Sunday, April 13, 2008

Maklang admitted..

maklang adalah kakak kepada ibu ku.. umur dia 58tahun dah. sorang. takda suami dan anak. ni serba sedikit cerita hidupnya yang sayu.

dulu, maklang ku andartu. sebelum dia kawen, dia duduk ngan ibuku, jaga kami adik beradik. masa dia jaga kami, akulah anak sedara kesayangan dia. kalau abang aku kacau aku, maklang aku marah dia.. kalau aku kacau adik aku pun, bukan aku yang kena marah. kalau aku nak aiskrim ke, nak coklat ke.. mesti dapat. adik beradik aku yang lain minta, tak dapat pun. hehe.

umur dia dalam lingkungan 40-an, baru dapat kawen ngan seorang duda kematian istri. bahagia. mereka sempat menunaikan haji bersama sebelum pakcik aku tu kena strok. selepas dia kena strok..maklang aku yang uruskan. angkat, mandikan, bersihkan sisa kumbahan dan sebagainya. anak-anak tiri dia tak amik tahu pun, sampaikan bilik yang maklang aku duduk dirumah anak tirinya pun, diorang bagi sebelah dapur. kesian je.
~pemandangan hospital sg buloh~

masa pakcik aku tenat, maklangku setia menjaganya sehingga disaat akhir hayatnya, anak-anak tiri dia bleh pergi bercuti meninggalkan maklangku berdua dirumah bersama pakcikku yang tenat. maklangku pernah pesan agar tak payah pergi sebab ayah diorang tenat..tapi diorang stil pergi. ditakdirkan, pakcikku meninggal ketika mereka bercuti. maklang ku juga yang menguruskan jenazahnya seorang. kami, sedara mara datang menolong..sedih melihat nasib maklang.
~ibu ku jalan depan~

selepas pakcik meninggal, anak-anak tiri maklang tak kasi dia duduk kat rumah tu lagi. diorang kata maklang nak amik harta ayah diorang, padahal harta pun tak seberapa sebab pakcik hanya kerja kebun je. maklang pun tinggal ngan nenek. walaupun, segala yang anak tiri dia buat kat dia.. dia still ingat kat diorang. aku ingat satu hari tu.. dia minta aku drive dia ke rumah anak-anak tiri dia.. nak jenguk diorang. sedih wei.

lepas dia duduk ngan nenek, dia plak kena jaga nenek. nenek pun dah tak berapa sihat, dan banyak kerenah..maklang aku sabar aje. dia still angkat nenek, mandikan..jagakan nenek. sampai dia tanak gi mana-mana sebab risau takde sapa nak jaga nenek. kesian dia. ibu aku selalu pesan.. jangan lupa belikan apa-apa kat maklang sebab dia takde anak nak ingat kat dia.. aku patut care dia cam anak dia sendiri. (argh..air mata dah bergenang ni..isk..isk)
~maklang aku dan ibu(tudung pink)~

rabu minggu lepas, dia admitted kat hospital sg buloh. sebab darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. dia tak makan ubat. alang-alang aku kat KL, aku pun jenguk dia.

masa lawat dia tu, ada sesuatu yang sangat menyentuh perasaan aku..rasa nak nangis. doktor datang nak periksa dia. dia tanya ibu aku..aku ni ANAK DIA ke? ibu aku jawab.. tak, she's my daughter..dia takde anak .. (air mata dah jatuh ni..huhu). aku sedih sangat. tapi tak sampai nangis kat situ la. cover. takdelah aku nak bg maklang aku sedih.

Ya Allah, berilah kesejahteraan kepada maklangku yang aku sayang. Golongkan dia di kalangan orang yang Kau sayang..
~maklang tgh dinner~

Kembali ke upsi..


assalamualaikum. alhamdulillah atas kurniaan Allah.

minggu lepas (7april ke 12april), aku kembali ke upsi untuk menyambung pengajian minggu ke 8 dan 9 semester 1 diploma pendidikan teknikal. first day je tengok jadual, cam nak pengsan. kelas-kelas yang ada di ganda dua, sebab 2 minggu nyer kelas di 'pack' kan jadi seminggu. dari 8 pagi ke 11 malam. fuh. berasap kepala. nak cilok masa ke library pun tak sempat.

Pertandingan Bola Jaring

rabu(9April08), kumpulan 3 (QSS5033) telah mengadakan Pertandingan Bola Jaring untuk memenuhi kehendak kursus.Peserta perempuan ada 3 group dan peserta lelaki main 'shoot' bola jaring je sebab tak cukup orang nak build satu team bola jaring. Kitorang jadi urusetia. Pemenang peserta pompuan adalah dari polisas&psp dan peserta lelaki dimenangi najmi dari polisas dengan mata 10 jaringan out of 20. hidup polisas! hehe.
~dari kiri belakang: farah, ida.duduk: kak mariati, kak muna, mas, fiza, kak del.duduk depan: kak ijan comel~

~pemenang peserta lelaki, najmi dengan aksinyer~

~pengadil : farah..peace~

~berdebar menanti keputusan~

~hadiah..~