dengan mengabaikan tekak yang sentiasa loya, digagahkan balik ke KL walau 4 jam perjalanan.
destinasi husband ke KL tak lain tak bukan.. sogo dan jusco. tak kisahla.. asalkan dia nak balik KL. punyala tunggu sebulan lebih, nak cari sabtu yang free (dr aktiviti sekolah suami).. akhirnya dapat juga.
jumaat malam dah bertolak, tapi lambat sampai..sebab berhenti banyak kali. suami mengantuk. keselamatan perlu diutamakan.
pagi sabtu, tak sempat menatap muka mak ayah, kul 10pg dah angkut ayah dan kakak ke sogo. nasib afiq tanak ikut. itupun dah lelah mengusung arif..mengekor abahnya shopping. aku makan angin je. tak dapat nak bershopping dengan selesa. takpela, asalkan anak ngan abah dapat baju, aku takpe, beli siap je.
balik dari sogo, gi masjid shah alam. ada wedding jiran. (buat kat masjid tu..). beza betul masjid shah alam, dulu aku sampai ke masjid tu pun, sebab ada rombongan sekolah.. sekarang ni, dah ada gerai. sempat aku 'rembat' 2 tudung syria labuh. tukar imej. hak hak.
kesimpulannya. balik KL memang best
p/s husband tetinggal benda penting kat KL, (jom balik KL lagi bang..hehe)