Thursday, August 27, 2009

aktiviti di bulan puasa..

idea ada nak post baru, tapi sebab menunggu nak edit gambar balik KL hari tu.. bersarang gak la blog ni. still tak sempat nak edit.

this is the first post in Ramadan. curi masa sikit lepas sahur ni.. my three heroes (plus abahnye) still sleeping. banyak juga tengok blog kawan-kawan pasal azam diorang untuk bulan puasa ni. amacam dengan azam korang.. bagusla, sebab ramadan setahun sekali.. ganjaran ibadahnya tak terbanding dengan 11 bulan yang lain. aku pun ada azamku sendiri..
  • aim minima abiskan 5 juzuk alquran
  • solat di awal waktu
macam kengkawan juga, tanakla azam lebih2.. sikit tapi istiqamah (cewah..).

ucapan untuk Ramadan, bertimbun2 diterima. macam ucapan raya plak. terima kasih semua. aku ambil semua sebagai semangat untuk lebih kuat mengisi Ramadan ni, dan paling penting bukan Hangat-hangat Tahi Ayam.

I luv Ramadan

**
last week, we spend our first 4 days of Ramadan in KL, my parents house. best2! mana tak best, dah dua bulan tak balik. tapi yang paling penting, umah mak bapak kita. sejak kawin dengan orang pahang ni, lagi kerap balik umah mother in law kat jengka rather than my own parents kat KL. jauh.. huhu. redo je la. raya tahun ni plak giliran kat jengka (waaaaaaa....).

berbalik cite balik KL.
travel dengan anak kecik bukan mudah. plak tu di bulan puasa. menyusu memang dah wajib. letih sikit la. arif stil tanak bottlefeeding. dah 23 jam sehari breastfeeding, sejam nak bottlefeeding, mana jalan. kat umah ibuku, sepupu2 afiq dah menunggu. meriah sangatla umah neneknya itu. ibu dan kakak (dua2 cikgu) cuti sekolah, adik plak dah tak keje.. buat bisnes online, so ramaila ada kat umah tu. macam kapal karam le umah neneknya.

actually, i got a few pics of them, as i told earlier.. semua pics tu tak edit lagi. later la.

minggu ni balik KL lagi. Yahoo. ada appointment dengan financial consultant, en aziz (http://azizcfpx.com). gumbira..gumbira.. masih boleh bergumbira sebelum kembali bekerja selasa depan. tak sabar nak keje.. (ayat motivati untuk diri sendiri .. ye ke tak sabar nak keje? nak cuti lagi adalah..)

>>esok nak masak kek gula hangus.. first time buat semalam jadi. yeay!!

0 comments: