Wednesday, May 27, 2009

bisnes..bisnes..

i'm not born to be a businesswoman
and..
i'm learning to be one.

haha.
susah gile jadi orang bisnes ni. aku memang ada keinginan, tapi aku tak de bakat.

nak menolong aje sebenarnya. kakak sepupu dari terengganu minta tolong promote kain suteranya (seperti iklan di blog aku ni)..berpeluh2 aku promote. bawa je ke ofis, terperap beberapa hari bawah meja. at least , 2 kain bernilai rm200 ke atas laku gak.. ada lagi ni.. sapa nak? aku turunkan harga lagi ni.. cepat!penghantaran percuma.

pastu, kakak ipar aku plak minta tolong promote broadband celcom

  • tawaran menarik - untuk kakitangan kerajaan
  • rm 100 registration
  • rm 50 bulanan
  • FREE MODEM (best2..)

sampai 31hb Mei 2009 je.

yang ini aku berani sikit nak promote, sebab aku minat gak benda2 internet ni. dapat gak 15 orang nak beli. jap lagi nak pegi hantar kat celcom. tapi yang kelakarnya, asyik salah info je.

patutnya aku berkursus berhabis-habisan dengan kakak ipar aku dulu, ini bila orang sana tanya itu ini.. berpeluh2 nak jawab. terkeluar gak statement:

"ida ni tak leh jadi salesgirl la.." hakhak.. MEMANG PUN!

apapun, respekla orang yang pandai berniaga ni.. at least kita bleh built self confident sambil meramaikan kenalan. aku memang tak pandai.. bila nak pandai ek? haha...

Tuesday, May 26, 2009

new blog for my VB project


semalam aku bina blog baru. http://projekvb2009.blogspot.com. alasannya ada dua:
  1. atas rasa tanggungjwb aku sebagai penyelia projek sem 6 dan aku akan bercuti tidak lama lagi (cuti bersalin..yahoo), aku akan cuba memberi komitmen secara online memandangkan semua pelajarku membuat projek fully software. (jgn hangat2 tahi ayam dah la)
  2. aku dijangka bg kursus asas VB kepada sebilangan rakan sekerja. nanti kalau ada bahan yang diorang bleh download, boleh aku letak kat blog ini.
aku ni selalu hangat2 tahi ayam je.. tapi, apapun niat dah terlaksana. jadi atau tak, itu cerita akan datang.

Sunday, May 17, 2009

Kita..

16 mei.. hari guru. my hubby dapat satu SMS dari kakaknya yang juga satu profesion dengannya. tertarik untuk aku berkongsi dengan semua.

Kerja tak ikut masa adalah KITA
disuruh ke sana ke sini juga KITA
di hantar ke ceruk rantau juga KITA

Bila murid tak dapat baca, yang pening juga
KITA
bila murid berjaya KITA dipuja

bila murid tak berjaya, ada yang tak kena pada
KITA

apa-apa pun..


SELAMAT HARI KITA.


haha..

Thursday, May 14, 2009

Khasiat Mandi

ni dapat dari email. mari kita berkongsi ilmu.

::Mandi::

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

::aku suka mandi air panas.


afiq masa umur setahun lebih:: "ibu, bestnye mandi"

Tawaran hebat..

lamanya tak update blog.

ada banyak cerita.. tak tahu nak post yang mana satu.
sepupuku ada meminta tolong menghebahkan satu tawaran hebat... dia ada singgah ke rumah ku, dan meminta aku menghebahkannya sempena Hari Raya yang bakal menjelma. (awalnya promote)

Kain Batik Terengganu (high quality silk)
ni aku ada letak gambar2 nya. tak banyak pun. terhad. siapa cepat dia dapat.
Kain 1 :

Kain 1 : gambar penuh kain



Kain 1 : Corak dari dimensi lain

Kain 2:





Harga untuk kain 1, Rm280.. khas untuk polisas staf, bleh bayar hingga 3 kali. harga boleh dirunding. kalau bayar terus, diskaun bleh sampai rm260/rm250. sapa insan-insan lain di luar kuantan, harga boleh dirunding..pastu harga pos percuma.

Harga untuk kain 2, hanyalah rm240. pun boleh bayar 3 kali, staf polisas..

Berminat?hubungi saya.. 019-381 6167(ida)
ada lagi kain yang lain..akan di upload kemudian. (part time job)haha.

Wednesday, May 6, 2009

dinner special..

sebelum aku teruskan, i would like to announce that my 3rd day for the mission INACCOMPLISH. takpelah.. 2 hari dapat buat breakfast, sehari tak dapat.. percubaan yang baik.

A night before, kaki kejang kedua-duanya. pharmacist kata tak cukup kalsium.. ada je pill kalsium, tapi tak makan. ops, lupa. sakit kaki, dan kemalasan yang melanda semula, maka tak jadi nak buat breakfast.

malam tadi gi dinner special, sempena loan BSN dah approve. hehe. buat loan untuk setelkan semua hutang yang ada, kereta..pinjaman bank islam and so on. hubby kata kalau buat loan ni, beza kena bayar ada lebih kurang RM300. boleh masuk simpanan. sejak ada financial consultant ni, Alhamdulillah, financially kitorang cukup terurus.

dinner special malam tadi.. FISH N CHIPs. harga RM12. aku belikan afiq nugget, tapi dia tak makan sangat.. dia makan mee rebus abah dia order. anyway, i really enjoy the dinner..yang paling penting, tak payah masak..rehat kaki. hehe

Monday, May 4, 2009

mission Possible!

lagi 2 minggu budak nak exam, sebagai pensyarah, aku telah memasuki zon busy.. menanda semua amali, tugasan, kuiz student2. blog ini telah terbiar begitu sahaja..

balik ke rumah, memang tak tersentuh laptop ni.. apakan lagi nak online. ibu bekerjaya ni memang kena manage masa. dalam kata lain, penat dan letih perlu diabaikan. kalau asyik difikirkan, semua kerja tak setel.

this week, hari-hariku berbeza. minggu lepas, my mother in law ada.. minggu ni takde. kalau dia ada, macam-macam dia buat. kesian lak aku tengok. anyway, balik ke rumah..dinner dah ready, baju dah berbasuh dan berlipat semula. alangkah bahagianya.

minggu ni dia takde. i need to reschedule my time. hari khamis ni, Pahang cuti. so, aku ada 3 hari bekerja.. aku plan utk tetapkan satu matlamat untuk 3 hari ni.. Nak Buat Breakfast setiap hari.(aku memang tak pernah nak sempat buat breakfast biasanya). here are my time during these one and a half day..

Malam sebelum isnin:

  • gosok baju, tudung (biasanya aku buat waktu pagi)
  • siapkan baju anak kat nurseri ( ni pun aku buat pagi)
  • blender bawang, masak nasi, prepare udang (preparation utk bfast)
  • laptop, beg keje dah letak tepi pintu (biasanya pagi nak ke kerja baru aku cari)
Pagi isnin:

  • pukul 5.50pagi dah bangun, mandi dan solat (biasanya 6.30pg baru bangun)
  • 6.15 pagi dah gi menumis, buat nasi goreng
  • 6.30 pagi - prepare air panas utk hubby dan adik
  • 6.40 pagi - bersiap pakai, pakaian keje.. tudung.
  • 6.55 pg - hubby bfast, 'tapau' nasi ke ofis..
  • 7.10 pg - berlepas ke ofis, hantar adik ke sekolah dulu.
  • "MISSION ACCOMPLISH FOR THE FIRST DAY"
Malam sebelum selasa (Malam tadi):


  • aku balik keje dah kul 6.00 ptg, gi kedai beli bahan mentah nak dinner
  • 7.00 mlm baru start prepare dinner, kul 8.00 siap (waaahh..letihnya, sejam berdiri)
  • solat maghrib, makan..
  • 9.00 - sepatutnya aku nak buka tugasan student nak menanda, tapi bergurau senda ngan anak dulu
  • 9.30 - punyalah lepak atas katil, tertido dengan anak.. (waaa..preparation utk bfast tak buat!)

Pagi selasa:

  • 5.00 pg - bangun, sebab tak solat isyak lagi (astaghfirullah..)
  • 5.15 pg - masukkan baju dalam mesen basuh, lipat baju, prepare baju anak
  • 5.55 pg - mandi, solat
  • 6.15 pg - masak sandwich..air panas
  • 6.30 pg - baju dah siap dibasuh oleh mesen basuh.. sidai baju
  • 6.40 pg - gosok baju untuk keje..
  • 6.55 pg - hubby breakfast..
  • 7.15 pg - bertolak ke ofis
  • "Haha..MISSION ACCOMPLISH FOR ANOTHER DAY" (walaupun sandwich je..)

dengan adanya Mission yang nak di'accomplish', rasa macam hidup lebih terarah, ada satu perjuangan yang perlu dilakukan, hehe (konon aje..)..

oklah, student dah tunggu tu..chow!