Sunday, January 29, 2012

Allah Maha Mendengar. Sungguh!!

These two days, i really feel that i'm a fully housewife. TOTALLY. My hubby got flu. And i am independent to get really busy between kids, house chores and of course en suami.

Everything that i did, really have time target. Masak harus habis pukul sekian-sekian, lepas ni kena basuh baju, sidai. Harus habis pada waktu sekian dan sekian. semua kena cepat dan fokus. Semua gara-gara, saya telah sengaja membawa pulang kerja ofis ke rumah. Amali pelajar harus disiapkan sebelum isnin.

Namun, as expected, ia hanya boleh dibuat pada jam 12setengah malam selepas semua tidur. Minda saya kurang cemerlang, badan letih. Nak buat kerja ofis, fikir 3 ke 4 kali.

Dan.. en suami terlebih aktif melayan permainan komputernya. mungkin sebab kurang sihat, mood tiada. Bila fikiran bercampur-campur, memikirkan kerja yg tidak siap dan rumah tidak teratur, hati kecil lemah dan kurang iman ini masih terdetik.

"Takpe Ida, sabar. Allah balas lebih lagi bila Ida sabar. Besar Ganjarannya. kalau dia tak tolong buat kerja pun, Ida tak kisah kan? dia takde pun takpe.."

Saya sungguh Sakit Hati. sakit hati memang tanda kerja tak ikhlas. Saya sedar.

Dan bila sedang duduk selesai habiskan kerja, tiba-tiba suami berkata.

"8hb ni, abang takde seminggu. Pergi Jerantut, training budak main pingpong"

Ha. Hamek!!

Sungguh! Allah Sayang saya. Allah Maha Mendengar, walaupun detik hati.

2 comments:

cKNorm said...

Maaf, Ida... Normi tergelak. Sebab sambil kita baca, kita relate kat diri sendiri.

teruskan menulis sesutatu yg dapat kita sama2 kongsi dan mendidik diri. kadang tak sempat catat komen disini, tp insyaAllah, baca...

a said...

thanx normi. kadang-kadang ada peristiwa kita sama-sama alami. antara diluah atau pendam je.

Moga Allah beri rahmat kepada Ibu kita, kerana kita sendiri merasai betapa mencabar menjadi seorang Ibu.