Monday, April 30, 2012

Buat gambar pasport sendiri..

sungguh lama saya membiarkan blog ini tanpa apa-apa entri, nampaknya mood membuat entri baru adalah bermusim.. masa saya sedang syok menambah entri, sampai sehari 2-3 entri saya post pada blog ini. Tapi, bila musim tak berapa nak ada mood, bersawang sungguh.

Afiq sudah menghampiri alam persekolahan. Waa! cepatnya masa berlalu. Sungguh tidak disangka. (dan saya perasan, saya sudah tua.. ngeh ngeh)

Seperti ibu bapa yang lain, eksaited si ibu adalah melebihi anak. Baru memilih sekolah sudah pening. 

Maka, kami berhajat untuk memasukkan Afiq ke sekolah agama swasta di Kuantan.. Tetapi pada masa yang sama, kami telah pun mendaftarkannya ke sekolah kebangsaan biasa. 2 ke 3 bulan menghampiri hari-hari persekolahan, baru hajat nak pilih sekolah mana satu.. hehe  teruk ye?

Borang sekolah afiq memerlukan gambar passport. Berbekal kan kertas photo gloss percuma (sebab beli ink printer), printer inkjet yang kaler dan software Photoscape, saya cuba mencetak gambar sendiri.

Ops, sebelum tu.. gambar harus diambil dulu guna 600D saya. Tiada studio mini pun, cuma ber'alas' kan dinding biru bilik mereka. Nasib tidak ambil gambar penuh, sebab ruang lantai sudah fully occupied dengan barang-barang mereka. (baca: bersepah teramat)

Inilah rupa photo paper itu..

Meng'edit' gambar guna photoscape

Tara.. Perasankah ada orang ASING dalam gambar itu..??


Borang untuk dilengkapkan


Sungguh mudah. Sungguh diakui, semua stok gambar yang diambil semuanya dalam bentuk softcopy, tiada masa dan hati untuk mencetak. Nampaknya, kepala sudah ada projek2 untuk edit gambar bagi dicetak. Mungkinkah jimat duit? hehe

persoalannya, adakah saya ada masa?? hehe..

Thursday, April 12, 2012

Subhanallah.. Wahai ibu dan ayah sekalian, dengarlah.

saya mengambil kata-kata ini dari page Dr Muhaya di FB.

Hati saya tersentuh. aduhaiii..

Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. 


Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? 
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)

Wednesday, April 11, 2012

Macam produk dalam iklan..

Photo

saya sungguh berminat melihat gambar rakan-rakan yang mengambil gambar produk (terutama untuk di komersilkan) berlatar belakangkan putih. nampak bold dan cantik. Ala-ala iklan gituu. 

Maka, saya terjumpa satu laman web bagaimana mendapatkan rupa produk berkualiti ala-ala iklan menggunakan cara termurah.. secara kreatif dan hasilnya mantap.

tara.

Setup

penerangan cara-cara mendapatkan gambar seperti itu, ada tertulis secara detail pada sumber. sila lah baca kepada yang berminat. 

satu cara lagi yang lagiiiii jimat untuk dapatkan gambar seperti di bawah..

photography lighting tutorial

dengan hanya menggunakan 4 benda ini..

photography tutorial needs

bagi mendapatkan 'studio' seperti ini..

photography tutorial

WAH! hasilnya seperti gambar profesional. sumber --> http://www.handmadespark.com


tapi cara kedua ni kena pada waktu siang dan cerah je kan.. hehe



SATU lagi.

cara murah dan mudah untuk dapatkan gambar seperti ini..

A jewellery photograph taken with the diffuser, take through the side panel.

mudah sahaja. Jangan terkejut ye.. kerana ia hanya menggunakan...






jeng jeng..































I have a hole cut in the side and another in the base for overhead shots.  Click for a larger view.

Haaaa! hebat tak?
sumber --> http://www.boo.myzen.co.uk/lighting.html

i like.. i like.. i like..

dan di ceruk malam yang hening, saya pun telah menggatalkan tangan membuat 'studio konon-konon' dengan apa aje yang ada di rumah.. (jangan gelakkan wei..)

mencuba mengambil gambar produk ini.. (jgn tertipu, saya telah meng'edit'nya menggunakan photoscape)


dan gambar benang serta sekoci ini..


dengan menggunakan BEKAS makanan, bantuan cermin dan kertas putih. haha!

pencahayaan?

menggunakan application 'Brightest Flashlight' dari handset android saya je. (sebab takde lampu meja, harus beli satu)


belum berpuas hati dengan hasil. lagipun, tangan naik lenguh sebab sebelah kanan pegang dslr gedabak, sebelah lagi adjust pencahayaan dari handset. 

saya akan cuba lagi guna lightbox pula nanti. apa itu lightbox? acu tanya mr google. hehe

Wallet pula..


walaupun sudah hampir jam 3 pagi, saya masih gigih hendak meng'update' tentang produk baru saya dari gajet lama-tak-guna. hehe

ini dia wallet lipat-dua (bi-fold) pertama saya. lepas siap je, baru perasan poket dalam dia terbalik. huhu. takpe, nama pun percubaan pertama. 

saya telah mengikut tutorial-senang-paham di sini -->  http://modestmaven.blogspot.fr/2012/02/bi-fold-wallet-tutorial.html

kepada geng-geng bermesin jahit sekalian, mari cuba tutorial ini. berbaloi.

Sunday, April 8, 2012

nasi, telur dadar dan air suam

inilah akibatnya bila dah terstop meng'update' blog.
nak memanaskannya balik, ambil masa gak. tengah serabut kepala di akhir semester, pelbagai benda nak disiapkan. Padahal setiap masa membuka internet, surfing sana dan sini. Tapi untuk mood meng'update' blog sudah ke laut sebab kepala yang serabut.

Banyak benda mahu dikongsi, tapi kali ni nak berkongsi sesuatu yang menyentuh hati. (short entri je..)

Semasa membayar makanan tengahari di kantin dalam poli ni, sambil beratur bersama pelajar.. ada seorang pelajar lelaki juga yang membayar di belakang saya. Sedang saya asyik mencari duit untuk membayar harga makanan saya, saya terdengar makcik memberitahu harga makanan pelajar itu..

"2 ringgit"

Terkedu saya melihat apa yang dibawanya. Nasi berkuah sedikit, telur dadar dan air suam. Begitu menyentuh perasaan membanding makanan yang saya ambil dengan pelajar ini. Ya Allah, mungkin sudah kurang belanjanya untuk makan, namun kehendak lapar harus dituruti. Sian mereka.

Bersyukurla kita dengan apa yang ada.. Mereka diluar sana lebih kurang bernasib baik dari kita..

Monday, April 2, 2012

Idea Kreatif label dan ikat kabel..

Sekarang sedang dalam mood 5S. Nama pun Audit 5S. Maka semua benda harus dilabel, disusun. Tidak terkecuali dengan kabel-kabel berselirat. Mesti di ikat, dan dilabel.

Ada macam-macam idea untuk label dan ikat kabel-kabel ini.. Jom Layan gambar di bawah.

1. Menggunakan tag roti untuk label. sumber -->apartmenttheraphy



2. Guna sepit baju untuk label. sumber --> diylife.com


3.  Guna toilet roll untuk ikat kabel. Sumber --> apartmenttheraphy

atla031408-ext01.jpg

4. Guna phone cord untuk ikat kabel. Sumber --> http://www.apartmenttherapy.com

092310_tf_phonecordcontrol.jpg

Selamat ber'5S'. akibat banyak benda nak disetelkan untuk 5S, sila positif thinking pada operasi yang baik ini (pesanan kepada diri sendiri). Ia memberi suasana tersusun, baru dan segar untuk menjadikan kerja di ofis lebih tenang dan efisyen. Syabas kepada diri sendiri dan semua. ::clap::

Sunday, April 1, 2012

beg dari rakan

TARA

bunga felt menhiasi beg

bersambungan dari entry membuat beg, saya telah berjanji untuk membuat entry khas tentang beg yang saya akan terima dari Craft Swap. 

Tada.. 

Dari seorang rakan online, Idawati Mohamad. Cantiik. Beg hijau yang diperbuat dari Heavy Cotton. Kemas dan menarik. Dalamnya pun ada dua poket comel. Sungguh menjadi inspirasi saya untuk berkarya lagi pada masa akan datang. 

Hari ni, I'm in green. So, apa salahnya saya bergambar juga dengan beg baru ni. Hijau mata hitamku.

Terima kasih ye.

Testimonial VCO - Tiada lagi dengkur


Saya telah diperkenalkan oleh Mcna, rakan sekerja pada VCO - Virgin Coconut Oil beberapa minggu yang lepas kot. Saje-saje je nak try, bila dengar ramai yang kata VCO ni elok. Lagipun dia 100% natural, no chemical. 

Saya pun mencuba dan mengajak suami mencuba juga. Seperti biasa, suami mesti di'hidang'kan dengan ubat, baru boleh makan. Jarang sekali dia sendiri akan mendisiplinkan diri untuk makan apa-apa makanan tambahan untuk kesihatan (saya juga begitu..)

Namun, sejak 3-4 hari lepas, nampaknya suami sendiri yang ada kesedaran sendiri untuk makan VCo ni. Sebabnya, saya menegurnya dah tak dengkur dah sekarang. Kalau dengkur pun, tak kuat pun. Mula-mula, ingatkan sehari dua je.. Lepas tengok 3- 4 hari lepas tu, eh.. eh.. betullah dia dah tak dengkur.

Bukan mahu memalukan suami saya, cuma ingin berkongsi kebaikan VCO ni (saya bukan dealer ye, dealerya ada Mcna.. sila hubungi dia.. hehe). Dengkuran suami sungguh memberi 'kemeriahan' sehingga afiq pun pernah ckp 'Ibu, tak boleh tido la.. abah bising sangat'. hikhik

Husband nak cuba tengok adakah berkesan VCO ini kepada rambutnya.. Kena ambil gambar sebelum dan selepas ni.. hehe yang penting, kena disiplin makan la kan..

Alhamdulillah..