Monday, June 20, 2011

Aku insan terpilih?

Hari ini keluar tawaran kenaikan pangkat
di tempat kerja aku.
:
:
:
but i looked at it.. blankly
:
:
:
what should i feel for real?

padahal
untuk 2 tahun kebelakangan ini
inilah yang aku tunggu-tunggu
hampir setiap masa aku cek
bila tawaran kenaikan pangkat akan keluar
aku yakin, aku sangat layak untuk itu.. (berlagaknya budak ni)

orang lain berhempas pulas nak buat inovasi
aku dah ada
tinggal nak present
dengan confidentnya aku ckp
i'm the one who are expected to be promoted..
and i confident i was..

tapi, bila tiba tawaran itu keluar.
hari ini aku tak ada sekelumit gembira pun
hanya gembira sebab tudung yang aku jual laku (keje lain tu..)

WHY?

sebab aku tiada hati untuk bekerja..
PASSION aku untuk bekerja seperti sebelum ini, hilang!
kalau dulu, kul 5.30ptg pun aku tak balik lagi..
sekarang, aku antara org yang beratur nak punch out 2-3minit sebelum kul 5ptg.
kalau dulu, projek VB aku tak jemu aku buat di rumah..
sekarang, aku main aktif main game FB
dan
segalanya memang silap aku.

hanya kerana aku bekerja bukan kerana Dia..
aku bekerja sebab aku nak bos suka kat aku
aku nak bos tengok aku hebat

benar kata Dr muhaya,
bila kita bekerja kerana nak manusia sanjung, kita akan kecewa.

aku buat inovasi, itu ini..
bila kena kritik, aku melenting.. marah tak tentu pasal
(mesti korang ckp, padan muka! ya, aku layak di'padanmuka'kan)

paling sakit hati, SKT aku tak naik pun.. mendatar camtu aje.
aku masuk potfolio yang semua orang tanak..
buat keje macam nak gile.. harap2 lepas ni, kalau mintak tukar potfolio, aku dapat tuka.
2 kali mintak tuka potfolio, bos buat deeeeeeeekkkk je.
disenaraikan sebagai penerima APC, jaaaaaauhh sekali
FRUST.

bila aku buat inovasi,
ada yang tumpang amik untuk naik pangkat.
aku juga yang terkulat-kulat, tumpang gembira.
tahun lepas menjadi 'Tahun paling DOWN di tempat kerja'
kesian abid dalam kandungan, terpaksa mengalami emosi ibunya jua..
Allah sangat sayang aku, aku direhatkan 3 bulan dari kerja ketika tekanan itu dtg.

puas berehat,
aku decide nak sambung blaja
at least aku bleh 'lari' dari melayan kecewa itu
bekerja dan 'bersaing' dengan diri sendiri,
aku adalah yang paling CEMERLANG

kata-kata motivasi itu ada menyebut
'kalau kita dapat redo Allah, kita akan dapat redo manusia'
'kita tak perlu manusia untuk bahagia'
'tak perlu risau apa manusia kata, risau apa Allah judge kita'

aku terpilih untuk diuji
'mahal'nya hidayah Allah.

ok, sudah abis sesi 'membuka pekung di dada'
semoga anda semua mengambil iktibar
jgn jadi macam aku, hamba hina
syok sendiri..
haha (gelak kepada diri sendiri!!)

p/s - nak ke apply kenaikan pangkat tu? (ada hati lagi tu..)

2 comments:

haime said...

salam akak... terkesannya entry akak kali ni.. kdg2 mmg niat kita kena betul kan.. supaya tak terasa beban nya setiap mslh.. thanks for shring this. moga dpt betulkan juga semua yg membaca..
anyway, mohon je kenaikan tu... kita mencuba, rezeki ada dr Allah..

good luck oke!

a said...

thanx zu.
memang setiap apa yang kita nak buat, kita kena tanya diri sendiri kenapa kita buat dan kerana apa.
moga kita akan lebih kuat menerima ujian Allah nanti..