Sunday, December 1, 2013

Whiteboard dan 3A.

Bulan lepas saya ada beli satu whiteboard untuk anak-anak saya. 3A = Arif,Arif dan Abid sangat gembira. Dapat tulis-tulis atas tu. Mujur saya ada bawa marker dalam beg.

Afiq - tak berbaju, Arif - baju hitam, Abid - baju boboiboy
 Afiq tulis pakai marker purple, Arif pakai marker Hijau, Abid pakai marker merah. Saya pesan, buat sama-sama dan jangan gaduh.


Mula-mula elok je main. 

Abang long dah mula masuk kawasan orang. Arif dan abid pun sama. 
dan

akhirnya..




Hahaha.
Drama sudah bermula. Abis satu perumahan dengar abid nangis. Rilek je ibu dia amik gambar anak tengah nangis.
Sebab apa.
Kejap je dia nangis.

Lepas tu elok main balik,
lepas tu nangis balik
Lepas tu main sama-sama balik.

Haha. Gelakkan aje.
Itu namanya Gurau antara adik beradik.

Comelkan Abid nangis? (hehe. bertuah punya ibu)

iklan: Jom lawat http://tipsihatselalu.blogspot.com untuk macam-macam info kesihatan. 

Wednesday, October 9, 2013

Pengalaman Melahirkan Amin 29 september 2013

Pengalaman bersalin amin cukup berbeza dengan yang lain walaupun tanda sakitnya sama dengan masa melahirkan abid iaitu contraction.

Sehari sebelum sakit, saya dan suami ada pergi ke pesta buku islam di kuantan parade. Saya memang banyak berjalan, bukan setakat berjalan, mendukung abid yang berat mencecah belasan kilo.

Pagi 29 september jam 6 pagi, saya dah rasa first contraction. Bagitahu kat husband yang masanya utk saya bersalin dah tiba. Tapi untuk second contraction mencecah 20 minit. Saya pun capai komputer dan siapkan closing shaklee untuk bulan september sbb tak setel lagi. Haha. Sempat lagi tu.

Kami pun drive ke rumah kakak ipar untuk hantar 3 hero sementara husband akan teman saya ke hospital. Dalam perjalanan, saya dapat SMS dari customer yg bertanya pasal produk Shaklee. Takpe, baru tanya, tak close deal lagi. Sesampai ke rumah kakak ipar, sakit contraction tiba-tiba hilang. Sejam sekali pulak. Pulak dah. Tertangguh niat nak ke hospital. Lepas makan tengahari, masih lagi sakit menjangkau setengah jam sekali. Pada masa tu, saya terfikir, maybe anak yang bakal saya lahirkan ni akan lahir pada 30 september seperti abnag-abangnya yang lain. Afiq lahir 30hb Ogos, Arif lahir 30hb Jun, Abid lahir 31hb Januari.

Jam 3 petang, sakit contraction stabil 20minit sekali, dan customer yg bertanya tentang produk tadi nak kami hantar petang itu juga. Husband setuju teman saya hantar, tapi risau saya semakin sakit nanti. Saya kata lepas hantar barang, kita terus gi hospital. Haha, sempat lagi sakit-sakit tu gi hantar barang.

Menjelang jam 6 ptg, lepas hantar barang ke sg soi, kami terus ke hospital. Pada mulanya saya risau apa kata nurse sbb keadaan saya masih lambat lagi untuk bersalin. Betul tekaan saya. Selepas saya bagitahu saya sakit 20 minit sekali, nurse tanya saya dengan sinis..

" sakit 20 minit sekali? Bukan 10 minit sekali?"

Saya sudah jangkakan soalan itu, sbb saya ni nak bersalin anak ke 4, pasti nurse tu terfikir, takkan tak tahu bila masa nak dtg hospital bila contraction kan? Mestilah 10 minit atau 5 minit sekali baru datang hospital. Muahaha. Lantak le. Saya pun terfikir, kenapalah sya nak kena datang awal sangat. Rupanya takdir Allah mengatasi segalanya.

Lepas cek jalan, as expected baru 1cm sahaja bukaan jalan. Doktor pelatih tu pun nasihatkan saya utk balik rumah dulu. Saya senyum aje. Sementara tunggu result, saya dah mula sakit 5 minit sekali. Lepas cek jalan tadi, rupanya menyebabkan contraction saya semakin kerap. Solat maghrib saya pun terganggu dengan beberapa kali sakit contraction. Sebelum mereka bagi keputusan antara saya balik atau stay kat ward, saya diperiksa lagi dgn doktor lebih senior. Rupanya jalan saya dah terbuka 3 hingga 4cm dalam masa kurangsejam, dan air ketuban pun sikit.

Saya dinasihatkan untuk duduk ward sementara tunggu nak bersalin. Masa tu contraction dah macam tak terbendung sakitnya. 2 minit sekali. Saya tak sempat nak baring kat katil ward pun, punyalah sakit contraction, sampai saya tanya kat nurse, " sakit berapa minit sekali boleh masuk labour room?" Baru saya perasan, selama ni saya bersalin ketiga-tiga anak saya, semua kena induce. Tak pernah lak rasa sakit kuat di ward. Masa sakit 2 minit sekali, semua kat labour room.

Doktor cek jalan saya lagi sekali bila tengok saya sakit sangat. Ya, dah 5-6 cm dah dalam masa beberapa minit. Masa tu, nurse dah gi cari wheel chair, lepas tu suruh saya call husband bgtau saya akan ke labour room. Call husband tak angkat, saya dah tak larat nak tahan sakit, terus di tolak ke labour room guna wheel chair. Masa sampai kat labour room, nurse suruh tukar baju, siap kena tegur suruh cepat sikit takut baby terkeluar plak. Org tengah sakit ni..biasalah lambat sikit. Fuh, saya cabut tudung main campak ikut dan aje.. haha. Maaf la nurse ye.

Dalam labour room, rasa sakit bertambah-tambah. Macam biasa, sampai menggigil-gigil badan tahan sakit. Masa ni saya tahan mulut supaya tak terkeluar suara saya mengerang sakit macam dulu. Sebab dulu, saya terkeluar suara, siap kena marah. Org sakit memnag tak terkawal dah kan.. hehe.

Tak sampai 10 minit, saya rasa perut kempis sebelah atas, memang baby dah bersedia nak keluar. Rasa dah nak meneran dah, nurse pun tak sempat nak pasang CTG bagai. Saya pun panggil nurse, rasa dah nak meneran. Contraction serta merta hilang, azab lain sedang menunggu. Untuk keluarkan baby. Saya dengar suara yg sangat familiar ada kat belakang saya, suara suami dan tangan saya dia pegang, kepala saya dia belai.

Masa nak meneran, nurse baju biru yg sambut. Azab sakit hanya Allah yg tahu. Cabaran yg kuat masa meneran adalah ketika nak keluarkan kepala, satu lagi nak keluarkan bahu. Suami tak henti-henti lap peluh saya kat dahi dan bagi semangat. Akhirnya, jam 10.18malam, Muhammad Amin pun lahir dengan berat 3.4kg. First time, selepas setengah jam saya melahirkannya, nurse letak terus di tepi saya untuk menyusu. Amin sangat pandai menyusu, dan breastfeeding jouney saya bersambung semula selepas 9 bulan terhenti.

Kemudian, nurse keluarkan darah beku dari rahim. Banyak katanya, dan say perlu dijahit kerana kulit saya special, terkoyak kerana sangat lembut. Baby belum keluar, dah koyak dulu kata nurse. Saya berserah sahaja.

Memang melahirkan baby Amin paling special dari yang lain, lebih mudah, lebih cepat dan paling saya suka, tak kena induce pun. Husband pun cakap yang ini lebih cepat, biasanya dia kena tunggu sampai at least 4 jam baru baby keluar. Alhamdulillah. Mungkin kebetulan, kali ini saya makan produk Shaklee dan saya teruskan makan untuk berpantang pula. Sempat promote lak tu. Ngeee.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sunday, July 28, 2013

Kenapa saya suka Buku Resepi Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi?

Bila sekali dah update blog, terus rasa nak update lagi.

Kali ni saya nak review satu buku yang sangat saya menjadi teman saya di dapur. Sangat suka tau! Saya rasa ramai dah ada buku ni, terutama kaum ibu. Lagi-lagi menjelang bulan puasa ni, kat sini lah saya mencari idea untuk cari resepi.



Saya akui buku ini adalah hot-seller berdasarkan kepada ciri-cirinya yang menarik. Antara sebab kenapa saya suka buka ini adalah:

1. Resepinya adalah ringkas, mudah untuk dicuba. 

Resepinya yang banyak sehingga 365 jenis bukanlah resepi pelik-pelik yang mana bahannya mudah dicari, dan biasa ada di setiap dapur. Kita akan termotivasi untuk masak sebab mudah dan ringkas. Ibu-ibu berkerjaya macam saya ni, memanglah nak resepi mudah dan senang tetapi sedap. Asalkan, dalam masa yang ringkas, pelbagai juadah dapat disediakan.


2. Sukatan yang digunakan dalam resepi adalah mudah.

Sukatan yang digunakan tak perlu ditimbang bagai. Gram dan kilogram jarang digunakan, malahan penulis menggunakan sukatan cawan. Mudah dan senang diikut terutama manisan-manisan serta kuih-muih untuk minum petang yang menyelerakan.


3. Di bahagi ikut bahan mentah. 

Resepi yang dibuat dibahagi ikut bahan mentah, contoh ayam, daging, telur, ikan. Kalau kita nak masak ikan,  penulis dah kumpulkan satu tempat resepi tentang ikan sahaja. Kalau nak masak ayam dan kambing, resepi-resepinya semua dah tersedia satu tempat, tak payah belek satu-satu.


4. "Gerenti Jadi"..

Term ini ada di tulis di depan kulit buku resepi ini. Ini memang ayat marketing dan magic yang saya rasa paling MENARIK perhatian pembeli. Fuh! Gerenti jadik? Ye ke? 

Sejujurnya, saya boleh kata ayat itu memang betul sepanjang pengalaman mencuba beberapa resepi dalam tu. Paling tidak mengecewakan bila saya try buat muffin coklat pisang, anak saya balun sampai kata:

 "Ibu, nanti ibu buat lagi ye!" 

Hati ibu berbunga-bunga nakk. First time buat muffin ikut resepi (biasanya pakai tepung sedia bancuh tu), dapat pujian lagi. Ngeh. Ngeh.

Memang best la buku ni, tetiba terasa nak buat entri khas tentang buku ni. Salah satu sebabnya, selama ni buat tomyam main hentam aje, rupanya bila tengok resepi dalam buku cara masak tomyam, baru ku tahu kenapa rasa tomyamku macam kureng aje selama ini.

Buku yang sangat membantu ibu-ibu yang tak cukup masa mencari resepi biasa-biasa untuk memenuhi hidangan keluarga. Eceh!.

~ entri tiada dapat komisyen dari pihak penulis pun, rasa best nak share kat semua. Peace.

Saturday, July 27, 2013

Misi Beli Baju Raya

Sudah bersawang blog saya yang satu ni.
Dah lama tak update. 

Takpe. kali ni saya terasa rajin nak update. 
Hari ni saya dan 4 hero menjejak kaki ke SACC Mall di Shah Alam. Misi kami adalah mencari baju melayu untuk hari raya yang bakal menjelma kurang dari 2 minggu lagi. Ya, sejak tahun lepas, kami dah malas nak tempah. Nampaknya baju melayu siap lebih murah dari menempah. Cuma nak kena cari sampai 4 set sama kaler tu yang mencabar sikit. Untuk afiq, arif, abid dan abah diorang. Saya tak kisah, kaler baju saya pun flexible, en suami kena beli dulu..baru saya beli. saya tak cerewet mana pilih baju.

Atas nasihat kakak, kami keluar awal dari rumah ibu di sg buloh. Belum pukul 10 pg, kami dah jejak sana. Parking makin kurang, kereta pun makin banyak. Alhamdulillah, tak sampai 20 minit dah sampai sana ikut lebuh raya Guthrie. 

SACC Mall. *sumber gambar dari google
Misi kami taknak sampai berjam-jam di sana, memandangkan kami bawa 3 hero yang akan kepenatan menjelang beberapa jam shopping. Terus terjah gerai-gerai kecil dalam SACC Mall dan PKNS. Cari punya cari, dapat juga 4 set baju melayu kurang dari 2 jam berjalan. 

Di pendekkan cerita, lepas dapat baju Melayu diorang, encik suami bawa semua hero ke dalam kereta dan membiarkan saya gi cari baju sendiri. Disebabkan saya dah mencecah 7 bulan mengandung, pilihan yang ada hanya jubah.
kali ini dapat baju melayu cotton, biasa beli kali licin

Banyak tawaran jubah, tapi agak mengecewakan sebab trend terkini adalah jubah lycra. Saya sangat tidak gemar kerana ciri-ciri melekap di badan dan menampakkan apa yang tak patut. Akhirnya, saya jumpa satu jubah yang dibuat dari kain biasa, simple tapi harga tak sesimple baju. Huhu. 

jubah pilihan saya. simple. badan kain licin tebal biasa, tangan aje dari lycra

Menjelang jam 1tghari, walaupun anak-anak telah mengamuk, tapi masih boleh dikawal. Misi berjaya, cuma tinggal misi mencari tudung. Harus mencari tudung corak-corak bagi imbangkan jubah yang dah plain ini. Misi mencari boleh consider yang online kot. hehe.

Tuesday, July 2, 2013

Cara elak anak kena kuning, amalan ketika mengandung dan selepas bersalin

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.



UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=550809768290196&set=a.240432069327969.53824.240423809328795&type=1&theater

Sunday, May 12, 2013

Wah. Banyaknya Petua dan Tips di Tips Sihat Selalu

Assalamualaikum my loyal reader.. (hak hak .. ada ke?)

Kat sini saya nak share satu blog yang hebat (puji diri sendiri nampak)..
sebab
kat blog ni ada banyak tips kesihatan dan khasiat-khasiat makanan yang bermanfaat untuk kita.

Blog tersebut adalah..
jeng.. jeng.. jeng..

Blog Tip Sihat Selalu. --> http://tipsihatselalu.blogspot.com/


Antara Tips kesihatan yang boleh dibaca:

1. Tips Hilangkan Bau Badan
- bagus untuk dibaca dan dikongsi dengan sesiapa yg ada masalah bau badan.

2. Kurangkan Berat Badan tanpa Supplemen
- supplemen sangat mahal untuk dibeli? boleh cuba tips-tips ini..

3. Hilangkan parut secara semulajadi
- parut boleh hilang ke? tak perlu dengan rawatan laser jika anda ikuti tips ini.

4. Menghilangkan Stretch Mark
- ada kesan stretch mark pada perut dan peha? Anda boleh hilangkannya..

5. Cara kurangkan kembung perut ketika mengandung.
- kembung perut menyebabkan ibu mengandung sering rasa ingin muntah. Ikuti tips ini untuk kurangkannya.


Khasiat- khasiat makanan yang boleh di baca di blog ini:

1. Kelebihan Teh Hijau

2. Kelebihan minum air pada badan

3. Kelebihan kurma

4. Khasiat Ikan Bilis

5. Kelebihan Halia.


dan banyak lagi artikel-artikel menarik untuk anda baca..

Jangan lupa singgah ye.

Saturday, May 4, 2013

Pengalaman Mengundi yang Lepas: Selamat Mengundi untuk Semua



Esok adalah hari bersejarah untuk semua rakyat Malaysia. 5 Mei adalah hari yang ditunggu-tunggu. 

Pilihanraya kali ini, nampak sangat meriah.. dan mungkin sengit. Kedua-dua pihak sangat bersaing untuk memenangi hati rakyat. Hari inilah rakyat menjadi Raja. 

Terkenang pengalaman mengundi yang lepas, tahun 2008. First time mengundi sebagai pemastautin tetap di Pahang, dan pertama kali mengundi sebagai seorang ibu dan isteri. Encik suami mengundi di Jengka dan saya mengundi di Selangor.

Ketika itu, adik saya juga menetap di Pahang kerana suaminya bertugas di Pahang. Maka, pada hari kejadian, saya dan adik serta anak-anak kecil kami harus bertolak ke Jengka dulu, dan kemudian bergegas ke Selangor untuk mengundi.

Teringat saya, ketika encik suami sedang memandu di Karak dan ketika itu jam sudah menunjukkan jam 3 petang, telefon bimbit kami berdering-dering. Ayahanda di rumah sudah tidak senang duduk kerana 2 UNDI masih lagi tidak sampai. Mujur kami sampai juga sebelum pengundian ditutup. (lebih kurang jam 4ptg lebih)

Dan yang paling terharu, kami berhenti betul-betul depan pagar sekolah, tempat membuang undi. Kawasan sudah lengang kerana proses pengundian hampir tamat. Dan yang paling best, ramai yang telah standby untuk memegang anak kecil kami sejurus kami keluar dari kereta dan ada yang mengiring betul-betul ke tempat mengundi. Memang rasa seperti VVIP

Alhamdulillah, kami berjaya juga menjalankan tanggungjawab.

Esok hari yang ditunggu-tunggu. Mungkin kami harus bergegas juga balik, namun berhati-hati dijalan raya. Kali ini, saya memerlukan 3 orang untuk standby, kerana kini anak saya sudah 3.. berbanding seorang sahaja pada tahun 2008. Dan kembali merasa dilayan seakan VIP.. ada yang tolong buka pintu kereta, mungkin? (perasan..)

Selamat Mengundi kepada Semua. Manfaatkan Undi anda untuk 5 tahun sekali ini. Pilihlah Yang TERBAIK.

Tuesday, April 23, 2013

Strategi Menangkap Pelajar Meniru

Assalamualaikum.

Lamanya saya tak update blog kesayangan saya, namun setiap hari ada sahaja pengunjung. Terima kasih.

Terpanggil saya untuk menaip sesuatu tentang pelajar meniru. Sebenarnya semalam telah bermula peperiksaan akhir di Politeknik seluruh negara, dan saya merindui zaman saya menjaga peperiksaan akhir pelajar. Itulah masa yang saya tunggu-tunggu.

Selama 7 tahun saya berada di POLISAS, seramai 14 orang pelajar yang berjaya saya tangkap meniru tidak termasuk beberapa semester yang saya cuti bersalin. Wah, dari situ saya telah sedar saya mempunyai BAKAT TERPENDAM yang unik dan istimewa, iaitu menangkap pelajar meniru. Puji diri sendiri nampak.

Mengimbau kenangan zaman menjaga exam, saya suka jaga exam semester akhir. Siap bagitau kat pembuat jadual pengawas exam supaya letakkan saya mengawas kelas semester akhir. Haha. Kalau jaga semester awal, saya akan mengantuk.. sebab mereka masih baru dan tak 'panjang akal' macam pelajar semester akhir.

Strategi pertama: Tengok tempat mereka duduk.
Saya boleh mengesyaki pelajar meniru bermula dari mereka masuk ke dewan dan memilih tempat duduk. Biasanya pelajar yang hendak meniru akan memilih tempat di tepi sekali atau di belakang sekali. Mereka bukan tergolong dari orang yang datang lambat. Cerdik juga mereka ni.

Strategi kedua: Kepala mereka sentiasa tegak, dan suka mencari mana pengawas
Biasanya, pelajar yg menghadapi peperiksaan akan tunduk khusyuk menjawab. Mereka hanya angkat kepala ketika mereka berfikir dan melihat kosong kesuatu tempat, jika mereka tengok kita sebagai pengawas, mereka tak akan tengok lama. Muka tenang dan tiada masalah.

Pelajar yang ingin meniru, suka mencari di mana pengawas berada. Jika kita berada di belakang mereka pun, mereka akan toleh. Kenapa jadi macam tu? Sebab nak pastikan 'line clear'. Saya suka lihat telatah mereka yang hendak meniru di dewan besar sebab ruang yang besar. Bila ada yang tercari-cari di mana pengawas, saya akan mengesyaki mereka.

Strategi ketiga: Mereka takkan buat apa-apa a.k.a menulis kertas jawapan ketika pengawas dekat, tapi masa kita jauh, sibuk menulis cepat-cepat.
Biasanya, setengah jam pertama, mereka takkan meniru dulu. Ya. Pengawas boleh bersenang-lenang pada setengah jam yang pertama. Kenapa? Mengikut pemerhatian saya, pada waktu ini, mereka sedang membaca soalan dan tercari-cari soalan mana yang fit dengan 'toyol' yang mereka bawa. Haha, hebat tak tekaan saya. Kalau tak percaya anda cubalah. Mereka akan start meniru pada sejam selepas peperiksaan bermula. Ingat senang ke nak bina kekuatan untuk buat salah! Lain la kalau mereka tu dah expert.

Strategi keempat: Mereka menyimpan 'toyol' dicelah-celah kertas soalan/ jawapan. 
Strategi ini mungkin tidak tepat. Tapi, biasanya saya berjaya dapat. Seorang pelajar yang saya syaki, saya akan ambil masa selama 15 minit untuk tangkap. Saya akan dengan selamba, menuju kepada pelajar tersebut dan terus mengibas-kibas kertas soalan dan jawapan tanpa rasa bersalah. Jika tiada, kita hanya bagitau pelajar bahawa kita hanya buat pemeriksaan biasa sahaja. Awas, perkara ini mungkin menggangu pelajar dan pelajar lain yang sedang menghadapi peperiksaan. Confirmkan dahulu yang pelajar ini membawa 'sesuatu', baru lakukannya.

Pelajar wanita kini semakin cerdik. Ada diantara mereka yang menyorokkan nota di celahan baju kurung dan digulung baju kurung supaya sukar dijumpai. Berhati-hatilah.

Strategi terbaru sekarang adalah menggunakan handset, handset semakin nipis, boleh slide plak tu. Ramai yang telah tertangkap dengan meniru cara begitu.

Ada satu sahaja cara untuk seorang pelajar 'mengalahkan' saya dari mengesan dia meniru. Sepanjang saya menjaga exam, ada seorang pelajar membuat perkara ini, dan saya gagal mengesan dia meniru walaupun saya confirm dia ada membawanya. Nak tahu? Rahsia... nanti ramai yang buat.

Ayat paling kelakar saya dapat masa tangkap pelajar meniru:

"Macamana puan boleh nampak saya meniru? Puan ada pasang CCTV ye?"

Mungkin dia tak sangka, saya boleh nampak dia bawa 'toyol'
Haha. Kuasa Allah.

Namun, dah 3 semester saya tak jaga exam, sebab saya dah jadi pegawai exam. Rindduuu sangat nak jaga exam. Nak tahu juga apa strategi mereka meniru sekarang ni.. Esok paper subjek saya, boleh refresh skill masa tengok budak. hahaha.

Sekianlah merepek saya di petang hari. Semoga boleh membantu rakan-rakan yang ingin tahu cara tangkap pelajar meniru.

Thursday, January 24, 2013

Resepi Apam Polkadot - Alkisahnya

Hari ini Afiq ada majlis Maulidur Rasul. Pelajar darjah satu dikehendaki bawa kuih muih. Seharian juga saya memikirkan apa yang nak di masak untuk afiq bawa.

Tiba-tiba teringat apam polkadot. Walaupun tak pernah buat tapi teringin sangat nak cuba buat. Maka, merujuk kepada resepi di internet, saya pun cuba membuat.

sumber : resepi Apam polkadot (gilerkentang.com)

~copy paste:

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.


dan hasilnya adalah..


tak comel. tapi rasa ok.

Inilah part yang memalukan. Sungguh comot.

Tetapi, saya sungguh berbangga pada diri sendiri, kerana berjaya mencuba. Mudah rupanya nak buat. Bila anak bangun pagi, afiq pun cakap:

"Cantiknya kuih ibu buat" ~kembang

itu tak rasa lagi nak oi. haha (eksyen)

Apapun, seronok mencuba sesuatu yang baru. hehe.

Tuesday, January 22, 2013

Vitamin untuk Kulit Cantik dan Licin - Rahsia Kulit Bebas Jerawat

Dulu saya pernah buat entri pasal pudarkan parut jerawat kat blog satu lagi. Kali ini, saya nak cerita tentang vitamin-vitamin yang boleh bantu kita nampak cantik.

Siapa tak suka muka cantik dan licin kan?

dari web skinenegizer.com, terdapat 4 vitamin yang boleh membantu mencantikkan kulit muka:

1) Vitamin A. Katanya vitamin A boleh dikategori sebagai super-vitamin untuk kulit. Kenapa? Sebabnya vitamin A boleh bantu kurangkan pengeluaran sebum pada kulit. Sebum tu apa plak?

Sebum tu adalah satu bahan yang dikeluarkan oleh satu kelenjar dalam kulit yang membuatkan kulit berminyak. Vitamin A juga boleh membantu dalam proses baikpulih kulit dan baikpulih tisu kulit.


2) Vitamin E. Antioksidan yang baik. Antioksida fungsinya melindungi kulit dari rosak. Apabila kulit dah rosak, Vitamin E juga boleh bantu untuk baiki semula kulit tersebut, sembuhkan seperti sediakala.

3) Vitamin C juga adalah antioksidan. Kawan baik kepada vitamin E. Ia sangat baik dalam merawat jerawat. Ia juga melindungi kulit dari rosak, membaiki kulit dan membantu pertumbuhan kulit.

4) Vitamin B juga membantu menghalang jerawat, kerana ia boleh mengurangkan stress. Stress adalah salah satu penyumbang tumbuhnya jerawat. Vitamin B ada elemen yang baik untuk kulit:

     a) Thiamine: antioksidan yang membuang toksin dari badan dan baik untuk kitaran darah

     b) Riboflavin: untuk pertumbuhan yang sihat bukan sahaja kulit, tetapi rambut dan kuku

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Saya mencadangkan semua wanita untuk mendapatkan Vitamin semulajadi SHAKLEE bagi merealisasikan impian anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Hubungi saya: Pengedar Shaklee Ida (019-3816167)
Untuk orang kuantan, anda boleh mendapatkan consultation percuma dan penghantaran percuma di sekitar kuantan --> Pengedar Shaklee Kuantan.

Wednesday, January 16, 2013

Tips Dapatkan Rambut Sihat - 5 Amalan Rutin yang Perlu Anda Tahu



Sekali-sekala, jom kita cerita pasal kesihatan tubuh badan. Wah! dah macam pakar kesihatan. Dah boleh jadi doktor.

Sebenarnya, semua info yang saya kumpul adalah untuk rujukan diri sendiri, sebab antara anggota badan yang jarang mendapat perhatian saya adalah rambut. Mungkin sebab rambut sering tertutup tapi tak bermakna kita harus abaikan kesihatannya.

So, tips yang saya suka kongsi adalah tentang rahsia mendapatkan rambut sihat dan cantik. Tips-tips ni tidak fokus kepada produk di pasaran yang sangat banyak.. tapi tips menjaga rambut secara semulajadi, mudah dan mampu.


Tips mendapatkan rambut sihat

1. Trim rambut setengah inci dalam satu bulan, untuk membuang rambut bercabang. Rambut rosak akan mudah gugur, oleh itu kita selalulah potong hujung rambut bercabang.

2. Sikat rambut dengan sikat sesuai sebelum rambut dibasuh. Ia akan membuang minyak dan sel mati pada rambut sebelum dibasuh disamping mengurangkan kusut.

3. Letak shampoo pada kulit kepala dahulu supaya ia bersih sebelum dilurutkan hingga hujung rambut. Pakai perapi rambut dengan cara yang sama

4. Bilas rambut dengan 1/4 cawan cuka epal yang dicampur dengan 1 cawan air suam. Ia dapat mengawal imbangan pH rambut dan mengilatkan rambut. Bilas cuka dengan air sejuk untuk kesan yang menakjubkan.

5. Keringkan rambut dengan cara lembut. Cara terbaik adalah dengan mengeringkannya tanpa merosakkan rambut. Balut rambut dengan tuala khas supaya semua air meresap pada tuala. Kalau nak keringkan dengan dryer, tunggu ia hampir kering dan guna suhu paling rendah supaya tidak merosakkan rambut.

6. Dandan rambut tanpa mengenakan tekanan kuat pada akar rambut. Jangan ikat terlalu kuat, guna scrunchies jika perlu.

contoh scrunchies..:)
sumber: livestrong.com

Mari kita jaga kesihatan rambut. :)

Tuesday, January 15, 2013

Makanan berkhasiat untuk kanak-kanak - Mudah lagi menyihatkan

Sejak Afiq bersekolah, saya sangat terkejar-kejar dengan masa. Rutin pagi saya sangat busy. Walaupun macam-macam persiapan dibuat pada malam sebelumnya, rutin baru untuk saya adalah:

Menyediakan bekal untuk afiq ke sekolah. 

Nak buat macamana, anak sorang ni tak mahu join rakan-rakan lain berebut membeli makanan. Takpelah nak oi, makin rajin la ibu awak ni, dan jimat RM2 belanja sekolah. .

Anak-anak yang membesar sangat perlukan tenaga dan khasiat penting. Diorang sangat aktif, sehinggakan jam 8malam dah tertidur. Alamatnya, jam 5setengah pagi, ada yang dah bangun untuk siapkan homework. 

Kepada ibu-ibu sekalian, jom layan cadangan makanan khasiat untuk bekal anak ke sekolah:

sumber: rafanisi


Sedap & Segar
Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan snek yang sangat sihat dan berkhasiat. Cubalah:
  • Buah-buahan segar atau kering, seperti pisang, epal, jambu batu, betik, tembikai susu, dan kismis
  • Jus buah-buahan atau susu kocak (milkshake) yang disediakan sendiri di rumah
  • Potongan timun/lobak merah/saderi
  • Salad buah atau sayuran
    **Afiq tak gemar buah.

    Sedia dimakan dan sedia diminum
    Snek ini boleh diambil dengan begitu sahaja seperti:
    • Bijirin sarapan atau bar bijirin;
    • Biskut tawar berserat tinggi yang diperkaya dengan vitamin dan mineral;
    • Pau kacang merah/kaya atau roti ban berinti tuna/sardin;
    • Tau fu fah;
    • Susu lembu atau minuman kacang soya;
    • Minuman susu malt atau susu coklat.


    Pilihan Masakan Segera
    Kalau ada masa, anda boleh cuba membuat snek berkhasiat yang
    boleh dimasak dengan cepat:
    • Sandwic telur/tuna/keju;
    • Bubur kacang merah/hijau;
    • Jagung dalam cawan (tanpa garam/mentega);
    • Roti/roti bakar disapu dengan mentega kacang/jem;
    • Oat dengan susu suam


    Haa. Best tak idea makanan berkhasiat ni? My favourite bekal untuk Afiq adalah roti celup telur.
    Roti dipotong separuh, dicelup dalam telur yang telah dipukul (plus garam sikit), bakar atas pan non-stick, dan tada.. siap!

    ------------------------------------------------------------
    *Promo*

    Jika ada anak-anak anda yang bermasalah dengan kurang khasiat sebab tak makan sayur dan buah (macam Afiq), Anda boleh cuba memberi Mealshake dari Shaklee.



    Ada apa dengan mealshake:

    1. Nutrisi Lengkap
    ~mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

    2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh
    ~kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, darah, organ, imun dan lain-lain

    3. membantu tumbesaran
    ~mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran tubuh badan

    4. Anti oksida
    ~Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

    5. Mengembalikan seri wajah
    ~mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih cantik

    6. detokfikasi
    ~kaya dengan serat larut untuk membanu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

    7. kelazatan rasanya
    ~ minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

    sumber: my-alia

    TESTIMONI : My Afiq sendiri ambil mealshake. Dia memang susah nak makan, kalau bersuap baru nak makan. Suka makan makanan berproses sahaja. Selepas saya bagi mealshake(hanya satu sudu dicampur dalam susu), Alhamdulillah dia makin berselera. Badan pun tidaklah kurus sangat. Suka! Lagipun, mereka jarang demam, batuk dan selsema walaupun duduk nurseri sepanjang hari. Alhamdulillah.

    Jika berminat dengan Mealshake, boleh hubungi saya Pengedar Shaklee : Ida (019-3816167). Sms & whatsapp.

    Tuesday, January 8, 2013

    Rutin pagi, jauh beza.


    Sangat berbeza.

    Dulu. Tidur boleh lambat-lambat. 
    Pukul 2 ke 3 pagi, rilek je.

    Bangun kul 6 lebih.
    Siapkan diri, siapkan anak.

    Jam 8.05pagi. 
    Dah keluar rumah.

    Sipi-sipi kul 8.30 baru sampai ofis.
    Berlari-lari anak mengejar punch jam 8.30
    Kalau bernasib malang, merah sekali sekala (ye ke? hakhak)

    Perut lapar. Gi breakfast plak.

    Tahun 2013. Jaauh beza rutinnya.

    Tidur dah takleh lebih kul 12.
    Bangun 5.30 pagi
    Siap anak. Siap diri. Siapkan breakfast. (Jangan tak caya. Huaa)
    Siapkan bekal anak.

    Hangkut semua dalam kereta.
    7.15 pagi dah keluar rumah, antar Afiq.
    7.30 pagi dah siap antar.. Merewang cari breakfast.

    Bawak kereta dengan santai. sebab punch in kul 8.30 pagi.
    8. 10 dah sampai ofis siap dengan tapau breakfast. HakHak.
    ~berlagak.

    Dan yang pasti, si ibu dah tak tahan nak menongkat mata jam 10 malam.
    mengantuk.

    Apapun. 
    Bersyukur dengan cabaran.
    Sebab cabaran menjadikan si ibu, ibu yang lebih hebat. (poyo)

    Monday, January 7, 2013

    Hari pertama Afiq darjah satu..

    Dah hari ke 8, baru nak update blog.
    Takde maknenya nak buat azam tahun baru, update blog tiap-tiap hari.

    Cabaran.

    Comel tak imam muda saya?
    Nama Muhammad Afiq.

    Minggu pertama persekolahan afiq semestinya adalah mencabar. Semua ibu-ibu merasakan cabarannya.
    Betul tak ibu-ibu?

    Hari pertama persekolahan, afiq sangat teruja untuk datang ke sekolah. A few days before ke sekolah, dia akan bertanya:

    "Ibu, hari ni hari apa?"

    Esoknya

    "Ibu, Hari ni hari apa?"

    Waa. ibunya yang nervous anak nak sekolah. mana taknya. rutin harian pasti berubah. Kalau dulu, keluar dari rumah pukul 8.00 lebih (sebab punch in office masuk jam 8.30 pagi).. kali ni kena keluar dari rumah paling lewat 7.15pagi.

    Untuk hari pertama, afiq bersekolah, saya menunggu sehingga rehat. Hanya melihat dari jauh bagaimana afiq menggunakan duit (untuk pertama kali).. dan belajar sendiri membeli makanan. Tak sampai hati sungguh, bila dia ditolak oleh budak-budak yang berebut untuk mengejar masa supaya boleh masuk ke kelas pada waktunya. Huh. (emo).. tapi di biarkan sahaja. Harus belajar berdikari.

    Anak lelaki kena tabah. (eceh)

    Balik dari sekolah, afiq ditempatkan ke Daycare yang berhampiran dengan sekolah. Alhamdulillah, di sana afiq ada kesempatan belajar al-Quran dan solat berjemaah bersama pelajar lain. Alhamdulillah. Jam 5.00 petang baru abahnya ambil dari daycare.

    Sepanjang 4 hari bersekolah, afiq selalu tidur awal. Aish, camne nak siapkan homework kalau tidur awal.. penat kot, dan tak biasa dengan suasana baru.

    Dan yang pasti, hanya hari pertama Afiq membeli di kantin.. Hari-hari seterusnya, diasak ibunya membuat bekal setiap pagi. SETIAP PAGI? redha..

    Ditanya kenapa taknak beli kat kantin. Jawab afiq:

    "Nanti afiq lambat masuk kelas" ..jawapan pelajar cemerlang..hakhak

    Afiq nampaknya semakin serasi dengan tempat baru. Moga kecemerlangan milikmu, anakku. Ameen