat. Biasanya, update blog jualan..masa audit hari tu tido kul 4 pagi. Paling awal tido pun, kul 1 pagi. Gemar stay up sbb nak meng' hobi' tanpa gangguan either baking, menjahit atau melayan bisnes.

Entri terdahulu dah cerita planning aku tahun depan,confirm lebih banyak stay-up terutama bila dah daftar master. Nampaknya, kesihatan juga harus diberi perhatian. Badan dah menjangkau umur tua, tak segak dan gagah macam dulu. Kalau aku sakit, kasihan 3 A. Aku mesti sihat sekurang2nyq demi mereka. Tak boleh selfish.

Tengok tu, buat entri baru pun dah jangkau kul 2 pagi. Kena undur diri dulu. Chow.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, December 25, 2011

my 2012 plan

Alhamdulillah. Allah telah memberi peluang untuk kita merasai nikmat masa. Kini 2012 kian menjelma. Apa ye perancangan kita untuk tahun baru nanti.
Aku sudah mencapai umur 30. Cepatnya masa berlalu. Untuk jangka masa panjang, aku merancang begini:

1. Menjelang umur 40, aku sudah bersedia ke tanah suci. Duit harus sudah cukup, kursus haji mesti dah pergi.
2. Menjelang umur aku 40, aku sudah ada PhD. Bila kira-kira balik, tahun depan aku daftar master, by 2015 abis master.. Terus sambung PhD. Abis umur 2021. Wah! Nampak macam bajet bagus. Hee.

Itu jangka masa panjang. For the next year, aku ada perancangan jangka pendek.

1. Daftar untuk master. Bersedia ke arah hidup yg lebih mencabar.
2. Publish satu paper atau buku. For sure, harus dalam bahasa inggeris.
3. Develop satu sistem using VB 2008 or 2010. Not familiar at all. Kena study.

As my mum, I should try to entertain my kids with:

1. Bake a moist chocolate cake. Dengan berjaya. Masih tidak berjaya.
2. Sew a set of their pyjamas. Dapat seluar tido pun dah cukup baik.

WAH.

Mampukah aku mencapai semua ni? Dah lebih dari super duper mum ni. Hoaa. Penting ada perancangan.
Ibadah jua harus diperbaiki. Namun, targetnya tidak patut di list kan di sini kot. Ingat-ingatkan diri sendiri sudaaa..

Oklah. Apa pula perancangan kalian. Harus lebih hebat dari aku yg perasan bagus ni.. Harap2 semangat aku tidak hangat2 najis ayam.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 24, 2011

Projek Menjahit


Sejak membeli mesin jahit itu, salah satu projek yang ingin sangat dilakukan adalah men'transform' kain-kain tudung dalam laci, (kain tudung square yang lama) kepada jenis instant. awning keras telah pun dibeli. 

Semangat ini telah membara sejak membeli satu buku "Cara Menjahit Tudung" yang tidak banyak membantu (biasalah buku org Malaysia, buat macam asalkan ada tulis buku, pikir untung je..::sigh::). Aku pun satu, tak cek kandungan dalam.. main beli je. Somehow, idea dah ada. dah boleh teka camne nak sambung / jahit kain selembar menjadi tudung. 

Maka, dengan menggunakan tudung instant sedia ada bersaiz M, aku pun tekap atas kain, dan memulakan proses memotong. Segalanya dibuat dengan cepat, ramai 'pembantu' nak tolong. 

Aku memang jenis tak sabar. semua benda nak jadi dengan cepat. tudung ni pun aku tak letak pengeras awning, niatnya nak jadikan macam tudung syria arab.

anyway.

Its done. Tanpa jahit tepi. semuanya hendak dijahit sembat sahaja. hee. burukss, sengetss, harus cuba lagi. :)

suka sangat dengan hasil. selepas mendapat hasilnya, i just realize something. patutlah tudung instant tak guna kain licin,biasa guna kain lycra atau denim. sebab SUSAH nak jahit. ke sebab aku ni beginner?

ok. harap-harap dalam cuba menukar berpuluh-puluh tudung lama menggunakan mesinku ini. dan.. harapnya aku boleh pakai semua tudung-tudung itu. jimat!

Wednesday, December 21, 2011

Sibuk sket.

Hai semua . (ada ke yg baca?.. hee)

this is just a short entri.
this week seems so hectic for me. My family came from selangor. I got asset's audit. 2 very important things to be entertained. really miss to update this lovely blog.

10 days left for my GA. the GA already packed to be give-away to the lucky one. Thanx to all which participated. You all make my day.

see u to the next entry.

Thursday, December 15, 2011

Kesian mereka.. mereka jua manusia.



I'm a fan of these two celebrity. Just read those post above. Kesian mereka. 

Sangat kasihan. dari Fake page Wardina, dia didakwa penyokong PAS dan membuat isu-isu politik yang bukan dari tuan punya badan itu sendiri. Ia sangat menganiaya. 

Fake page Heliza pula telah menggunakan nama selebriti ini untuk menjual tudung dan telekung dan barangan lain termasuk Hijab Heliza palsu. Mak aih. Tak elok la..

Mereka jua manusia biasa. Mereka ada family dan kehidupan sendiri. Kasihanilah mereka..

To kak dina and heliza, Bersabarlah. Allah tidak akan menguji andai kita tidak mampu menghadapinya. 

Wednesday, December 14, 2011

Berat komputer pertama : 1000kg!

I'm in a middle of preparing and updating notes for next week lecture.  History of computer.

Construction of the Z1 in the apartment of Zuse's parents


  • Komputer pertama di dunia di bina pada tahun 1936 oleh Konrad Zuse (jurutera awam German).
  • Beratnya adalah 1000kg dan ada 20 ribu parts.
  • Asal namanya adalah V1 (V untuk Versuchsmodell atau maksudnya "Model Eksperimen")
  • Tukar nama kepada Z1 sebab tak nak ada kaitan dengan nama roket tentera V1 (waktu tu la)
  • Guna enjin elektrik (kuasa 1kW) 

Cuba tengok komputer kita sekarang. Boleh angkat sebelah tangan je kan?

Motivasi kepada kita.
Berusahalah untuk menjadi yang terbaik di antara kita. Tak perlu memegang pangkat tinggi, cukuplah kita menjadi paling tinggi khidmat kepada org lain, membantu orang lain di kalangan komuniti kita dan sekaligus menyumbang saham akhirat yang besar

 Cuba bayangkan betapa orang seperti Zuse yang mencetus idea sehingga berapa ramai org kita kini mendapat keselesaan hasil dari ciptaan dia. Itulah MOTIVASI tertinggi seharusnya kita ada sebagai orang Islam untuk menempah saham bila kita tiada nanti. Ameen.

shirring or smocking

sangat teruja untuk share terutama kepada Ida dan Mcna

terjumpa tutorial step by step camne nak buat hujung lengan bergetah tu. best best.
tak sabar nak ada masa khusus untuk ber'hobi' ini.

*sila klik gambar untuk tengok tutorial.

p/s semua benda aku nak buat, yang mana satu yg nak jadik ni.. hee

Tuesday, December 13, 2011

terima kasih sebab sudi join GA..

Rujuk entri --> Jom Join GA

Aku telah melancarkan GA ku yang pertama. Hadiah ada 3 untuk 3 peserta yang bertuah. Sejak dilancarkan pada 10/12, sudah ada 16 orang yang telah menyertai. 14 orang dari comment, dan 2 dari email termasuk Nad (akak dah add awak tau!)

lega.

Alhamdulillah ada sambutan. Asalkan lebih dari 3, sudah cukup untuk memberi GA ini. Hadiah sangat cantik. Sepasang tudung dan brooch setiap orang. 3 Kaler. Pink, Hitam, Merah. 


terima kasih. 
terima kasih. 
terima kasih. 

Tarikh akhir: 31 disember 2011. pemenang akan diumumkan pada 1 januari 2012. Pemenang akan dipilih secara undian random.

Marilah jenguk-jenguk ye. 

Macamana nak baca spec alat ni?

Ada sapa2 tahu camne nak baca alat ni? Ada dua spesificasi alat.

1. Ac voltmeter (0-15/30/75v)

2. Ac voltmeter (0-7.5/15/3.0)


Yang mana satu anda teka betul? (mode:bengong)


Huwa. Aku sedang membuat pemeriksaan alat untuk audit aset di jabatan. Pening kepala, 20 lab nak kena cek. Technician 3 org dah takde. 1 je tinggal kalau boleh minta tolong.


Mesti kamu,kamu dan kamu tak tahu jawapan kat atas kan? Abaikan sahaja. Aku pun sedang mencari jawapan. Sekadar berkongsi situasi mencabar ini. Hee.


Mode: minggu penuh cabaran.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Parenting Tips.. sangat Best

Jatuh cinta dengan tips parenting dari dr Harlina ni. Aku nak copi-pes tiga daripadanya.

SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no.1 - Strive to be the best role model to your children. Make them proud of you first before you can expect them to make you proud. How about asking this question to your adolescent kids today : ` Have I ever made you proud, son/daughter?' Reflect on the answer, if you're gonna get one. 
*Cuba jadi contoh terbaik untuk anak-anak. Jadikan mereka sangat bangga dengan ibu bapanya sebelum kita nak mereka membuat sesuatu yang membanggakan. Apa kata kita cuba tanya anak remaja kita " Adakah ibu buat anak (bgla nama anak sendiri) bangga ngan ibu? Berusahalah untuk mendapatkan satu jawapan dari anak anda. 


SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no.2 - Display your commitment, affection and love for each other (as parents & couple) for your children to see. Put on your best smiles the moment you step into the house, no matter how bad things are at work. Make your home as the sanctuary & heaven on earth for the kids. Keep it warm & cozy with your prayers and unconditional love for everyone. 
Tunjukkan komitmen, tarikan dan kasih sayang anda sesama pasangan anda untuk anak-anak tengok. Senyumlah semanis mungkin pada saat anda melangkah masuk ke dalam rumah, tak kira betapa teruk kerja hari itu. Jadikanlah rumah sebagai syurga untuk anak-anak. Bina suasana mesra dan selesa serta kasih syang tidak berbelah bagi untuk semua. 


SURVIVAL TIPS FOR PARENTS : Tip no. 3 - Avoid degrading or talking bad about your spouse in front of the children. Remember, it is their father/mother you're complaining about. Don't try to win them over & make them go against your spouse. That's not win-lose, in fact, it is definitely a lose-lose! 
Elakkan berkata yang tidak baik serta merendah-rendahkan pasangan di depan anak. Ingat, itu adalah ibu/bapa mereka. Jangan cuba menghasut mereka untuk menyebelahi anda dan tidak menyukai pasangan anda. Ia bukan keadaan menang dan kalah, malahan keadaan kalah-kalah.

First time aku membaca parenting tips yang sangat brilliant ini. Wajarlah, kerana ia dari seorang doktor yang hebat. Nak baca lanjut :--> http://drhar.blogspot.com/2011/12/dr-harlinas-survival-tips-for-parents.html

Sunday, December 11, 2011

JOM join Giveaway


sila klik gambar untuk JOIN

Thursday, December 8, 2011

vitamins for me n them

Farmasi Voon di jalan Beserah memang terkenal di kalangan orang Kuantan (kot..) dgn harga super murah. Farmasi ni ramai org mcm supermarket. Tak putus org dtg.

I grab 1 vitamin utk 3A and another A, abah mereka, aku belikan Fish Oil. Fish Oil tu pun sebenarnya untuk diri sendiri. No intention to buy, tapi tak dpt mengawal pujukan salesgirl tu suruh beli. Diskaun dari RM45 ke RM 36. Berapa banyak kurang tu? ( alasan..)

Sangat baik untuk otak, lebih baik lg untuk wanita pregnant (ehem,aku tak terpregnant lg ye..). Wanita menyusu juga sgt baik(aku la tu).. Terutama yg kurang mkn ikan berbanding ayam.

Farmasi ni promote kad ahli, entitled utk diskaun. Habis RM5 lg. Hee.

P/s harap kosisten mkn vitamin..heee
Published with Blogger-droid v1.7.4

Segmen Followerku Nadiku oleh Manja


kalau nak join, klik banner atas ni.

nak tag 3 orang. 

tarikh akhir join : 11.12.11





Mari beli button sangat cutee..




my kak sepupu ada menjual button-button yang saaaaangat cute. boleh letak kat beg, letak kat tudung, tshirt and bags.. SANGAT CANTIK..

dan yang paling penting, HANDMADE punya. 

don't hesitate, lets GRAB it now!!

cuba klik link ni --> insyirah collection atau FB Busana Insyirah

berbaloi-baloi!

p/s: kak tini, komisyen lebih ek.. haha

Wednesday, December 7, 2011

Tak Boleh pakai Baby Wipe..

Mungkin bagi orang lain, sudah sangat fames rancangan ini.. Tapi, bagi aku yang perlu-berebut kalau nak tengok tv, dapat tengok sekali 2 kala pun dah rasa satu Hidayah Allah.

apa lagi kalau bukan " 30 minit bersama Ustaz Don"

Ini rasanya kali ke 3, aku dapat tengok rancangan ini. Kali pertama menerangkan tentang bagaimana menyucikan Najis Mukhaffah (Najis Ringan - Air kencing kanak-kanak lelaki yang menyusu sahaja).

Selama 30 tahun ni, dan sudah ada 3 anak, aku masih jahil dengan ilmu ini. Sekiranya air kencing terkena pakaian, boleh hanya disembur dengan renjisan air. tak perlu air mengalir. (oooo...) Dalam hati aku berdoa.. Ya Allah, berilah aku peluang untuk belajar bagaimana menguruskan air kencing kanak-kanak pula.

Allah Makbulkan.

Malam tadi, Ustaz Don membincangkan tentang Najis Mutawassitah. Salah Satunya adalah air kencing kanak-kanak. Najis Mutawassitah perlu disucikan dengan Air Mengalir. Sekiranya mahu menukar pampers, TIDAK SUCI jika hanya membersihkan dengan wipe tissue. Perlu mengalirkan dengan air mengalir.

Aduss.

Allah masih memberi ilmu kepada aku yang JAHIL ini. Cara membersihkan air kencing yang terkena dilantai juga ditunjukkan. OooOoo. Melopong sekejap melihat praktikal yang ditunjukkan. OK. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Apabila najis terkena pakaian atau badan kita, solat tidak sah. Mungkin sebab itu kita kurang menikmati solat, rasa berat dan tidak khusyuk.

Indahnya Islam. Cara Penyucian paling bersih adalah cara Islam, mari kita betulkan. Tinggalkan kesilapan lama, bina cara hidup baru.

mending the pants


Seluar afiq telah di'rabak' kan dengan sejenis binatang di rumah neneknya di KL. Oleh itu, dengan penuh keazaman, menggunakan alat baru, ibunya telah membetulkan dari begini..



kepada begini..



aiyak. 

Potong ikut suka. Nak kata seluar tiga-suku panjang, tak cukup pendek dipotong.. Nak kata seluar pendek, sudah senteng kakinya. Camno? 

abahnya kata mcm seluar pompuan. pakai je la.. 

WW - kes buli



Tuesday, December 6, 2011

hadiah beli sendiri..

macam sedih pula mendengar tajuk di atas. hehe. as promised, i'll reveal my hadiah-beli-sendiri untuk hari lahir yang ke 30. Tidak mahu menghampakan diri sendiri menunggu hadiah tak pasti dari sesiapa pun ( ayat merajuk kah?) ngeh ngeh.

takpe. yang penting, aku sudah puas hati. Sudah pun jenis tidak gemar orang mengungkit jika minta dibelikan, sangat suka jika hadiah yang diimpikan dibeli dari duit sendiri. Sudah menjangka, jika diminta dibelikan.. akan ditanya bila mahu diguna.. HAHA. Aku sedar salah satu penyakit yang sukar dikikis adalah Hangat-Hangat Najis Ayam.

Maksud?

Semua benda mahu dicuba, bila dah cuba dua tiga kali.. cepat boring. hik hik. Dulu pernah minat cross stitch, tak sempat siap satu frame pun. Ada yang dah siap 2-3 kuntum bunga, tapi tak tahu dah letak di mana. Lepas cross stitch, minat mengait. Sempat menyiapkan 1 beg kecik, tutorial online ntah berlambak di'save'. niatnya untuk dijadikan rujukan.. Last-last hampeh.

Maka, kali ini hobi apa pula menjadi mangsa. Menjahit. (Sila buat count berapa benda alah jahitan aku akan dapat siapkan ek?hee).

Dulu pernah membeli satu mesin jahir season dan antik.. condition still tip top. Malangnya tak sesuai untuk beginner macam aku.

mesin singer second hand

Dahlah beli second hand, si tokei kedai tunjuk cara menjahit macam aku dah expert. Last-last, jadi 'gajah putih' selama setahun dek tak tahu menahu camne nak operate. Let go kat kawan, rugi RM150.

So, kini.. kerana sedar diri masih tahap permulaan.. inilah mesin yang aku pilih. Tara..


Paling murah dan simple kat kedai itu. Beli di kedai Inai di simpang Hotel Green Leaf kuantan. Banyak mesin lagi canggih manggih diorang offer, siap bagi diskaun, tapi tidak mahu tersalah kira kali ini. Biarlah yang paling asas, asalkan ada hasilnya. eceh.

simple je. jahit lurus, zig zag dua tiga jenis, lubang butang.

Maka, bermula operasi menyelongkar kotak simpanan baju-baju lama.. mencari bahan untuk diuji-test-try-tengok. Berjumpa dengan sheer kain langsir sliding door lama pemberian ibu (kot..). Di bentangkan, dipotong dan diseterika tepinya untuk dijahit. Tujuannya, untuk dijadikan langsir pintu penutup kesepahan bilik. Hanya ada benang kuning untuk dicuba. Hantam sajalah, asalkan jadi.

mangsa pertama

Dan.. langsir itu berjaya digantung, keesokan harinya. Masih ada defect, sebab labuh tak sempat nak dibaiki. Meleret-leret. hee.

Dont expect much dari benda alah baru ini. Saje nak memenuhi ruang, yang penting dapat me'lekat'kan duit simpanan kwsp yang semakin susut. daripada tak tahu hilang ke mana kan? (alasan..)

kepala sudah terfikir apa projek mahu dibuat. Jangan panik, bukan yang besar-besar pun. Dua tiga projek yang harus dimulai dulu adalah:

- baiki seluar afiq yang terlebih labuh.
- Membetulkan getah kain baju kurung yang dah loose
- hmm. apa ye lagi?

Panjang pulak entri kali ini, Esok dah start keje selepas 5 hari cuti yang sangat seronok. Banyak kerja sedang menunggu.. tak sabar untuk dibereskan supaya balik ke rumah dapat 'bermain' dengan alat baru. (kalau 3A tidolah..).

p/s - Harus buat list, apa harus kita syukuri setiap saban hari.. Alhamdulillah.

pancake

Sebelum reveal my new bought-myself-birthday present, ni aku nak buat entri pasal makan lagi.

Sudah sangat lama nak try buat pancake, cuma main ingredientnya iaitu susu segar selalu lupa nak beli. Aku amik resipi banana pancake kat myresepi (lagi..).. dan ubahsuai sket. Ni resepi ubahsuainya..

Banana Pancake
Bahan:

1 cawan tepung gandum, 2 sudu besar baking powder
1 cwn susu segar
2 sudu besar gula halus
2 pisang dilecek
1 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu kecil garam

Cara: Masukkan semua bahan, kacau sehingga tiada ketul- ketulan. Untuk elak tepung berketul-ketul, elak gunakan susu segar sejuk. Biar dahulu pada suhu bilik sebelum dicampur. Masak atas non-stick pan. Boleh dimakan dgn madu.

Marilah mencuba. Sekali sekala tuka selera apa salahnya... Hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 5, 2011

sudah 30


jumaat lepas, usia aku sudah menginjak ke 3 series. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan rezeki. Berkahwin dengan suami mithali dan penyayang. Dikurnia 3 anak lelaki.. dan kerjaya yang baik. Aku bersyukur atas semua itu. Tak layak untuk meminta lebih lagi.


kebetulan pada tarikh itu, aku balik ke KL berjumpa ahli keluarga tercinta. sememangnya telah merancang untuk membuat sambutan hari lahir. Adik aku pula lahir pada 3 disember. Cuma, ada masalah sedikit. Adik tak dapat pulang ke rumah ibu kerana urusan kerja.. celebration perlu diasingkan. Kami pun singgah di secret recipe untuk membeli kek dan makan beramai-ramai. seronok!

apa perasaan setelah umur mencecah 30?

bersyukur.. bersyukur.. bersyukur. .. hehe. Mahu menjadi insan lebih baik. lebih ketaqwaan kepada Allah. dan lebih bersyukur.. 

Petang tadi, aku telah mendapatkan hadiah untuk diri sendiri. Sangat best. Dengan alat itu, aku dapat mengubahsuai langsir sliding door lama menjadi langsir untuk pintu bilik. Macam dah tahu ape bende?

i'll tell u all on next entry. tungguuuu..