Wednesday, February 16, 2011

Teringin jadi penulis, tapi..

Sejak bercuti ni, aku asyik terpikir apa kerja sampingan yg boleh aku buat untuk tambah pendapatan,selain dari berniaga tudung. Memikirkan tanggungan yg semakin bertambah, gaji yg makin menyusut (diorang kata elaun kritikal kena tarik balik..), seram juga.. Afiq punya taska dah rm220,arif punya rm180, abid pulak rm180. Total rm600. Baru hal taska. Belum campur pampers ngan susu. Tapi, aku tak nak risau sgt. Insya Allah, ada rezki Allah tentukan utk setiap anak.

Baru2 ni, ada terbaca kat paper..10 org penulis terkaya di amerika. Gile pendapatan diorang. Teringat satu artikel yg irfan khairi tulis dlm majalah solusi (kalau x silap). Kalau nak tambah pendapatan, cuba beberapa idea ni..confirm buat SEKALI, selamanya dapat duit.

1. Cipta lagu. Sepanjang lagu tu berkumandang kat radio, kita dpt royalti.

2. Hartanah. Beli rumah, sewakan. Dpt duit bulan-bulan.

3. Tulis buku. Selagi buku kita ada org beli, kita dpt komisyen.

Ada banyak lagi idea irfan khairi..tak ingat. Tapi yg no 3 tu, sangat mengujakan aku.

Tapi, aku ada talent ke nak tulis buku. Aku org teknikal. Buku pasal programming,pandaila aku tulis. Visual basic.. Masalahnya, siapa nak beli? Trend org sekarang suka baca buku novel. yang penulis jutawan tu pun,banyak tulis novel(english la..). English pun merangkak. Aku sendiri tak baca novel.

Kalau ada unsur2 teknikal, kat malaysia ni..diorang suka yg boleh MENJANA duit. "Guna Blog Untuk Berniga Online", "Guna internet untuk jadi jutawan"..contoh2 tajuk buku yg org suka beli. Aku takde ilmu pasal benda2 tu. Kalau aku tulis pun, takde sapa nak percaya. Haha.

Abis tu, tajuk apa aku nak tulis?.."10 cara menangkap pelajar meniru di dewan peperiksaan".. Haha. Berdasarkan pengalaman menangkap 12 pelajar dalam masa 5 tahun jaga periksa..tak pernah miss 1 sem, kecuali mengandung. (riak..)

kalau nak ikutkan talent, aku takde talent langsung berniaga.tak pernah terlintas pun di fikiran. Seram sejuk masa awal2 tolong kakak sepupu jualkan tudung..siap doa jgnla ada org tahu aku menjual. Tapi, sekarang asyik memikirkan strategi apa nak bagi barang laku..dah ada belajar sikit2 camne servey harga..padahal aku bukan jenis shopping2 ni. Yg penting PASSION.

Berbalik pasal menulis, aku nak try tulis buku la jugak. Kalau tak try mana tahu ada talent. Nak tulis buku penyiasatan. Keh keh. Nak tergelak rasanya.

ala. Korang jgn percaya sgt ckp aku ni. aku jenis hangat2 tahi ayam. Crochet dulu pun ntah kemana, nak menulis buku. Piraah. (kutuk diri sendiri..)

2 comments:

cKnorm said...

ida, i sokong kalau u nak menulis. tulislah ikut bidang kepandaian ida. banyak channel utk terbitkan penulisan sekarang.

btw, sometimes bidang yg kita tak pernah sangka mampu lakukan tu yg flourish, kan?

ida_F said...

betul tu norm.nak try, tapi takut sekerat jalan.