Sunday, July 25, 2010

bestnya dapat balik umah mak kita..

masjid shah alam (amik dari FB adik)

memang tak bleh nak bayang betapa bestnya bila sebulan sekali dapat balik umah ibu..
dengan mengabaikan tekak yang sentiasa loya, digagahkan balik ke KL walau 4 jam perjalanan.

destinasi husband ke KL tak lain tak bukan.. sogo dan jusco. tak kisahla.. asalkan dia nak balik KL. punyala tunggu sebulan lebih, nak cari sabtu yang free (dr aktiviti sekolah suami).. akhirnya dapat juga.

jumaat malam dah bertolak, tapi lambat sampai..sebab berhenti banyak kali. suami mengantuk. keselamatan perlu diutamakan.

pagi sabtu, tak sempat menatap muka mak ayah, kul 10pg dah angkut ayah dan kakak ke sogo. nasib afiq tanak ikut. itupun dah lelah mengusung arif..mengekor abahnya shopping. aku makan angin je. tak dapat nak bershopping dengan selesa. takpela, asalkan anak ngan abah dapat baju, aku takpe, beli siap je.

balik dari sogo, gi masjid shah alam. ada wedding jiran. (buat kat masjid tu..). beza betul masjid shah alam, dulu aku sampai ke masjid tu pun, sebab ada rombongan sekolah.. sekarang ni, dah ada gerai. sempat aku 'rembat' 2 tudung syria labuh. tukar imej. hak hak.

kesimpulannya. balik KL memang best kalau banyak duit sebab balik umah mak kita..tapi, yang susahnya.. sebulan sekali tak tentu dapat balik. ibu pesan, jgn paksa suami balik umah ibu.. kalau dia tanak, ikut je..dgr ckp dia (sob..sob..)

p/s husband tetinggal benda penting kat KL, (jom balik KL lagi bang..hehe)

Tuesday, July 20, 2010

Dah buat buku pink.

sangat rasa berat nak ke klinik untuk buat buku pink bagi ibu mengandung.
sebab sangat lama untuk buka buku baru.

stat kena cek 8.26 pagi, abis 2 jam kemudian. itu belum cek gigi ngan jumpa doktor.
huh, selasa depan kena gi lagi.

listed are the new info for me:

  • berat : 48kg - ada naik sket
  • HB : 14.2 - nurse kata OK
  • usia kandungan: 10 minggu 5 hari
  • expected due date: 14 februari. senang nak ingat kan?

as expected.. kena bebel dengan senior nurse tu sebab anak sebelum ni tak sampai umur 2 tahun lagi. so what? diamkan aje, mentally prepared. tak tertekan pun.

apa lagi nak cite.
hm. arif dah setahun (30 jun lepas).

sangat tidak beria untuk bercerita kerana sedang dalam mabuk's time.
cepatla berlalu.

ok. chow!