Monday, January 30, 2012

Bila kita buat kerja cemerlang..

Hari ini adalah hari lahir abid yang pertama. Selamat hari lahir sayangku. Dah setahun dah rupanya anak ibu. Cepatnya masa berlalu.

Dan hari ini, saya cuti. Cuti menjaga birthday boy yang demam. Terkedu mendengar kata doktor bahawa abid ada jangkitan kat paru-paru, ada kahak sikit. Tak banyak, sikit je. Cuma sikit ini cukup untuk merisaukan ibunya yang selalu panik tak kena tempat.

Entry kali ini belum menyentuh milestone setahun Abid comel. Cuma nak cerita pasal doktor yang merawat abid.

Pernah tak kawan-kawan dengar klinik yg hanya akan ada doktor pukul 4.30 ptg walaupun klinik dibuka dari pagi?

Inilah kali pertama saya berjumpa klinik ini di kuantan. Klinik swasta ini tiada doktor lain. Ada satu doktor muda, Dr Nazli namanya. Dan hanya akan masuk klinik jam 4.30 ptg. Namun, patientnya sanggup tunggu dan patientnya ramai juga.

Sudah banyak kali juga saya ke klinik ini, biasanya kerana anak tak sihat. Cara doktor ni periksa anak, sungguh puas hati. Pada awal saya bawa anak ke sini, dia memeriksa dengan penuh teliti. Dibasuhnya tangan hingga ke sikunya dengan sabun. Dengan bismillah, di sambut anak saya.. dibelek dan periksa dengan penuh teliti atas katil. Sungguh lama. Kalau dalam sejam, 5 ke 6 patient je berpeluang jumpa dr.

Semalam juga, abid bukan sahaja di beri ubat untuk di makan di rumah, malah disuruh pembantunya memberikan ubat antibiotik di klinik sebelum balik. Jika saya membawa arif dan afiq, mereka akan diberi vitamin seorang satu. Pernah sekali, afiq dengan tak bersalahnya bertanya saya di depan Dr Nazli..

"Ibu, Nak vitamin."

Tergelak doktor tu, bila dengar afiq berkata begitu. Afiq dah terbiasa bila jumpa dr, akan dapat vitamin.

Sungguh memberi motivasi bila melihat cara bekerja seorang dr yang sepenuh hati, hasilnya walaupun hanya berapa jam sahaja di klinik, patient masih ramai.. rezeki masih ada dan semestinya lebih dari cukup. Patient nya sanggup tunggu lama, semata-mata untuk berjumpa dengan doktor.

Allah akan tolong, jika kita menolong diri kita sendiri. Harusnya bukan sahaja doktor, semua antara kita, bekerja kerajaan, swasta malahan kerja sendiri juga harus cemerlang. Nasihat untuk diri sendiri juga!!

p/s Hebatnya bila kita sentiasa cuba melihat semua benda in positive way. Indah sungguh dunia penuh cabaran ini!

0 comments: