Tuesday, September 29, 2009

gambar raya

actually, tahap kemalasan level 19 setengah ni, malas betul nak update blog. banyak sangat nak cite pasal raya. lebih2 lagi cuti lama..seminggu.

tahun ni giliran raya umah mertua. macam biasa, sedih la. lebih2 lagi ayah tak berapa sihat. yang menambah syahdu, ibu tinggal dengan 2 anak bujangnya sahaja. anak2nya yang dah kawin, semua beraya hari pertama di umah mertua.
raya ketiga baru semua balik. meriah sangat umah ibu dengan cucu-cucunya. best2.

anyway, meh kita layan gambar2 rayaku dari tahun 2006(sejak kawin) sampai 2009.

selamat hari raya untuk semua. mohon maaf silap dan salah.

Wednesday, September 16, 2009

shocked

in this becoming festive season, i received two shocking news..

yesterday, i was in a meeting at about 3 pm, when suddenly my phone rang. Kak rahinah called, i couldnt answer since its a meeting with timbalan pengarah. then, she sent an SMS..
"ida, kat taska ada kes H1N1 positif, semua pensyarah dikehendaki ambil anak masing2 sekarang di taska, Ida ada hantar anak kat situ kan?"

DUP! i really shocked. a moment later, my Head Department announced that whoever got kids at Politeknik's taska may leave the meeting, in order to take their kids. I panick since both of my sons got severe cough expecially Arif, my two month baby since a day before. Nak nangis rasa..

I called my hubby, ask him to wait me at home, we have to rushed to clinic..its 4.00pm already, the gov clinic will close soon. the doctor confirm both of my sons are just fine, only have a little viral infection. Alhamdulillah.

Later on, i got another shocking news. My sister SMS me..
"Alang, ayah kena STROK. tapi sekarang dah stabil"

Ya Allah, i immediately called my mum.. Argh, couldn't reach. I called my sister to ask my dad's condition. She said my dad still in treatment, since her husband (my brother in law - a doctor) already accompany my mum, get treatment at private hospital. not serious.

last night, i try to call ibu again. but there was a little network prob since celcom got a little maintenace matter. waargh, kenapa sekarang plak? aduh. i reached my mum using telefon rumah.. she told me what happened. Alhamdulillah, ayah seems ok, still at surau ..solat terawih. i feel relieved to hear that, still feel sad with what just happen.

in a moment, i feel my raya mood is just taken away.really hope to get back to KL as soon as possible. anxious. my two little prince seems better this morning, i am in emergency leave as the taska closed.

cubaan..cubaan..

Sunday, September 13, 2009

raya

masa warming up, amik mood nak keje hari ni, baca blog kengkawan.. tertarik nak kongsi pasal preparation nak raya.
though tahun ni takde bonus, kitorang tak rasa sangat pun. Alhamdulillah, budget ada sikit dari simpanan. boleh la beli sikit2.
..shopping

semalam, for the first time sejak beberapa bulan lepas, menjejak kaki ke shopping mall ECMall bersama anak-anakku (dah dua kan..). siap bawak stroller untuk Arif. tujuannya, nak beli kasut baru untuk Afiq dan baju raya untuk Arif. Afiq dapat kasut raya berharga lebih mahal dari kasut abahnya (huhu..) dan Arif pun dapat sepasang T-shirt hijau. (theme colour untuk tahun ni.. Hijau).

ada tambahan yang kitorang terpaksa beli.. mainan ultraman untuk afiq (bukan preparation raya ni)..setelah dia mengugut untuk menggulingkan dirinya di lantai Parkson tu.
..Baju raya

Baju raya aku dua pasang aje. tak beli pun, dua-dua adalah stok lama pemberian ibu. dah antar ke tailor..fesyen kurung pahang aje. Hubby dan Afiq, beli baju melayu siap. betul ckp normi, baju melayu siap lagi murah dari tempah. Dua-dua hijau, cuma tak sama jenis kain. takpelah. asalkan hijau. aku ada borong tudung plak. 6 tudung baru. hak hak. aku memang tak pandai beli sikit-sikit. jarang beli baju atau tudung, sekali beli.. banyak terus. Brooch pun aku borong dari ofismate.. 8 biji sekali. hoho

..Kuih raya

semangat betul aku buat kuih raya. dengan refer pada majalah Keluarga..berjaya buat 3 jenis (kembang hidung..). semalam, dapat bakar dua tupperware biskut almond london. hari ni nak salut ngan coklat je. yummy. my faveret. kalau sempat, aku nak buat jem tat plak.. macam tak sempat je. nak amik gambar kuih, kamera dah rosak.. takpe, lepas salut coklat nanti, aku tunjuk..(riak..!haha)

kiri: bentuk biskut coklat yang aku buat..first try kanan: rujukan majalah, patutnya bentuk macam kaktus, aku takde acuan, buat bulat2 aje lah.

::10 malam terakhir ramadhan menjelang tiba. berusaha!

Friday, September 11, 2009

tag from edi

baru abis kelas yang me'nyeronok'kan.. nak rest sekejap. melayan tag dari edi, ex-student poli. dapat release sket tekanan.

1.Suka memasak?
sangat suka

2.Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah.. (2 jenis)
-paceri terung
-sup daging

3.Makanan istimewa yang anda suka waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)
-lontong, tiada sebab tertentu kenapa suka..menyelerakan kot
-ketupat dan kuah kacang, yummy

4.Kuih raya kegemaran anda dan si dia?
- Kuih Almond London
- Tat nenas

5.Tayang sikit gambar masakan dari anda..hehe..
banyak gambar masakan (cause i luv to cook). this is my favourite one..

6. Tag 10 Orang Rakan anda
nak tag 2 la.
tq

Thursday, September 10, 2009

kerja.. kerja.. kerja..

bersarang dah blog. iyelah. dari hari ke sehari nak update. takde masa. kerja..kerja..kerja..

subjek yang perlu aku ajar semester ini awalnya lain. tiba2 last minit plak jadi lain. aku kena replace subjek orang lain. tak kisah sebenarnya (iye ke? waa..), tapi bila dah baca silibus subjek yang aku kena ajar.. perasaan dah jadi lain. kenapa?

sebab ia begitu lain dari bidang ku. elektrik tu luas sangat, apasal tang power electric (yang aku tak minat) ni yang di takdirkan utk aku ajar.waa... just to release it! apapun dah redo dah..(setelah mengalami tekanan berhari2..dimotivasi..dinasihat..akhirnya pasrah!)

tekanan bertambah bila hari ni diorang kabar suruh ngaja..esok dah ada kelas. ntahapa hapantah. aku pun kena take time study. ternganga gak kalau ada soalan dari budak nanti.

aku pun jadi budak baru blaja. sejarahnya di universiti dulu, subjek berkait dengan power ni banyak kantoi (tak la sampai fail). dah asalnya tak minat. kena study sikit2.

tetiba, esok keje plak. ganti jumaat depan. jumaat ada kelas subjek ni dua jam. seminggu gak aku amik masa nak prepare hari ni (jumaat) punya lecture..dah esok???? waa..

oklah.. karang compose post lama2, keje aku tak siap.

p/s mood tak best. watch out!

Tuesday, September 1, 2009

its his birthday

semalam adalah hari pertama aku bekerja selepas cuti dua bulan.. maternity leave. debar menunggu hari semalam sampai tak sempat nak update blog.. walaupun banyak benda nak citer.

persiapan untuk hantar afiq dan arif ke taska dibuat pada malamnya, takut2 ada yang lupa nak bawak. iyelah, first time nak loading 2 anak kesayangan ni. 2 month before bersalin, afiq asyik nangis bila nak antar ke taska. takut juga kalau2 dia buat hal lagi. satu lagi yang didebarkan.. arif yang tanak susu botol.. risau dia lapar kat taska, menangis tak henti, dah pikir macam2.

tapi, Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. afiq dan arif takde buat masalah, just diorang tak tido pun masa pagi tu. biasanya diorang tido. aku kena pegi punch attendance dulu, baru antar diorang, takut2 ambil masa. lega..hari yang didebarkan telah berlalu tanpa perkara2 yang dirisaukan.. arif pun elok minum susu.. pengasuhnya kata dapat 3 auns juga la dia minum..

***
back to the topics.. its his birthday yang ke 3. dua kali birthday yang lepas, tak celebrate sangat pun, kali ni dapat beli kek dan celebrate kecil2an dengan sepupu2 afiq di jengka. 30 ogos, a day before merdeka.. walaupun hari puasa, kitorang celebrate lepas solat terawih.. afiq sangat la suka dengan kek CAR nya..

***
cerita kedua, arif dah botak. gambar di bawah adalah gambar sebelum dan selepas (macam make over la plak). setelah 2 bulan, kami ke klinik untuk pemeriksaan dan injek imunisasi. beratnya dah 5.3 kg, panjang plak dah 58cm.

sihat betul anakku.. berapa la plak berat ibunya yang dah mengering semula ni? hehe

***
nak letak semua gambar masa balik ke KL arih tu, tak sempat nak edit. takpe, biar ada dari takda langsung. gambar di bawah adalah gambar 2 dari 5 sepupu afiq sebelah KL. Mimi dan Amir. anak kepada abang dan adikku. dua2 sebaya..umur setahun lebih.. bleh dah berlari dan jalan, bercakap dengan bahasa yang diorang dua orang je yang paham.. hak hak .. sangat comel.

p/s: tahun ni giliran raya pertama di jengka. waa.