sabtu yang lepas, aku dan arif 'diberi kebenaran' untuk balik jengka. ni perjalanan agak jauh untuk ku dan arif yang pertama selepas arif dilahirkan..dan ini kunjungan pertama arif ke kampungnya di jengka.
disebabkan ini yang pertama.. aku ambil masa lama sikit untuk mengemas barang arif. padahal kami akan bermalam 1 malam je di jengka. takut juga kalau ada barang yang tertinggal.. iyela first time nak travel.
rasa best juga nak keluar dari rumah.. sebulan tak boleh keluar rumah rasa sesak dada gak. arif kena dibedung, sebab aircond dalam kereta yang sejuk.. one more, kena pakai topi.. iyela, ubun-ubun dia lembut lagi.. kena sejuk aircond tu..takut tak sihat nanti.
thanx to kak na (my sist in law).. hadiahkan topi BEE yang comel.. ingat nak pakai raya, takpelah dah rasmi awal.
***
anyway, preparation untuk aku tinggalkan arif di taska kena start dah. kena ajar dia minum susu dalam botol. so, kena pam susu la tiap-tiap hari.. masuk dalam botol. takut juga jadi macam afiq, terpaksa minum susu pakai sudu.. dan sentiasa kelaparan di taska sebab minum sikit je.
start 1 ogos hari tu, aku dah berjaya pam susu 2 aun, ajar dia minum pakai botol.. semalam tak dapat nak buat, sebab balik kg.. hari ni kena buatla.. sampai abis cuti bersalinku..wish me luck.
4 comments:
akak... pembaca blog akak ni datang dari pelbagai latar belakang, gender, umur dan status...
huhuhuhuhu... takkan 'pam susu' pon nak citer... saya tak kawin lagi... malu nak baca... huhuhuhuhuhu
yeeaaa...! sokong exclusive breastfeeding! insyaAllah, boleh.
to frida: insya Allah
to zul: isk, pikir lain la tu.. mentang-mentang le dah nak kawin. ilek la, nanti dah lepas ada anak, awak paham le.oopeeen ur mind..
(1 hingga 7 ogos: Minggu Penyusuan Susu Ibu SEDUNIA)
Salam,tahniah3
Post a Comment