Thursday, February 10, 2011

hari ke 10

salam semua,
Jarang dah nak update.. Biasa la tgh 'berehat', berpantang.
hari ni dah hari ke 10.. Cepat masa berlalu.. Lagi 2bulan 20hari utk bekerja (awalnya dah pikir pasal keje)..

Sekarang ada di umah mak mertua.. dengan afiq,arif dan abid. Sian abahnya, sorang di kuantan..afiq asyik ckp "semua org sekolah, afiq sorang je tak sekolah". Sabarlah sayang, ibu sihat sikit..kita balik kuantan.

Hari ni baru dpt berurut.. Lambat sikit sebab makcik yg dicari asyik takde kat umah.. Terpaksa cari mak bidan baru. Alhamdulillah, dpt makcik yg agak baik..guna ayat quran. Sentiasa berdoa takut kena bidan syirik..yg guna pengeras sana, pengeras sini. jiran mak mertua dah terkena, bidan tu siap tinggalkan 'benda' dalam badan si ibu. Takut wei.

Rasa lega dpt berurut. Esok ngan lusa berurut lagi.

abid punya berat dah 3.2kg dari 2.9kg masa lahir. Setakat ni,sangat behave. Malam nangis sbb nak susu je. Mandi pun tak nangis sejuk cam abg2nya. Alhamdulillah.

Tak sabar nak tunggu abahnya balik esok.

0 comments: