Wednesday, December 7, 2011

Tak Boleh pakai Baby Wipe..

Mungkin bagi orang lain, sudah sangat fames rancangan ini.. Tapi, bagi aku yang perlu-berebut kalau nak tengok tv, dapat tengok sekali 2 kala pun dah rasa satu Hidayah Allah.

apa lagi kalau bukan " 30 minit bersama Ustaz Don"

Ini rasanya kali ke 3, aku dapat tengok rancangan ini. Kali pertama menerangkan tentang bagaimana menyucikan Najis Mukhaffah (Najis Ringan - Air kencing kanak-kanak lelaki yang menyusu sahaja).

Selama 30 tahun ni, dan sudah ada 3 anak, aku masih jahil dengan ilmu ini. Sekiranya air kencing terkena pakaian, boleh hanya disembur dengan renjisan air. tak perlu air mengalir. (oooo...) Dalam hati aku berdoa.. Ya Allah, berilah aku peluang untuk belajar bagaimana menguruskan air kencing kanak-kanak pula.

Allah Makbulkan.

Malam tadi, Ustaz Don membincangkan tentang Najis Mutawassitah. Salah Satunya adalah air kencing kanak-kanak. Najis Mutawassitah perlu disucikan dengan Air Mengalir. Sekiranya mahu menukar pampers, TIDAK SUCI jika hanya membersihkan dengan wipe tissue. Perlu mengalirkan dengan air mengalir.

Aduss.

Allah masih memberi ilmu kepada aku yang JAHIL ini. Cara membersihkan air kencing yang terkena dilantai juga ditunjukkan. OooOoo. Melopong sekejap melihat praktikal yang ditunjukkan. OK. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Apabila najis terkena pakaian atau badan kita, solat tidak sah. Mungkin sebab itu kita kurang menikmati solat, rasa berat dan tidak khusyuk.

Indahnya Islam. Cara Penyucian paling bersih adalah cara Islam, mari kita betulkan. Tinggalkan kesilapan lama, bina cara hidup baru.

2 comments:

Ida Iar said...

saya pun berpeluang tgk episod tu..sungguh banyak lagi yang jahil rupanya.

QasehnyaRania said...

Betul tu. dulu masa sekolah kita dah belajar tentang najis-najis dan cara penyuciannya, tapi kadang-kadang kita lupa...benda macam ni simple tapi tak diambil berat kan =)