Monday, January 2, 2012

Pergi memancing

Sambutan tahun baru lain dari yang lain. Saya telah mengikuti percutian bersama keluarga kakak ipar dan family di kuala lipis. Menginap di Kem Bina Negara atas urussan kerja suami kakak ipar saya, kami menginap di rumah sebelah tasik yang sangat mendamaikan.

Rumah yang betul-betul di tepi tasik
Abid menjengah dari beranda rumah
Bukan mengambil masa yang lama, sehari je bermalam di sana, tapi aktiviti paling best adalah memancing. saya tidak pernah merasai pengalaman memancing. Bila melihat ada orang memancing, terdetik di hati.. "Tak boring ke tunggu lama-lama.. " atau " Huh, membazir masa. Kalau saya di tempat dia, pasti saya bawa laptop dan broadband, melayan internet lagi best"

Namun, tanggapan itu berubah sama sekali bila mengalami sendiri aktiviti memancing. Beramai-ramai kami mencuba nasib, namun bibik kakak ipar lebih mahir. Dari berbelas-belas ikan yang berjaya dipancing hanya seekor dua sahaja yang bernasib baik tersangkut di mata kail orang lain, Yang lain?? Bibik yang tangkap. Hooaa. Hebat!

Ini bukan bibik kakak ipar.. ini Kakak ipar saya (posing dengan ikan )
Suami kakak ipar bersama anaknya
 Puas saya memujuk suami untuk ikut serta, akhirnya dia setuju. Mujur. Dia di antara yang berjaya menangkap ikan. Dan paling hebat sekali, Ikan paling besar yang berjaya ditangkap hari itu, Ikan Kaloi.

Afiq bukan jenis tahan nyamuk dan serangga, puas pujuk abahnya untuk naik ke rumah
ikan Kaloi yang berjaya ditangkap oleh abah afiq
 Saya juga mencuba nasib. Gagal!. Huh sangat menguji kesabaran. Disebabkan kagum dengan bakat suami menangkap ikan besar dan tidak pernah memancing sebelum ini, saya bertanya tips. Rupanya, dia bukan semata-mata bernasib baik, namun telah merancang strategi. Menggunakan kail lebih besar dan membuatkan kail berada lebih jauh ke dasar tasik. Patutlaaaa.. Ingatkan nasib baik aje.


suasana di tepi tasik

Ada nampak ikan tak?
 
Hasil tangkapan
 
pandangan dari balkoni
Pengalaman baru di tahun baru. Walaupun saya tidak sempat untuk bersenang-senang seperti orang lain, lantaran ada anak kecil.. saya bertuah kerana masih diberi peluang menikmati aktiviti memancing. Tidak terjangkau difikiran saya, saya akan terjebak ke aktiviti ini.

dan yang paling tidak dipercayai, saya ingin MEMANCING LAGI! (tak puas la tu..) hehe

1 comments:

cKnorm said...

Memancing is indeed an activity, untuk orang penyabar. Everytime balik kampung selalu berhajat nak ajak anak2 memancing macam kita kekecik dulu..lepak tepi parit, comot & busuk dengan lumpur... tapi belum kesampaian.