Thursday, August 27, 2009

aktiviti di bulan puasa..

idea ada nak post baru, tapi sebab menunggu nak edit gambar balik KL hari tu.. bersarang gak la blog ni. still tak sempat nak edit.

this is the first post in Ramadan. curi masa sikit lepas sahur ni.. my three heroes (plus abahnye) still sleeping. banyak juga tengok blog kawan-kawan pasal azam diorang untuk bulan puasa ni. amacam dengan azam korang.. bagusla, sebab ramadan setahun sekali.. ganjaran ibadahnya tak terbanding dengan 11 bulan yang lain. aku pun ada azamku sendiri..
  • aim minima abiskan 5 juzuk alquran
  • solat di awal waktu
macam kengkawan juga, tanakla azam lebih2.. sikit tapi istiqamah (cewah..).

ucapan untuk Ramadan, bertimbun2 diterima. macam ucapan raya plak. terima kasih semua. aku ambil semua sebagai semangat untuk lebih kuat mengisi Ramadan ni, dan paling penting bukan Hangat-hangat Tahi Ayam.

I luv Ramadan

**
last week, we spend our first 4 days of Ramadan in KL, my parents house. best2! mana tak best, dah dua bulan tak balik. tapi yang paling penting, umah mak bapak kita. sejak kawin dengan orang pahang ni, lagi kerap balik umah mother in law kat jengka rather than my own parents kat KL. jauh.. huhu. redo je la. raya tahun ni plak giliran kat jengka (waaaaaaa....).

berbalik cite balik KL.
travel dengan anak kecik bukan mudah. plak tu di bulan puasa. menyusu memang dah wajib. letih sikit la. arif stil tanak bottlefeeding. dah 23 jam sehari breastfeeding, sejam nak bottlefeeding, mana jalan. kat umah ibuku, sepupu2 afiq dah menunggu. meriah sangatla umah neneknya itu. ibu dan kakak (dua2 cikgu) cuti sekolah, adik plak dah tak keje.. buat bisnes online, so ramaila ada kat umah tu. macam kapal karam le umah neneknya.

actually, i got a few pics of them, as i told earlier.. semua pics tu tak edit lagi. later la.

minggu ni balik KL lagi. Yahoo. ada appointment dengan financial consultant, en aziz (http://azizcfpx.com). gumbira..gumbira.. masih boleh bergumbira sebelum kembali bekerja selasa depan. tak sabar nak keje.. (ayat motivati untuk diri sendiri .. ye ke tak sabar nak keje? nak cuti lagi adalah..)

>>esok nak masak kek gula hangus.. first time buat semalam jadi. yeay!!

Thursday, August 20, 2009

setel refund n bottlefeeding

pada suatu ketika, ada sepasang suami isteri yang dijemput untuk mendengar
promosi satu pemeriksaan kesihatan oleh sebuah syarikat perubatan. siapa yang
pegi dapat free sekali cek kesihatan. si istri yang tahu suaminya ada sakit dada beria-ria ajak pergi dengar, moga kali ni si suami terima offer untuk buat cek kesihatan tu. namun, harga untuk package pemeriksaan tu lebih 10 ribu (gilo apo)
untuk 10 kali cek.

punyalah si promoter tu cerita, promote..dari pukul 12 tgh sampai kul 2 (lama tu, dah la tak bg makan apa-apa).. kalau setuju kena swipe kat kredit tang tu juga.. kalau tak, harga offer tak dapat..(lagi gilo). si suami punya tak setuju. si isteri (yang cepat kesian) pujuk suami suruh amik.. si suami decline gak..suara pun dah agak tinggi. dipendekkan cerita, si promoter pujuk si isteri swipe kad kredit, duit pendahuluan.. rm2ribu.. fikir2 dulu kat rumah.. kalau tak setuju, boleh dapat balik duit tu.

si isteri setuju.. (kononnya kesian kat suami). swipe la kad kredit. (melayang
duit).
balik dari tempat tu, kena brainwash dgn suami.. marah sebab gi swipe..

"mana ada orang buat pemeriksaan banyak kali, sekali cukup la..kalau dah
cek ada sakit, gi la buat rawatan.. pikirla sket" si suami bebel.
"betul juga" bodoh juga si isteri ni.

akibatnya, masa nak cancel rm2ribu tu. si promoter kata.. 2 bulan baru dapat. APA? bulan2 sapa nak byr?? itulah, derhaka lg!..
***

cerita di atas adalah kisah benar. aku lah tu si isteri. HAHA. semalam, hari paling gembira, baru setel refund duit tu.. setelah 5bulan! peh! suami particular pasal duit2 ni..membebel ajer selagi tak setel.

***

these few days, i need to struggling with arif for bottlefeeding training. its almost two weeks before i back to work. arif need to get used bottlefeeding or else he will get hungry. rasa kesian gak bila kena bergelut ngan anak, force him to hisap botol. tak sampai hati. tapi nak buat camne, its for his own good.

i get thru internet, if there any other suggestion to get arif easily accept his bottle-nipple. ada la sket2. ada kata kena biasakan a month before get back to work, feeding using spoon, minta mertua jaga anak for a month utk train anak. no shortcuts.

afiq dulu pun, kena suap pakai sudu kat taska. tp dulu taska tu allow moms dtg whenever free for breastfeeding, but now i heard only in specific period je. 1.00 to 2.00 only. kalau ada kelas waktu tu, camne? melapar la anak aku sampai petang..

harap2 bulan puasa ni, the training get more effective, aku pun terpaksa suap botol gak kat arif, or else i get shaky menjelang buka puasa.. tak cukup tenaga. moga Allah permudahkan!Ameen..
~esok balik KL, jumpa pakcik makcik arif..yeay!!

Sunday, August 16, 2009

weekend - masak mee udang


mari masak mee udang.
bahan penting - udang (semestinya, nanti jadi mee lain plak), mee, ayam sikit, cili kisar, sos cili
bahan tak berapa penting - sayur sikit, telur
bahan paling penting - garam (tak rasa amende la kalau takde garam)


cara-cara: rebus udang + ayam, kupas kulit udang - blender, tapis.
tumis cili kisar sampai garing, masuk air rebusan, campur sayur + sos cili
letak balik udang ngan ayam tadi, pecahkan telur
tunggu sampai masak, letak garam
celur mee..
siap!

hehe. mentang-mentangla dah abis pantang, semua benda rasa nak try masak. resepi di atas sangatla ringkas untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang masakan. nak yang lebih mudah difahami.. gi la kat http://www.myresipi.com/. ( my faveret resipi's site)

gambar di atas pun, tak berapa mengiurkan sebab dah tinggal sikit2 je kuahnya. dah abis makan, baru teringat nak amik gambar. terbuat pedas sikit, tapi afiq stil makan macam tak pedas.
**tinggal 2 minggu je nak balik bekerja. aler.

Friday, August 14, 2009

hari ni merdeka..

cepat je masa berlalu.
hari ni dah pun hari ke 45 berpantang..
hari pertama-tak-berpantang..
keh keh

sebenarnya sama je.
stil jaga makan, lakuan..
cuma terasa nak gi keluar..
nak ajak suami cukur rambut arif..
alasannya, nak keluar..
huhu.

go..go..go.. everywhere. (afiq's dibo-the-gift-dragon song..tiap2 hari kena mengadap)

Thursday, August 13, 2009

bila dah ketentuanNya..

hari ni ada berita sedih.. ustaz Asri Rabani kembali ke rahmatullah..
Innalillah..
itulah ketentuanNya..

~~
teringat aku pada arwah maklang ku, sejak pemergiaannya..aku pasrah dgn ketentuanNya.
ditakdirkan aku sempat melawat dia sehari sebelum pemergiannya.. dia sihat je masa tu.. cuma tindak tanduk agak pelik sikit..
ditakdirkan, aku tiada di sana masa Allah jemput dia kembali..

kalau aku ada, mungkin aku lebih suffer dari sekarang..
sebab aku anak sedara kesayangannya.. dia takde anak..
sedihnyaaa..
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

~~
aku pasrah dengan ketentuanNya lagi sekali saat melahirkan Arif..
tarikh due bersalin 11 julai..
ditakdirkan pada 30 jun, kereta yang aku selalu drive ke ofis rosak sikit..
ditakdirkan suami yang hantar ke ofis hari tu, padahal sepanjang aku mengandung ini kali pertama dia hantar ku ke ofis..
rupanya, hari untuk melahirkan Arif tiba..

kalaulah aku bawa kereta, mungkin satu kesulitan untuk bawa kereta tu balik
sebab aku ke hospital atas bantuan rakan..
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

aku tak sangka anakku tidak lahir pada bulan Julai..
aku pun tanak anakku lahir sebulan dengan seseorang tu (toooott.. emosi sket)
seseorang yang sering buat perasaanku terganggu, dan aku diamkan je (biarlah rahsia..)
hanya berdoa supaya Allah tabahkan hati bila aku terganggu..

rupanya remehnya perasaan terganggu aku tu, Allah dengar ..
lahirnya Arif, membawa bahagia.. lebih bahagia dengan ketenangan yang Allah beri ini
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

** Ya Allah, jangan Kau Bolak-balik kan hati ini selepas Kau beri Hidayah padanya..

Tuesday, August 11, 2009

he got it already..

alhamdulillah, aku dah beransur pulih(dari sakit semalam). seharian jugalah sakit kepalanya. husband yang balik pukul 5, belikan gas.. start pukul 5 setengah, berhempas pulas masak (yang tergendala tadi) sampai pukul 6 suku. main campak2 je. dapatlah kuah lemak ikan merah, ikan goreng, sayur sawi rebus dan sambal tempoyak. Alhamdulillah. terisi perut juga akhirnya dengan nasi.

***

his bezday sehari sebelum merdeka nanti. tapi hadiahnya 23 hari awal. afiq dapat basikal untuk hari jadinya yang ke 3 (in advanced). punyalah suka dia. semalaman berlatih naik basikal. senang hati aku (sebab tak payah berebut tv dengan afiq)..

jatuh sikit-sikit tu adalah.. aku biar je. biar dia belajar. kadang-kadang bila ada halangan kat depan basikal yang dia naik, dia naik baran.. menjerit "ibu!!"

"alih la sendiri" aku jawab.
"ala. ibu la alihkan.."

aku biar je.(hehe..lagi sanggup dengar dia jerit dari pegi alihkan halangan tu, nak ajar dia berdikari)


malam tu, afiq tido dengan basikal kat tepi dia. hehe

Monday, August 10, 2009

sakit wo.

malam tadi, tiba-tiba badan rasa sejuk gile. nak kata ujan, tak ujan. aircond pun tak buka. menggigil-gigil sejuk. hoho. pegi amik stokin dengan baju sweater. still sejuk.

rupa-rupanya aku kena bentan. aku ingat-ingat balik apa lah yang aku buat sampai kena balik (pernah kena sekali). rupanya aku terlewat mandi malam. pukul 8 lebih. tapi mandi pakai air panas. argh. menyesal.

start pukul 11 malam, dah menggigil-gigil. merengkuk atas katil sebab sejuk sangat. Ya Allah, teringat masa menggigil-gigil tahan sakit sebab nak bersalin. aku dah mengucap panjang dah. kalaula Allah tarik nyawa aku malam ni..

aku cuba tido, takleh.. macam-macam dah terlintas kat fikiran ni. huhu. sejuuuukkk sangat. sampai ke tulang rasa. itula.. pegi langgar pantang buat apa.

sebenarnya aku tak perasan dah terlewat mandi. petang semlam hubby beli lauk se'bundle' (ikan, sayur).. aku kena siang, bersihkan sblum masuk dalam freezer. selalu mak mertua yang buat. punyalah leka.. sampai tak perasan dah gelap. arif pula sedap aje tido.

nak sedapkan hati.. aku ckp kat diri sendiri.. aku tak sengaja. Allah bersama orang yang sabar. air mata keluar, menahan sejuk. Afiq kesian tengok ibunya nangis, senang pulak dodoikan dia tido.

****

pagi ni, bangun-bangun je sakit kepala yang teramat sangat. tapi, kerja rumah kena buat juga. tengah-tengah masak..gas abis lak. sabar ajelah.. Allah suruh aku rehat. aku makan roti aje lah.

Allah bersama orang-orang yang sabar.

Wednesday, August 5, 2009

lepas ni buat ni.. lepas ni buat tu plak

rutin harian ku di rumah dah jadi macam housewife sepenuh masa.. beza betul rasanya. sebelum ni, kalau cuti je jadi house wife betul-betul (ada ke tipu-tipu), kali ni tiap-tiap hari jadi housewife. memandangkan cutiku ada lebih kurang sebulan lagi.. ber'enjoy-enjoy'an lagi la di rumah. (jangan jeles)

rutin pagi:
bangun (jangan tanya pukul berapa..hehe)
uruskan afiq dan arif, mandikan, susukan, breakfastkan..baru uruskan diri sendiri
sambil-sambil tu online jap, jenguk YM ngan facebook
uruskan baju kotor

tengahari:
masak, bagi makan anak
lepak-lepak tengok tv jap, online jap
lipat kain baju..

malam macam biasa, dinner lepak-lepak. main ngan anak
huh. bahagianya.

arif pun dah belajar tukar jadual tidonye. mula-mula tido siang, jaga malam. sekarang, malam pun tido.. awal pagi jaga. aku pun kena bangun awal (biasanya tak la awal sangat..kantoi). takpelah, asalkan malam tido.

sekarang ni, suka sangat main BARN BUDDY kat facebook. addicted betul. game tanam-tanam pokok, pastu harvest. kalau lambat harvest, member akan curi.

dah tu, sepanjang masa la nak kena cek, bila dia harvest. siap kira berapa jam lagi. itu yang kalau hubby bawak broadband ke sekolah, dah tak keruan. abislah tanaman ku kena curi (ampeh btul)..

oklah, anak dah banyak kali mintak susu..ibunya asyik mengupdate blog. kihkih.chow

Monday, August 3, 2009

Nak anak rapat ngan kita? ini caranya

aku ada beli majalah Pa& Ma(my fav mag) bulan Ogos. this is one of the interesting artikel i found. kepada yang dah ada anak, yang masih anak kecil, yang baru kawin atau yang masih mencari tarikh nikah..this tips still very valuable to u all.

(from Pa&Ma Ogos 2009)
:: 6 cara jadi rakan anak ::

1. Selalu berinteraksi dengan anak-anak
anak akan sentiasa rasa dekat dengan anda jika anda selalu berkomunikasi dengannya. Anggaplah anak sebagai kawan yang seronok untuk di ajak berbual. Lebih menarik jika topik yang dibualkan itu diminati bersama.
- ni memang praktikal, dengan anak baru lahir pun atau dalam kandungan..amalan ni dah boleh dilakukan.

2. Tumpukan perhatian jika anak bercakap
walaupun sibuk, dengar dengan penuh perhatian terhadap setiap perkataan yang dikeluarkan oleh anak. mungkin ada perkara penting yang ingin diberitahu kepada anda. Jadilah pendengar yang setia kepada anak. Barulah selesa mereka berkomunikasi dengan anda.
- yang ni aku selalu ingatkan hubby, kena dengar apa anak nak ckp walaupun kita tak paham.. (kadang-kadang apa yang afiq ckp aku kena analisis dulu..biasala, budak baru pandai ckp)

3. Bantulah anak selesaikan masalah
Jika ingin anak rapat dengan anda, sentiasalah bersedia untuk membantunya jika dia berhadapan dengan masalah. Ketika menyelesaikan masalahnya, anggaplah anda sebagai rakan bukan ibu bapanya.
-masalah yang selalu afiq minta selesaikan tiap-tiap hari= "ibu tolong buka ceria @ karton"

4. Pastikan anda ada masa untuk anak setiap hari.
Tidak kira walau sesibuk mana pun anda, pastikan anda ada masa untuk anak. Masa yang anda luangkan sangat berharga kerana inilah masanya untuk anda bertukar cerita dengan anak.
- masa nak tido paling berharga, nak dodoikan afiq kena cerita 'rabbit ngan tortoise' dulu.

5. Tunjukkan rasa sayang anda padanya.
Biasakan diri mencium dan memeluk anak setiap hari, bukan hanya ketika hari ulangtahun kelahirannya sahaja. Dengan cara ini hubungan anda dengan anak akan jadi akrab dan mesra kerana dia tahu yang anda sangat menyayanginya.
- lets do it!!

6. Berani minta maaf.
Jika anda tersilap, jangan segan untuk minta maaf. Ketahuilah bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Tidak kiralah samaada anda ibu bapa atau anak. Kalau anda sudah melakukan kesilapan, mengaku sahaja dan minta maaf. Anak anda tentu bangga mempunyai ibu bapa yang sentiasa jujur dan adil.
- ni la perkara yang ramai ibu bapa tak tahu kan? lepas ni, kita cuba buat..

Sunday, August 2, 2009

first time ke jengka..to ariif

sabtu yang lepas, aku dan arif 'diberi kebenaran' untuk balik jengka. ni perjalanan agak jauh untuk ku dan arif yang pertama selepas arif dilahirkan..dan ini kunjungan pertama arif ke kampungnya di jengka.

disebabkan ini yang pertama.. aku ambil masa lama sikit untuk mengemas barang arif. padahal kami akan bermalam 1 malam je di jengka. takut juga kalau ada barang yang tertinggal.. iyela first time nak travel.

rasa best juga nak keluar dari rumah.. sebulan tak boleh keluar rumah rasa sesak dada gak. arif kena dibedung, sebab aircond dalam kereta yang sejuk.. one more, kena pakai topi.. iyela, ubun-ubun dia lembut lagi.. kena sejuk aircond tu..takut tak sihat nanti.

thanx to kak na (my sist in law).. hadiahkan topi BEE yang comel.. ingat nak pakai raya, takpelah dah rasmi awal.

***

anyway, preparation untuk aku tinggalkan arif di taska kena start dah. kena ajar dia minum susu dalam botol. so, kena pam susu la tiap-tiap hari.. masuk dalam botol. takut juga jadi macam afiq, terpaksa minum susu pakai sudu.. dan sentiasa kelaparan di taska sebab minum sikit je.

start 1 ogos hari tu, aku dah berjaya pam susu 2 aun, ajar dia minum pakai botol.. semalam tak dapat nak buat, sebab balik kg.. hari ni kena buatla.. sampai abis cuti bersalinku..wish me luck.