Monday, November 30, 2009

ingat Tuhan selalu..

luv this song.



on d way dari sg buloh semalam, hubby buka IKIM, ada lagu ni. dah lama tak dengar. setiap kali dengar mesti bergenang air mata.

Oh, kerdilnya aku di sisiMu Tuhan.

p/s kalau la tetiba ajalku sampai..isk!

Sunday, November 29, 2009

what is ur blog post is all about..

dah lama tak update blog but still menjenguk blog kengkawan.

ada yang cerita pasal preparation nak kawen, menunggu saat kelahiran baby pertama(biasanya baby pertama je ibu2 excited cerita kat blog, dah 2 3 anak..tak sempat nak jenguk blog pun)..

ada yang cerita pasal pasangan masing2, ramai yang cerita pasal anak masing2..

still, very interesting to read.

what that i can conclude here, kita akan share everything yang sentiasa kita fikirkan. aku pernah dengar satu pepatah..kegembiraan adalah sesuatu yang dikongsi. kalau kita ada moment gembira, kita akan terdorong utk bgtau orang..tulis kat blog. bila tak share, rasa macam tak bermakna. (panjangnya falsafah..hakhak)

so, sampai la ke cerita ku.. nak share beberapa perkara.

nak tahu apa yg beria2 sangat aku nak share. pertama: Bisnes, kedua: my sons, ketiga: kerja di ofis.

*Bisnes
hari ini aku di rumah mak mertua husband ku. yeay!akhirnya dapat bercuti di rumah ini. so, kebetulan di sini..aku pergi singgah ambil design baru untuk baju muslimah. (ha ha.bisnes mesti jalan). kali ini, koleksi bertambah hingga ke jubah. 3 new design yang sangat mengujakan! nantikan kemunculannya. (jkepolisasian, tunggu part time bisneswoman menyibuk di bilik anda)

*my sons(cerita pasal abah diorang tadek..not in my share list)
arif dah nak masuk 5 bulan(kejapnya..). semakin membesar dengan jayanya. Alhamdulillah. lenguh2 tangan ibu dia nak mendukung. afiq pula semakin pandai bercakap.. dah boleh kenal ONE to NINE. tapi tak boleh mengira lagi.

good news, both my sisters pregnant serentak. dua2 tengah mabuk kepayang. aku? hohoho.. sabar..sabar.. sakit bersalin pun masih terasa lagi.

*kerja di ofis
aku dapat 2 subjek baru untuk smester depan. sangat mengujakan, sebab 2 subjek fav. tak abis semester lagi, aku dah beria2 pegi cari bahan. moga semangat berkekalan (bukan hangat2 tahi ayam je)

waa. panjang plak post kali ni. ok. jumpa lagi di post lain(kalau ada idea lagi la).

p/s rajin plak mengunjungi blog irfan khairi.. kehkeh

Friday, November 13, 2009

4th anniversary.

12.11.2009 - 4th anniversary.

dah 4 tahun rupanya aku mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. pada tarikh ini 4 tahun lepas, kami di akadnikah di sungai buloh.. 4 tahun kemudian, aku dikurniakan dengan 2 cahaya mata lelaki. aku bercita-cita untuk mempunyai sekurang-kurangnya 6 cahaya mata..

Alhamdulillah, pelbagai pahit manis ditempuhi sepanjang menjadi isteri dan ibu.. thnks to my hubby yang sangat understanding, not-so-romantic, dedikasi, berkaliber dan mcm2 pujian la untuk suami tersayang. (ikhlas ni..)

celebrate??hmm.. angan-angan aje la. cuma doa mengiringi perjalanan rumahtangga kami. semoga diberkati, dirahmati dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. ameen.

p/s agak2 husband ingat tak bezday aku bulan depan ni..?

Sunday, November 8, 2009

they got their toys..

parkson clearance kat kuantan plaza hari tu, aku still tak ketinggalan nak join, walaupun kena mendukung arif yang dah 7kg. sesak juga. takda mood nak belek2 barang untuk diri sendiri..kitorang nak cari toys untuk arif dan afiq.

biasalah tu, kalau dah anak.. barang anak no 1, kepentingan sendiri dah tak jadi keutamaan (betul tak wahai ibu sekalian?hehe)

anyway, afiq dapat kereta control (takde disertakan gambar). arif dapat toys lembut, boleh gigit tu. at first aku dah pesan kat husband, tak payah le belikan kereta control..afiq tak pandai main. nanti yang controller dia campak aje. lagi suka tolak pakai tangan.

but, surprisingly, my husband ajar dia main pakai controller. at first, dia give up sebab pandai tekan ke depan aje. bila dah langgar dinding, benda tu tak leh nak gerak ke depan, afiq dah tanak main.

lepas tu, kitorang ajar, bila dah langgar dinding, push controller ke belakang suh kereta tu undur. mula-mula dia baran juga. lepas ajar 5-6 kali.. dah pandai kedepan kebelakang. ha.. lepas tu apa lagi. tak dilepasnya controller tu sampai bateri habis. wa.. cepat betul afiq belajar..dengan syarat ibu dan abahnya tak putus asa mengajar.

arif plak dapat mainan lembut tu. mahal gak la. tapi stil tak reti main. takpe, slow2.

today, afiq dapat beg ben10 baru. ha.. nak tido pun, beg tu dia nak pakai. isk. aku plak belikan dia buku baru kat littleparade. beli online. (asyik toys aje.. kena belikan buku jugaK)

beg ben10 n buku bob builder afiq

arif dengan muka sengal, kena duduk dalam car seat

arif dengan tak meng'heran'kan toysnya
p/s. ibu pun dapat 'gift' dari abah.beg tangan from parkson clearance. tq

Saturday, November 7, 2009

lamanya tak update.. bisnes punya pasal

bisnes..bisnes.

sekarang addict bisnes lak. besar betul hikmah kak ita (kakak sepupu) minta tolong promote kan kain sutera dia. (cek this post).

mula-mula berpeluh-peluh nak gi promote, sekarang dah ok dah. husband plak bg sket modal, sokongan 120%. (thats mean dia yang lebih beria-rianya).

bisnes apa ye? bisnes tshirt labuh. sangat cantik designnya. tak nampak macam prototaip tshirt labuh. jenama 'aqeela'. (sempat promote tu..) cek out
http://ilham-muslimah-tshirt.blogspot.com/

terfikir nak buat blog jualan, tapi belum berkesempatan. jualan langsung lebih menguntungkan. sekarang ni, sasaran pada cikgu2 sekolah dan rakan sekerja. kakak ipar jadi partner bisnes yang sangat supportive (kredit to kakak iparku hehe)

rupa-rupanya, dah lebih kurang 4k jumlah transaksi yang aku buat. wah! bisnes..bisnes.. pening juga buat akaun ni. patutla akauntan gaji mahal.

*kalkulator sekarang menjadi alat penting dalam beg tangan selain handfon n purse. hua..hua..