aku ada beli majalah Pa& Ma(my fav mag) bulan Ogos. this is one of the interesting artikel i found. kepada yang dah ada anak, yang masih anak kecil, yang baru kawin atau yang masih mencari tarikh nikah..this tips still very valuable to u all.
(from Pa&Ma Ogos 2009)
:: 6 cara jadi rakan anak ::
1. Selalu berinteraksi dengan anak-anak
anak akan sentiasa rasa dekat dengan anda jika anda selalu berkomunikasi dengannya. Anggaplah anak sebagai kawan yang seronok untuk di ajak berbual. Lebih menarik jika topik yang dibualkan itu diminati bersama.
- ni memang praktikal, dengan anak baru lahir pun atau dalam kandungan..amalan ni dah boleh dilakukan.
2. Tumpukan perhatian jika anak bercakap
walaupun sibuk, dengar dengan penuh perhatian terhadap setiap perkataan yang dikeluarkan oleh anak. mungkin ada perkara penting yang ingin diberitahu kepada anda. Jadilah pendengar yang setia kepada anak. Barulah selesa mereka berkomunikasi dengan anda.
- yang ni aku selalu ingatkan hubby, kena dengar apa anak nak ckp walaupun kita tak paham.. (kadang-kadang apa yang afiq ckp aku kena analisis dulu..biasala, budak baru pandai ckp)
3. Bantulah anak selesaikan masalah
Jika ingin anak rapat dengan anda, sentiasalah bersedia untuk membantunya jika dia berhadapan dengan masalah. Ketika menyelesaikan masalahnya, anggaplah anda sebagai rakan bukan ibu bapanya.
-masalah yang selalu afiq minta selesaikan tiap-tiap hari= "ibu tolong buka ceria @ karton"
4. Pastikan anda ada masa untuk anak setiap hari.
Tidak kira walau sesibuk mana pun anda, pastikan anda ada masa untuk anak. Masa yang anda luangkan sangat berharga kerana inilah masanya untuk anda bertukar cerita dengan anak.
- masa nak tido paling berharga, nak dodoikan afiq kena cerita 'rabbit ngan tortoise' dulu.
5. Tunjukkan rasa sayang anda padanya.
Biasakan diri mencium dan memeluk anak setiap hari, bukan hanya ketika hari ulangtahun kelahirannya sahaja. Dengan cara ini hubungan anda dengan anak akan jadi akrab dan mesra kerana dia tahu yang anda sangat menyayanginya.
- lets do it!!
6. Berani minta maaf.
Jika anda tersilap, jangan segan untuk minta maaf. Ketahuilah bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Tidak kiralah samaada anda ibu bapa atau anak. Kalau anda sudah melakukan kesilapan, mengaku sahaja dan minta maaf. Anak anda tentu bangga mempunyai ibu bapa yang sentiasa jujur dan adil.
- ni la perkara yang ramai ibu bapa tak tahu kan? lepas ni, kita cuba buat..
4 comments:
aku ada satu lagik petua nak anak rapat dgn kita....
baca alam nashrah......sampai abis surah tu then hembus kat ubun2 anak..lebih bagus wat sejak dr baby..
to anis: thank u for the tips..moga kita sama-sama dapat amalkan
nak rapat, peluk ah.. mesti rapat gilek... tak rapat lagi... emmm, amik gam ah kasi rapat punyerrrr....
to zul: isk..isk..isk.. belum ada jiwa kebapaan sejati lagi ni..
Post a Comment