"Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(Bukhari)
Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya "menjadi" atau tidak.
Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.
Dua perkara pokok diperlukan:
1. Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk.
2. Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah.
Dengan menggabungkan kedua-dua aspek ini ibu bapa akan dapat membentuk anak-anak yang akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat. "
Berikut adalah kata-kata pengenalan dari ebook "MEMBENTUK KEPERIBADIAN CEMERLANG - PANDUAN UNTUK IBU BAPA " yang di karang oleh KELAB WANITA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,2002
Aku dah baca sedikit ebook ini dan ia sangat baik dan sesuai dibaca kepada semua ibu bapa, bakal-bakal ibu bapa sekaligus dapat meningkatkan ilmu keibubapaan kita. Antara kandungannya ialah apa cara terbaik nak bagi ganajran dan denda kepada anak-anak.
ebook ni hanya ada 26mukasurat dan pengarang nyer terdiri dari pensyarah-pensyarah dari UKM yang mempunyai doktor falsafah. so, kat bawah ni aku ada link untuk sapa-sapa yang berminat nak download. free aje.
0 comments:
Post a Comment