sememangnya tak perlu saya ulas lagi tentang isu terbaru amalina yang bijak pandai ini. tak mungkin saya komen juga apa-apa yang berlaku kerana saya tahu semua sudah pasti mengetahuinya.
Bagi saya.
Jangan fokus kepada masalah, fokus kepada PENYELESAIAN masalah.
Sungguh mengejutkan isu ini, sangat tidak di sangka. Banyak komen negatif terpapar. "Apalah nak jadi..?" "teruknya.." dan sebagainya. Apabila kita fokus pada masalah yang berlaku, tiada perubahan akan terjadi. Malahan, perasaan akan berbaur sedih, marah malahan risau dengan nasib anak-anak generasi kita.
Mari fokus kepada apa peranan kita untuk mengatasi masalah ini.
1. Allah akan kembalikan dia ke jalanNya. Percayalah!
Dia pernah menjadi motivasi seluruh anak-anak di Malaysia. Kecemerlangannya pernah menjadi penyuntik semangat generasi muda satu tika dulu. bukan sahaja anak-anak, malahan ibu dan ayah juga teruja memberi galakan supaya anak-anak mencapai kecemerlangan seperti dia.
Pasti setiap usaha mereka atas motivasi ini menjadi saham akhirat Amalina. Mungkin juga menjadi DOA terkumpul untuk dia menjadi lebih cemerlang.. atau kembali ke jalanNya (jika benar cerita-cerita negatif tentang dia itu). Itu kerja Allah.
2. Mari kita doakan.
Bacalah Alfatihah untuk dia, bukan kerana 'mati', tapi sebagai mengingatkan kita bahawa sehebat mana pun kita, diri sendiri pun tak boleh jamin masa depan kita macam mana.
3. Anak kita?
Renung-renungkanlah bagaimana anak-anak kita nanti. jangan renung-renung aje. Bertindaklah. Tugas kenalkan mereka dengan Allah bukan tugas ustazah di sekolah KAFA mereka.. bukan tugas cikgu sekolah apatah lagi bibik di rumah, namun ia tugas kita sebagai ibu bapa. Bila mereka buat benda yang baik, katakanlah "Bila abang buat baik, nanti Allah sayang" , "Nanti Allah bagi rezeki"
Sememangnya bukan mudah. Namun, bila mengenangkan environment yang bakal dia tempuh nanti bila kita takde, moga Allah menjadi pelindung dan peneman dia di mana sahaja.
Cemerlang biarlah di Dunia dan juga Akhirat.
0 comments:
Post a Comment