lihatlah betapa jemaahnya anak-anak saya refill their tank. Dari abid, arif dan afiq. AFIQ? ya. Afiq sudah 6 tahun, tapi masih hisap susu guna botol. Lagi hebat dari adik-adiknya. Puas dipujuk untuk minum guna cawan, menangis dan merajuk hasilnya.
saya ada meletakkan gambar pada FB saya, sila lihat komen dari kakak saya (Ema Zarina Zarin).
Haha. kantoi sudah. rupanya perangai itu diwarisi dari ibunya. Ibunya ini yang tak ingat.
Alkisahnya, perkara ini telah dikantoikan oleh ibu saya a.k.a nenek afiq yang datang ke rumah saya 2 ke 3 minggu lepas. saya sangat tegar dengan botol susu sehingga darjah dua. What? How come i didnt remember?
Erk.
Apa reaksi suami? sudah pasti gelak berguling-guling.
dan hari ini, abah mereka telah melawak lagi.
Abah:"Afiq, kalau teacher tanya kenapa minum susu dalam botol lagi? Afiq jawab.. Saya nak lawan ibu saya.. Ibu saya hisap botol sampai darjah dua, saya nak hisap botol sampai darjah 3.."
hokey!
nothing can turn back time. saya harus terima hakikat itu.. juga menjadi penghibur diri sendiri bila teringatkannya semula.. senyum sorang-sorang. Alahai anak ibu, ada juga yang mengikut ye.. LOL
1 comments:
ida, anak akak adampun baru lepas susu masa darjah 1, sama jer....
Post a Comment