Tuesday, April 23, 2013

Strategi Menangkap Pelajar Meniru

Assalamualaikum.

Lamanya saya tak update blog kesayangan saya, namun setiap hari ada sahaja pengunjung. Terima kasih.

Terpanggil saya untuk menaip sesuatu tentang pelajar meniru. Sebenarnya semalam telah bermula peperiksaan akhir di Politeknik seluruh negara, dan saya merindui zaman saya menjaga peperiksaan akhir pelajar. Itulah masa yang saya tunggu-tunggu.

Selama 7 tahun saya berada di POLISAS, seramai 14 orang pelajar yang berjaya saya tangkap meniru tidak termasuk beberapa semester yang saya cuti bersalin. Wah, dari situ saya telah sedar saya mempunyai BAKAT TERPENDAM yang unik dan istimewa, iaitu menangkap pelajar meniru. Puji diri sendiri nampak.

Mengimbau kenangan zaman menjaga exam, saya suka jaga exam semester akhir. Siap bagitau kat pembuat jadual pengawas exam supaya letakkan saya mengawas kelas semester akhir. Haha. Kalau jaga semester awal, saya akan mengantuk.. sebab mereka masih baru dan tak 'panjang akal' macam pelajar semester akhir.

Strategi pertama: Tengok tempat mereka duduk.
Saya boleh mengesyaki pelajar meniru bermula dari mereka masuk ke dewan dan memilih tempat duduk. Biasanya pelajar yang hendak meniru akan memilih tempat di tepi sekali atau di belakang sekali. Mereka bukan tergolong dari orang yang datang lambat. Cerdik juga mereka ni.

Strategi kedua: Kepala mereka sentiasa tegak, dan suka mencari mana pengawas
Biasanya, pelajar yg menghadapi peperiksaan akan tunduk khusyuk menjawab. Mereka hanya angkat kepala ketika mereka berfikir dan melihat kosong kesuatu tempat, jika mereka tengok kita sebagai pengawas, mereka tak akan tengok lama. Muka tenang dan tiada masalah.

Pelajar yang ingin meniru, suka mencari di mana pengawas berada. Jika kita berada di belakang mereka pun, mereka akan toleh. Kenapa jadi macam tu? Sebab nak pastikan 'line clear'. Saya suka lihat telatah mereka yang hendak meniru di dewan besar sebab ruang yang besar. Bila ada yang tercari-cari di mana pengawas, saya akan mengesyaki mereka.

Strategi ketiga: Mereka takkan buat apa-apa a.k.a menulis kertas jawapan ketika pengawas dekat, tapi masa kita jauh, sibuk menulis cepat-cepat.
Biasanya, setengah jam pertama, mereka takkan meniru dulu. Ya. Pengawas boleh bersenang-lenang pada setengah jam yang pertama. Kenapa? Mengikut pemerhatian saya, pada waktu ini, mereka sedang membaca soalan dan tercari-cari soalan mana yang fit dengan 'toyol' yang mereka bawa. Haha, hebat tak tekaan saya. Kalau tak percaya anda cubalah. Mereka akan start meniru pada sejam selepas peperiksaan bermula. Ingat senang ke nak bina kekuatan untuk buat salah! Lain la kalau mereka tu dah expert.

Strategi keempat: Mereka menyimpan 'toyol' dicelah-celah kertas soalan/ jawapan. 
Strategi ini mungkin tidak tepat. Tapi, biasanya saya berjaya dapat. Seorang pelajar yang saya syaki, saya akan ambil masa selama 15 minit untuk tangkap. Saya akan dengan selamba, menuju kepada pelajar tersebut dan terus mengibas-kibas kertas soalan dan jawapan tanpa rasa bersalah. Jika tiada, kita hanya bagitau pelajar bahawa kita hanya buat pemeriksaan biasa sahaja. Awas, perkara ini mungkin menggangu pelajar dan pelajar lain yang sedang menghadapi peperiksaan. Confirmkan dahulu yang pelajar ini membawa 'sesuatu', baru lakukannya.

Pelajar wanita kini semakin cerdik. Ada diantara mereka yang menyorokkan nota di celahan baju kurung dan digulung baju kurung supaya sukar dijumpai. Berhati-hatilah.

Strategi terbaru sekarang adalah menggunakan handset, handset semakin nipis, boleh slide plak tu. Ramai yang telah tertangkap dengan meniru cara begitu.

Ada satu sahaja cara untuk seorang pelajar 'mengalahkan' saya dari mengesan dia meniru. Sepanjang saya menjaga exam, ada seorang pelajar membuat perkara ini, dan saya gagal mengesan dia meniru walaupun saya confirm dia ada membawanya. Nak tahu? Rahsia... nanti ramai yang buat.

Ayat paling kelakar saya dapat masa tangkap pelajar meniru:

"Macamana puan boleh nampak saya meniru? Puan ada pasang CCTV ye?"

Mungkin dia tak sangka, saya boleh nampak dia bawa 'toyol'
Haha. Kuasa Allah.

Namun, dah 3 semester saya tak jaga exam, sebab saya dah jadi pegawai exam. Rindduuu sangat nak jaga exam. Nak tahu juga apa strategi mereka meniru sekarang ni.. Esok paper subjek saya, boleh refresh skill masa tengok budak. hahaha.

Sekianlah merepek saya di petang hari. Semoga boleh membantu rakan-rakan yang ingin tahu cara tangkap pelajar meniru.